RASHIDEE Abd Rashid memilih untuk memakaikan baju raya awal untuk anak sulungnya, Raudhah yang sudah beberapa tahun menghidap kanser otak tahap empat.
Rashidee hanya mahu merakamkan gambar kenangan bersama-sama dua anak-anaknya yang lain.
Reda bapa ini dengan ujian yang menimpa anaknya, dalam masa yang sama dia turut mengumpul kekuatan berdepan ujian hebat di bulan Ramadan ini.
Pakaikan baju raya untuk kakak
"Hari ini, kakak dipakaikan baju raya.
Jika ditakdirkan kakak diambil Allah sebelum Hari Raya, sekurangnya ada gambar bersama adik-adiknya.
Mohon doa dari kenalan agar urusan Kakak dipermudahkan.
Doakan kami juga sebagai ibu bapanya kuat dan tabah dengan dugaan yang kami harungi.
Keadaan kakak agak lemah hari ini, kakak hanya boleh mengangguk atau menggeleng sahaja tanpa suara.
Kakak tidak boleh minum dengan sempurna seperti air tersangkut di kerongkong.
Alhamdulillah, kami dikurniakan kejiranan yang sering membantu kami dan bersedia jika berlaku sesuatu musibah dan ujian."
“Sebaik-baik teman di sisi Allah adalah seseorang yang terbaik terhadap temannya. Manakala sebaik-baik jiran di sisi Allah adalah seorang yang paling baik dengan jirannya. [Riwayat al-Tirmizi]
Ya Allah. Engkau jadikanlah kanak-kanak perempuan ini sebagai penolong kepada kedua ibu bapanya dan sebagai harta pertaruhan bagi keduanya.
Dan jadikanlah dia sebagai peringatan dan iktibar dan pemohon syafaat bagi kedua ibu bapanya.
Dan beratkanlah timbangan amal kedua ibu bapanya dan kurniakan kesabaran di dada kedua ibubapanya.
Dan janganlah dia menjadi fitnah selepas kematiannya dan janganlah Engkau hampakan keduanya dari mendapat pahala di atas kematiannya.”
Perkongsian gambar kenangan tiga beradik berbaju kurung hijau sedondon bapa ini mengundang sebak di hati netizen dan ramai yang mendoakan kesembuhan kesihatan buat Raudhah.
Kakak pernah minta baju raya warna putih
Sebulan yang lalu Raudhah pernah meminta baju raya berwarna putih daripada ayahnya.
“Kelmarin kakak dah mula lemah untuk berjalan tetapi Masih boleh gerakkan kakinya. Tetapi pada 20.03.22, kakinya langsung tidak boleh digerakkan.
Berat badan pulak semakin susut, sebab dah beberapa hari kurang makan.
Beratnya lebih kurang 14.8kg berumur 8 Tahun.
Doktor mengatakan “mungkin” sel kanser sudah menyerang saraf tunjang. Jika betul ianya adalah Kanser lepas ni dah tiada rawatan lagi. Doktor akan melihat setelah melihat MRI beberapa hari lagi.
Saja tanya dia haritu, kakak Raya ni nak pakai baju warna apa? Putih jawabnya. Meremang satu badan aku dengar. Warna lain tak nak ke? tanya ku.
"Putih tak cantik ke? dia membalas.. Baju sekolah pun putih, aku sambung..Kalau tak nak putih kakak nak
hitam .
Lepas tu minta ke sekolah. Terpaksa la dukung bawa ke sekolah sebab dia masih tak dapat jalan.”
Dalam pada mengisi hari-hari bersama anak sulungnya itu, ibu bapa anak ini cuba usaha untuk menunaikan permintaan Raudhah.
Semoga Raudhah diberi kesembuhan dan urusan keluarga Rashidee dipermudahkan.
Mingguan Wanita
Fri Apr 29 2022
Perkongsian gambar kenangan tiga beradik berbaju kurung hijau sedondon bapa ini mengundang sebak di hati netizen dan ramai yang mendoakan kesembuhan kesihatan buat Raudhah. - Sumber foto Mingguan Wanita
Mangsa Pearl Harbor tertua yang terselamat, meninggal dunia pada usia 105 tahun
Individu tertua yang terselamat dalam serangan Jepun ke atas pangkalan Amerika Syarikat (AS) di Pearl Harbor semasa Perang Dunia II telah meninggal dunia pada usia 105 tahun.
LHDN lantik 26 selebriti, pempengaruh sebagai rakan strategik
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melantik 26 pempengaruh media sosial serta selebriti sebagai rakan strategik bagi menghasilkan kandungan yang menjurus kepada kesedaran, pendidikan dan tanggungjawab percukaian kepada negara.
Kestabilan politik dan kerjasama antara negara antara fokus ASEAN - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan keyakinan dalam usaha menggalakkan kerjasama antara China dan negara rantau ASEAN ketika Malaysia bersiap sedia pengerusi ASEAN pada 1 Januari depan.
Penumpang Azerbaijan Airlines kongsi detik cemas
Salah seorang penumpang Azerbaijan Airlines, Subhonkul Rakhimov mendakwa mendengar dentuman kuat ketika pesawat itu menghampiri destinasinya di Grozny, selatan Rusia.
Putin mohon maaf, ucap takziah kepada keluarga mangsa
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Sabtu menghubungi Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev berkenaan kemalangan pesawat Azerbaijan Airlines di Kazakhstan minggu ini, menyampaikan permohonan maaf dan ucapan takziah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (28 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 29 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kestabilan politik, kerjasama berkesan antara fokus untuk ASEAN - PM Anwar
Anwar menegaskan bahawa beliau akan memberi keutamaan kepada kerjasama yang berkesan untuk mengukuhkan perpaduan di rantau ini, selain meletakkan keterangkuman dan kemampanan di barisan hadapan.
Bunuh dan bakar wanita, New York mohon penjara seumur hidup terhadap pesalah
Menurut Peguam Daerah Brooklyn, Eric Gonzalez, ini kerana berdasarkan undang-undang New York, pesalah tidak akan dihukum mati jika membunuh, sebaliknya akan dikenakan hukuman maksimum iaitu penjara seumur hidup
"Ditakdirkan kakak diambil Allah" ... Bapa pakaikan baju raya awal untuk kenangan bersama
Bapa ini, Rashidee Abd Rashid memilih pakaikan baju raya awal untuk anak sulungnya Raudhah yang menghidap kanser otak tahap 4.