Setelah mencatatkan nama dalam Malaysia Book of Records dengan mendaki Gunung Kinabalu secara mengundur pada 1992, Edward Taning, 58, sekali lagi akan melakukan aksi serupa pada tahun ini dalam usahanya mencipta nama dengan rekod baharu, sekali gus membantu mengumpul dana untuk kebajikan.
Projek yang dinamakan sebagai Edward Gostaning (Summit Kinabalu Jasamu Dikenang) itu akan diadakan pada 8 Mac ini.
Penyelaras projek, Richard Soibi berkata program anjuran bersama Persatuan Malim Gunung Kinabalu yang menyasarkan kutipan lebih RM500,000 itu juga untuk mendapatkan dana bagi membina dewan terbuka Sekolah Kebangsaan Bundu Tuhan, Ranau
"Dana berkenaan juga bagi membantu golongan orang kurang upaya (OKU) di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Ranau yang masih kekurangan kelengkapan. Kami difahamkan PPDK berkenaan memerlukan sebuah bas untuk pengangkutan pelajar-pelajar tersebut," katanya.
Selain itu, dana itu juga bagi mengisi tabung malim untuk membeli peralatan di asrama malim di Gunung Kinabalu, katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), di sini pada Selasa.
Richard berkata semasa kunjungan hormat itu, Mohd Shafie setuju untuk menjadi penaung projek berkenaan dan beliau secara peribadi turut menyumbangkan sebanyak RM95,000 ke dalam tabung yang diwujudkan.
Sementara itu, Edward berkata, walaupun memegang kad OKU, beliau tidak pernah menjadikannya alasan untuk tidak menyumbang kepada masyarakat termasuk mencari dana melalui aktiviti kebajikan.
"Sebelum ini pernah saya pernah mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama mendaki Gunung Kinabalu secara mengundur pada 1992," katanya.
Selepas 17 tahun, Edward yang merupakan anak tempatan Inanam kembali dengan membawa misi yang sama, namun laluan yang berbeza pada 2009 apabila berjaya menghasilkan rekod berjalan mengundur sejauh 342 kilometer dari Sandakan ke Kota Kinabalu.
Bapa kepada empat cahaya mata itu yang mengalami kecacatan melibatkan otot di kaki kanannya sejak berusia sembilan tahun, kembali mencipta nama dengan rekod berjalan sejauh 404 km dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu pada 2012.
"Apa yang saya lakukan ini bukan untuk mencari populariti, saya mahu buktikan golongan OKU juga mampu mencipta kejayaan. Saya akan buktikan umur juga bukan penghalang untuk kita mencapai satu kejayaan," katanya.
Edward berkata beliau tidak mempunyai jurulatih dan hanya menjalani latihan sendiri dengan berjalan, berjoging dan berlari di kawasan sekitar kampungnya di Kiulu, Tamparuli sebagai persediaan untuk program itu.
"Kemungkinan kami mahu cadangkan Malaysia Book of Record pergi (ke peringkat) dunia kali ini, terpulang kepada pegawai untuk urus Guiness World Record, kalau tidak, setakat Malaysia Book Of Record sahaja," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 28 2020
Edward sebelum ini pernah menerima sijil Malaysia Book of Record selepas berjaya berjalan sejauh 404kilometer dalam 22 hari secara mengundur. - Bernama
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan yang bermula dari Jemaah Menteri untuk menetapkan setiap dana rakyat, kelulusan perolehan mesti melalui proses telus.
#AWANInews
#AWANInews
Tak perlu layan karenah picisan, kenyataan hambar - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak perlu sangat melayani karenah picisan dan kenyataan hambar kerana itu tidak akan membantu kepada perubahan menyeluruh.
#AWANInews
#AWANInews
Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’
Mangsa diberitahu oleh Inspektor Harun kad visa miliknya dijumpai dan kad itu didapati terlibat dalam kes penipuan serta pengubahan wang haram.
AWANI Pagi : Dua Tahun Malaysia MADANI: Pencapaian KPN
Ikuti temubual Astro AWANI bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud mengenai pencapaian, inisiatif dan program yang telah dilaksanakan Kementerian Perpaduan Negara bagi mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Tenaga kerja rakyat jadikan Malaysia negara hebat - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tenaga kerja dalam kalangan rakyat baik pekerja, petani, mahupun nelayan menjadikan Malaysia negara yang dihormati dan membela nasib mereka sendiri.
#AWANInews
#AWANInews
'PN mungkin agak gelojoh umum calon PM, tiada perbincangan' - Pemuda Pas
PN mungkin agak gelojoh mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) gabungan parti memandangkan tiada sebarang perbincangan untuk pilihan raya umum akan datang.
Anggota polis cedera, kereta peronda dirempuh ketika mahu siasat kes kemalangan
Tiga lelaki cedera termasuk dua anggota polis selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM)74.5 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini pada Sabtu.
Korea Selatan minat jalin kerjasama pembangunan lebuh raya pintar di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar.
Love Series IV guna teknologi tingkat kualiti tidur pengguna
Love Series IV, tilam yang direka menerusi teknologi Duocare dengan slogan ‘Satu Tilam, Dua Keselesaan’ memastikan pengguna menikmati dua tahap keempukan dalam satu tilam mengikut keselesaan individu.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Edward bakal naik Gunung Kinabalu secara undur, kumpul dana kebajikan
Sasaran kutipan lebih RM500,000 itu juga untuk mendapatkan dana bagi membina dewan terbuka Sekolah Kebangsaan Bundu Tuhan, Ranau.