Pasukan yang berada di kedudukan dua teratas juga berpeluang untuk memasuki pusingan kelayakan Kejohanan CS:GO Major.
Berikut adalah 5 perkara yang perlu tahu mengenai Kejohanan CS:GO Minor Asia:
1) Anjuran pertama Professional Gamers League (PGL) di Malaysia
Pengajuran kejohanan sukan elektronik PGL dilihat sebagai bertaraf antarabangsa dan mempunyai kelasnya tersendiri. PGL mempunyai banyak pengalaman dalam penganjuran kejohanan-kejohanan utama sukan elektronik, termasuk Manila Major yang berlangsung pada Jun lalu. Sudah tentunya, penampilan pertama PGL sebagai penganjur di Malaysia adalah satu perkara yang dinanti-nantikan peminat.
LIHAT FOTO: Pusingan Kemuncak Kejohanan Dota 2 Manila Major
2) Di manakah lokasi kejohanan?
Lokasi bagi kejohanan yang berlangsung 28 hingga 30 Oktober ini adalah di Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor, yang dilengkapi dengan teknologi dan kemudahan penerbitan filem dunia. Antara program yang pernah dilangsungkan di situ termasuk Asia's Got Talent.
3) Siapa yang bertanding?
Seramai lapan pasukan yang akan bertanding dalam kejohanan ini iaitu pasukan TyLoo (China), Renegades (Australia), Athletico BH (Australia), Team BOT (Emiriah Arab Bersatu), Team MVP (Korea Selatan), Team NXL (Indonesia), Cyberzen (China) dan wakil daripada Malaysia FireDragoon eSports yang sebelum ini bertanding dengan menggunakan nama MVP Karnal.
4) Bagaimana mahu mendapatkan tiket masuk kejohanan?
Peminat-peminat sukan elektronik, terutama CS:GO, boleh mendapatkan tiket menonton perlawanan kejohanan ini secara percuma menerusi laman web egg.network, namun tempat adalah terhad.
Kejohanan CS:GO Minor Asia di bawakan khas oleh Astro eGG Network dan
Professional Gamers League (PGL).
5) Tonton kejohanan di saluran definisi tinggi
Jika tidak berkesempatan untuk ke Johor, peminat boleh menonton secara langsung kejohanan ini melalui saluran Astro eGG Network 808, atau melalui Astro on the Go dan Tribe.