Baroness Michelle Mone of Mayfair berada dalam situasi janggal apabila beliau mendukung seorang lelaki yang ditugaskan untuk menyampaikan sejambak bunga kepadanya.

Usahawan dan socialit dari England ketika itu baru sahaja selesai menyampaikan ucapan dalam satu acara di Vietnam apabila lelaki itu, Nguyen Tan Phat memberikan sejambak bunga.

Mone menerima cenderahati itu dengan gembira dan terus mendukung Nguyen Tan Phat.

Oleh kerana lelaki tersebut bersaiz agak kecil, Mone menyangkakan dia seorang kanak-kanak.

Situasi menjadi lebih lucu apabila seorang wanita menjerit dari jauh, “Turunkan dia. Dia suami saya.”

Mone turut berkongsi pengalaman janggal itu di laman sosial Twitter miliknya.

"Ia merupakan saat yang sangat memalukan. Berucap di hadapan lebih 3000 warga Vietnam dan saya menyangkakan lelaki itu baru berusia 6 tahun. Dia sebenarnya seorang lelaki dewasa," tulisnya di Twitter.


Menurut laporan Mashable, Nguyen turut tampil ke hadapan bagi menjelaskan kekeliruan berkenaan usia beliau yang sebenarnya berusia 22 tahun, dan bukannya 46 tahun seperti yang dilaporkan oleh media tempatan.

Beliau turut menjelaskan yang beliau belum berkahwin.