Kucing berkeliaran di merata tempat, mengiau kelaparan dan mengharapkan makanan daripada orang ramai adalah sesuatu yang biasa kita lihat setiap hari terutamanya di kawasan pasar, gerai dan restoran.
Sesetengah orang mungkin melihat kucing sebagai binatang kotor, dijangkiti parasit atau haiwan pembawa penyakit, justeru menghalaunya dengan kasar, malah lebih teruk ada yang menendangnya tanpa belas kasihan.
Bagaimanapun, sedarkah kita bahawa manusialah yang menjadikan makhluk hebat itu berada dalam keadaan sedemikian?
Pernah dianggap suci oleh masyarakat Mesir kuno, kini ada kalangan yang menganggap kucing sebagai haiwan pengganggu atau pengacau, malah tidak kurang yang telah dimatikan berikutan kejahilan manusia mengenai perangai semulajadi haiwan itu yang sebenarnya sangat menyenangkan. Agak menghairankan, mereka yang berbuat demikian adalah kalangan yang mengakui dirinya sebagai pencinta kucing.
Saya memang seorang ailurofil (pencinta kucing) sepanjang hidup saya dan akan terus kekal begini sehingga nafas terakhir saya. Kini, saya mempunyai sepasang kucing Parsi tradisional berusia tiga tahun, yang diberi nama Baymax dan Angela dan saya telah banyak belajar mengenai cara-cara menjaga kedua-duanya dengan betul.
Dalam pada saya dan rakan-rakan ailurofil lain terus menambah pengetahuan agar boleh menjaga kucing-kucing kami dengan lebih baik, terdapat orang di luar sana yang mendakwa sebagai pencinta kucing namun pada masa sama sibuk mencari 'keluarga angkat' untuk kucing mereka berikutan jumlah haiwan peliharaan itu yang semakin banyak manakala ada pula yang terus dimatikan jika menghadapi masalah kesihatan.
Terdapat ramai yang berbuat demikian melalui media sosial, terutamanya di Facebook, di mana mereka menyiarkan teori tersendiri dalam halaman pencinta kucing, mengenai tindakan mereka.
Saya dan keluarga telah memelihara Baymax dan Angela sejak kedua-duanya berusia dua bulan. Sebelum itu kami pernah memelihara kucing baka tempatan, Baymax dan Angela adalah kucing baka tulen pertama yang pernah dimiliki. Malah, itu adalah kali pertama kami memelihara anak kucing. Oleh itu, kami berusaha mempelajari selok-belok menjaga kucing dengan betul.
Ibu bapa saya pula telah memelihara empat generasi kucing Parsi kerana mereka amat menyukai sifat-sifat haiwan itu yang manja dan tenang.
Baymax dan Angela adalah 'cinta pandang pertama' bagi kami. Teringat kembali ketika itu, ibu saya sedang memegang kedua-duanya ketika saya, isteri dan anak pertama kali 'bertemu' kedua-dua anak kucing itu.
Bagaimanapun, membelanjakan ratusan atau ribuan ringgit untuk kucing baka tulen tanpa sebarang pengalaman menjaga dan memeliharanya boleh menjadi satu malapetaka jika tidak kena gayanya, kerana setiap kucing mempunyai karakter dan keperluan tersendiri. Keturunan Parsi dan Ragdoll mempunyai perwatakan yang tenang dan sopan ketika bersama anak-anaknya namun mereka memerlukan perhatian yang berterusan. Baka Bengal pula lebih aktif dan cenderung bebas bahkan agak 'liar' sedikit.
Sekiranya anda ingin memelihara kucing sebagai haiwan kesayangan, saya mengesyorkan agar mendapatkannya dari rumah perlindungan haiwan berdekatan. Ini kerana kebanyakan haiwan di tempat-tempat seumpama itu akan 'ditidurkan' jika tiada sesiapa yang mengambil mereka.
Saya dapati ramai juga yang meminati baka Munchkin kerana kucing yang berkaki pendek itu memang kelihatan sangat comel. Bagaimanapun, kucing baka Munchkin sangat aktif dan bertenaga.
Perkara pertama yang perlu anda lakukan selepas mengambil kucing dari pusat perlindungan adalah membawanya ke doktor haiwan untuk pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan vaksinasi bagi penyakit berbahaya seperti leukemia kucing dan rabies, yang juga berbahaya kepada manusia. Tidak kira sama ada haiwan kesayangan itu baka tulen atau tempatan, anda tetap perlu membawanya ke doktor haiwan.
Saya memembelanjakan beratus-ratus ringgit di klinik veterinar swasta untuk pemeriksaan kesihatan, suntikan dan makanan tambahan untuk Baymax dan Angela. Anda boleh berbuat demikian dengan kadar yang lebih murah di klinik perkhidmatan veterinar kerajaan atau di klinik yang dikendalikan oleh persatuan-persatuan kebajikan haiwan.
Klinik veterinar kerajaan di Melaka dibuka dari pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang pada hari kerja, anda juga boleh mendapatkan pengenalan mikrocip untuk haiwan kesayangan di sana.
Baymax adalah 'budak lelaki' yang sihat sejak kecil, tetapi kini saya tegas mengawal pemakanannya bagi memastikannya tidak menghadapi masalah berat badan.
Angela pula menghadapi masalah pemakanan tidak seimbang ketika kecil kerana sering dibuli oleh saudaranya (Baymax) ketika waktu makan. Namun, kami berjaya merawat Angela dengan baik selepas memberikan makanan dan suplemen yang disyorkan oleh doktor haiwan.
Saya tidak bercadang menyebut jenis makanan atau suplemen yang diberikan kepada Angela kerana setiap kucing mempunyai keperluan yang berbeza. Oleh itu, jika anda ingin memastikan kesihatan haiwan kesayangan sentiasa baik, sewajarnya bertemu dengan doktor haiwan untuk mendapatkan nasihat.
Umumnya, banyak berlaku salah tanggapan bahawa sisa makanan boleh diberikan kepada kucing anda. Hakikatnya, perkara ini adalah salah. Kucing memerlukan khasiat khusus dan makanan seperti susu pasteur, roti, kek, pasta serta coklat boleh membahayakan kesihatan kucing.
Internet dan media sosial menyediakan pelbagai jenis maklumat mengenai subjek kesihatan dan kucing. Tetapi, apabila kucing menghadapi masalah kesihatan, jangan sekadar merujuk gejala-gejala melalui internet dan membuat kesimpulan sendiri. Bawa kucing anda ke doktor haiwan untuk pemeriksaan.
Berhubung persoalan jumlah kucing yang sesuai dipelihara sebagai haiwan kesayangan, setelah memikirkannya dengan teliti, saya memutuskan untuk memelihara hanya dua ekor memandangkan saya tinggal di rumah teres. Kucing saya bebas di dalam rumah, namun tidak dibenarkan keluar agar tidak mengganggu jiran tetangga atau mengotorkan halaman mereka.
Selain itu, saya sependapat dengan kumpulan-kumpulan kebajikan haiwan bahawa langkah pemandulan haiwan kesayangan adalah sesuatu yang perlu dilakukan sebagai usaha mengawal populasi kucing.
Bagaimanapun, terdapat individu yang mengakui dirinya sebagai ailurofil sama sekali menentang pemandulan kucing kerana mereka mendakwa bahawa tindakan itu akan memberi kesan negatif terhadap kesihatan haiwan. Dakwaan itu sebenarnya mengarut semata-mata. Ia sebenarnya berpunca daripada salah anggapan sesetengah pihak yang menyebabkan keistimewaan kucing terus diabaikan, sehinggakan menjadi 'gelandangan' di merata tempat.
Bayangkan jika kedua-dua kucing saya tidak disterilkan. Berdasarkan pada bakanya, kucing itu boleh mempunyai dua hingga lima anak bagi setiap kali ia melahirkan. Berdasarkan, secara purata, kucing boleh melahirkan 10 kali dalam seumur hidupnya, bermakna kelak saya mungkin akan memiliki 20 hingga 50 ekor kucing! Bagaimanakah nasib kucing yang sebanyak itu?
Menurut organisasi kebajikan haiwan yang berpangkalan di Amerika Syarikat, American Humane, 71 peratus kucing yang ditempatkan di rumah-rumah perlindungan terpaksa 'ditidurkan', sementara hanya 24 peratus diambil sebagai haiwan peliharaan.
Satu lagi isu yang sering menjadi pokok perbincangan dalam kalangan ailurofil adalah mengenai cara menjinakkan haiwan peliharaan dan memastikannya tidak melarikan diri. Jawapan saya adalah: layan haiwan kesayangan seperti ahli keluarga.
Ketika Angela masil kecil, ia sering melarikan diri dan bersembunyi di tempat yang gelap setiap kali melihat manusia. Saya telah membaca bahawa tidak seperti anjing yang melihat manusia sebagai tuan mereka, kucing menganggap manusia sebagai ahli keluarga mereka.
Setelah mendapatkan nasihat daripada doktor haiwan dan rakan-rakan, saya mula melayan Angela sebagai ahli keluarga, membiarkannya makan dari telapak tangan saya dan sering mengusapnya - sesuatu yang amat disukainya.
Angela perlahan-lahan berubah daripada anak kucing yang pemalu dan takut menjadi haiwan kesayangan yang manja, bermain dengan Baymax dan anak serta isteri saya, yang sangat disukai Angela.
Angela dan Baymax pernah lari dari rumah sebanyak dua atau tiga kali pada masa lepas tetapi kembali selepas sehari. Doktor haiwan mengatakan bahawa adalah perkara biasa jika kucing berbuat demikian kerana ia sebenarnya ingin meneroka kejiranan mereka dan biasanya apabila puas dan selesai apa yang dilakukannya, ia akan pulang ke rumah dan 'keluarga' tersayang.
Bagi saya, memelihara kucing sebagai haiwan kesayangan adalah tanggungjawab. Malah, mempunyai haiwan kesayangan ibarat anak. Anda perlu menjaga haiwan itu dan hendaklah bersamanya sepanjang hayat. Ya, itu adalah anggota keluarga baharu yang anda pilih apabila membuat keputusan untuk membawa kucing itu pulang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 22 2017
Kucing pernah dianggap suci oleh masyarakat Mesir kuno.
"Saya kadang-kadang bingung pejuang bangkit pertahan korup..." - PM
"Saya kadang-kadang bingung bagaimana mungkin seorang pejuang bangsa dan agama boleh bangkit pertahan korup guna hujan Melayu dan Islam..,"kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
AWANI Ringkas: Korea Selatan berminat bangunkan lebuh raya di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemahaman penting dalam memaknai Madani - PM Anwar
"Kita punyai negara dan tahap keamanan yang membanggakan tetapi jangan anggap ini suatu yang kekal berlaku kalau kita tidak bertanggungjawab," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan yang bermula dari Jemaah Menteri untuk menetapkan setiap dana rakyat, kelulusan perolehan mesti melalui proses telus.
#AWANInews
#AWANInews
Tak perlu layan karenah picisan, kenyataan hambar - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak perlu sangat melayani karenah picisan dan kenyataan hambar kerana itu tidak akan membantu kepada perubahan menyeluruh.
#AWANInews
#AWANInews
Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’
Mangsa diberitahu oleh Inspektor Harun kad visa miliknya dijumpai dan kad itu didapati terlibat dalam kes penipuan serta pengubahan wang haram.
AWANI Pagi : Dua Tahun Malaysia MADANI: Pencapaian KPN
Ikuti temubual Astro AWANI bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud mengenai pencapaian, inisiatif dan program yang telah dilaksanakan Kementerian Perpaduan Negara bagi mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Tenaga kerja rakyat jadikan Malaysia negara hebat - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tenaga kerja dalam kalangan rakyat baik pekerja, petani, mahupun nelayan menjadikan Malaysia negara yang dihormati dan membela nasib mereka sendiri.
#AWANInews
#AWANInews
Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai
Seorang bapa bersama anak lelakinya maut dalam kemalangan berantai melibatkan empat kenderaan di Jalan Taman Siniawan Bau, hari ini.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.
Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.
'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.
Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.
Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.
7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?
Bapa mengaku tinggalkan empat anak di pondok pengawal
Tertuduh yang berusia 33 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.