Apa yang boleh anda lakukan?
Sebagai manusia dan anggota masyarakat yang prihatin, kita disarankan untuk menyumbang darah bagi memenuhi keperluan, khususnya dalam kes-kes yang mendesak.
Pengarah Pusat Darah Negara, Dr Norhayati Abu Amin berkata menderma darah adalah satu tanggungjawab sosial yang amat digalakkan dalam kalangan masyarakat di negara ini.
"Kalau kita tidak menderma darah, dari mana akan datangnya darah tersebut?"
“Bekalan darah itu perlu datang dari rakyat dan sehingga ke hari ini, tiada darah sintetik dihasilkan," kata Dr Norhayati.
Tambahnya, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula bertanggungjawan memastikan bekalan darah mencukupi dan selamat digunakan.
“Kerana tidak ada alternatif lain kepada pesakit yang kehilangan darah untuk meneruskan rawatan tanpa bekalan darah yang mencukupi.
"Sebab itulah kita perlu menderma darah. Kita tidak eksport atau import darah. Rakyat kita sendiri yang kena derma darah untuk kegunaan satu sama lain,” ujarnya lagi.