NAMA Pinda Rika Dorji, 21, sudah sinonim dalam bualan peminat sukan elektronik (e-Sukan) Defense of the Ancients 2 (Dota 2) tempatan dan juga seluruh Asia Tenggara.
Berasal dari sebuah negara yang mempunyai negatif karbon paling tinggi di dunia iaitu Bhutan, Pinda mula berjinak dengan Dota 2 sejak empat tahun lepas.
Di sebalik kepetahan dan kelucuannya yang ditonjolkan di dalam video-video yang dimuat naik di Facebook dan YouTube, Pinda juga menjadi sebutan komuniti Dota 2 dek kerana bakat dan kemahiran permainannya, menerusi nama gelaran pindaPanda.
Ketika bekerja di sebuah firma pembinaan selepas bergelar graduan Ijazah Pengurusan Pembinaan di sebuah institusi swasta di Kuala Lumpur, Pinda mencuba nasib untuk menjadi sebahagian daripada 'ahli keluarga' saluran e-Sukan pertama di Asia Tenggara, Astro eGG Network.
Walaupun sudah diterima untuk menjadi pengacara saluran tersebut pada tahun lalu, Pinda tidak pernah lokek untuk terus memuat naik video-video parodi, tutorial dan juga video penstriman langsung yang berkaitan dengan Dota 2 bagi menghiburkan 284,773 peminatnya di Facebook ketika ini.
Pinda seolah-olah tahu apa yang diinginkan peminat, apabila ada kala video yang dimuat naik olehnya mencapai lebih 3.4 juta tontonan.
Kini, Pinda "meluaskan empayarnya" dengan rancangannya tersendiri menerusi #pindaPandashow yang akan bersiaran setiap Rabu jam 9 malam, yang boleh ditonton di Astro on the Go atau saluran Astro 808.
Dengan enam episod yang akan ditayangkan, rancangan ini bakal menceritakan perjalanan Pinda sebagai seorang pemain sukan elektronik dan cabarannya untuk terus kekal positif dalam industri ini.
Pinda juga akan membawa peminat untuk meneroka keindahan dan ketenangan Bhutan menerusi rancangan ini.
Mariah Ahmad
Wed May 03 2017
Selepas menjadi hos saluran eGG Network pada tahun lalu, Pinda Panda bakal mempunyai rancangannya sendiri. - Foto Instargram / @pindapandaonly
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Kerajaan mahu pastikan ekosistem e-sukan lebih mampan dan inklusif - Reezal Merican
Industri e-sukan dilihat mampu menjana ekonomi, dan pada masa yang sama melahirkan bakat terkenal tempatan ke persada antarabangsa.
e-Sukan: Bila gadis Bhutan meluaskan empayarnya
Selepas menjadi hos saluran eGG Network pada tahun lalu, Pinda Panda bakal mempunyai rancangannya sendiri.
CSGO: TyLoo juara Kejohanan Minor Asia, bawa pulang RM126,000
Pasukan gergasi China itu bukan sahaja membawa pulang wang tunai RM126,000 malah melayakkan diri mereka ke Kejohanan CSGO ELeague Major.
5 perkara anda perlu tahu mengenai Kejohanan CS:GO Minor Asia
Kejohanan CS:GO Minor Asia di bawakan khas oleh Astro eGG Network dan Professional Gamers League (PGL).
DOTA 2: TI6 tawar habuan lebih RM75 juta, tertinggi dalam sejarah e-sukan
TI6 merupakan kejohanan tahunan DOTA 2 yang keenam anjuran Valve yang akan berlangsung di KeyArena, Seattle, Washington.