THE Wedding KL membuka tirai acara fesyen untuk tahun 2019 dan saya berkesempatan menghadiri beberapa pertunjukan fesyen yang dipentaskan di hotel JW Marriot., Kuala Lumpur.
Tetamu yang menghadiri acara berkenaan terdiri daripada wartawan, selebriti, social media influencers, bloggers, pemerhati fesyen serta penggemar-penggemar fesyen.
Setiap kali acara seperti ini berlangsung, orang yang paling sibuk ialah para stylist yang bertanggung jawab menata gaya klien-klien mereka.
Lazimnya pada setiap acara pertunjukan fesyen, ada dua jenis ‘persembahan’ – satu di luar landasan sementara satu lagi di atas landasan. Kedua-dua acara berkenaan juga sangat menarik.
Namun begitu, daripada kedua-dua acara itu, tumpuan utama mereka yang menghadirinya sudah tentu tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan apa yang dipersembahkan di atas landasan.
Dalam keghairahan menghadiri pertunjukan fesyen, kita bagaimanapun janganlah terlalu mengikut perasaan sehingga seperti ingin bersaing dengan apa yang digayakan oleh model-model di pentas
Sedingin mana sekalipun lokasi acara itu, kita mesti sedar bahawa kita berada negara yang beriklim Khatulistiwa dan bercuaca tropika.
Lalu, sekiranya hadir ke majlis pertunjukan fesyen dengan mengenakan fur coat bagai, you are going to attract attention but for all the wrong reasons. Be fashion conscious but be realistic!
BACA: Malu sangat ke berbaju Melayu?
BACA: Untuk bergaya, ini senarai yang wajib ada dalam almari anda
Tidak dinafikan bahawa pertunjukan fesyen adalah acara yang glamor. Sesiapa sahaja yang menerima undangan ke majlis sebegini secara tidak langsung anda merupakan orang yang terpilih.
Jadi, apabila kita memberikan persetujuan untuk hadir dengan memberi pengesahan atau RSVP, maka sangat manis sekiranya anda menghadirinya.
Maksud saya, kehadiran anda adalah untuk meraikan dan memberi sokongan kepada tuan rumah iaitu pereka fesyen yang mempersembahkan koleksi mereka.
Dan apabila duduk di kerusi semasa pertunjukan fesyen, maka gunalah kesempatan itu untuk memberi perhatian pada setiap rekaan yang dipersembahkan pereka dan digayakan oleh model.
Elakkan daripada begitu asyik menggunakan telefon bimbit merakamkan wajah anda bersama rakan atau berebut-rebut mahu bergambar dengan selebriti.
Tolonglah jangan terlalu gemar mengambil selfie semasa persembahan.
Apabila melihat pelakuan sedemikian oleh tetamu di barisan hadapan semasa pertunjukan fesyen menyebabkan saya terfikir apa sebenarnya yang sedang bermain di dalam kotak fikiran mereka.
Bukankah sepatutnya pandangan mereka tertumpu ke pentas pertunjukan dan bukannya di skrin telefon bimbit?
Atau apakah mereka bosan dengan apa yang dipersembahkan? Jika sudah menjangkakan acara itu bosan, kenapa menerima undangan itu in the first place?
Sejujurnya, saya, sebagai pencinta fesyen amat terganggu dengan keadaan ini.
Sekiranya, koleksi yang dipersembahkan tidak memenuhi citarasa sekalipun, cubalah ‘berlakon’ buat seketika dan tetapkan pandangan anda ke hadapan untuk jangka masa 10 hingga 15 minit.
Sebetulnya, adalah tidak sopan dan tidak beradab untuk mengalihkan pandangan selain daripada menyaksikan pertunjukan fesyen di landasan.
Diimbas kembali sejarah silam, saya mula memahami dan menghargai fesyen ketika berumur 12 tahun.
Sedikit ‘terlambat’ sebenarnya jika dibandingkan dengan kanak-kanak zaman sekarang kerana saya membesar sebelum ledakan teknologi maklumat dan tidak ada media sosial!
Ketika itu, maklumat dan perkembangan fesyen hanya saya peroleh melalui pembacaan di akhbar atau majalah fesyen dari dalam dan luar negara.
Masih terbayang di fikiran saya ketika menghadiri sebuah pertunjukan fesyen di mana seorang tetamu ‘twin stroller’ masuk ke dewan.
Saya tertanya-tanya, sebetulnya pada peringkat umur berapa yang paling ideal untuk mendedahkan anak-anak pada dunia fesyen?
Setahu saya, kriteria utama untuk menghadiri pertunjukan fesyen ialah setiap tetamu boleh duduk dengan tertib selama sekurang-kurangnya 15 minit.
Rumusannya, pada pandangan peribadi saya, tidak elok sebenarnya jika anak-anak kecil didedahkan dengan elemen-elemen pencemaran termasuk muzik yang kuat, deretan lampu di sekeliling pentas yang mengeluarkan haba ditambah dengan haba badan para tetamu.
Semua itu tidak kondusif untuk kesihatan kanak kanak yang sedang membesar.
Ini sekadar pandangan peribadi saya!
* Zaihani Mohd Zain merupakan pengulas dan pengkritik fesyen.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Zaihani Mohd Zain
Fri Feb 01 2019
Kalau menghadiri acara pertunjukan fesyen, jangan pula sibuk merakamkan foto dengan rakan-rakan. Tindakan itu hanya mengganggu perhatian tetamu lain. - Gambar hiasan
NASA lakar sejarah terbang paling hampir kepada matahari
Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah pada Selasa apabila menjadi kapal angkasa pertama yang terbang paling dekat dengan matahari.
Presiden AS Biden tandatangani 50 RUU malam Krismas
Antara undang-undang baharu itu ialah Akta Hentikan Penyalahgunaan Institusi Kanak-Kanak yang diperjuangkan oleh selebriti Paris Hilton.
Enam disenarai individu dikehendaki polis Hong Kong
Enam individu disenaraikan sebagai individu dikehendaki polis Hong Kong kerana disyaki melanggar undang-undang keselamatan negara itu.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu team LZJ
Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengumumkan bekas pemain badminton negara Yeoh Kay Bin sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu.
PGA tumpas aktiviti pemerdagangan orang di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan pemerdagangan orang membabitkan enam pendatang tanpa izin menerusi Op Nyah II di Kampung Barol Pial di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
12 kontena misi bantuan MAPIM berjaya masuk ke Gaza
Menerusi satu kenyataan media pada Rabu, beliau berkata, fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala pihaknya sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
25 pemandu bas ekspres, persiaran dikesan pandu seorang diri
Sebanyak 25 bas ekspres dan persiaran dikesan beroperasi dengan hanya seorang pemandu bagi perjalanan jarak jauh dalam operasi yang diadakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di tiga plaza tol di negeri itu, pada Selasa.
Masih terlalu awal klasifikasikan punca insiden
Siasatan mengenai nahas pesawat di Kazakhstan sedang dijalankan dan pada masa ini masih terlalu awal mengklasifikasikan kes tersebut.
Kesemua 28 mangsa terselamat dirawat di hospital berhampiran
Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan pada rabu mengesahkan kesemua 28 mangsa yang terselamat termasuk dua kanak-kanak dalam nahas kapal terbang Embraer 190, sedang dirawat di hospital berhampiran.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Azerbaijan Airlines terhempas, Vladimir Putin ucap takziah
Menurut jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, pihaknya sangat bersimpati dengan mereka yang terkesan serta mendoakan pemulihan segera kepada semua mangsa yang terselamat.
'Dos and don'ts' ke pertunjukan fesyen
Dalam keghairahan menghadiri pertunjukan fesyen, kita bagaimanapun janganlah terlalu mengikut perasaan sehingga seperti ingin bersaing dengan apa yang digayakan oleh model-model di pentas.
#MeToo fashion show opens with angel wing models, pig-faced men
A fashion show inspired by the #MeToo social media campaign opened in New York with models sporting angel wings handcuffed to men in pig masks.
Supermodel ke gym untuk Victoria Secret Fashion Show 2014
Menjelang hari besar ini, ramai supermodel yang bakal beraksi di pentas Victoria Secret bersedia dari segi stamina dan membentuk figure menarik