KUALA LUMPUR: Derma darah merupakan sesuatu yang penting kepada manusia terutamanya dalam membantu mereka yang mengalami masalah darah disebabkan keturunan atau menghidapi kanser darah kerana sumsum tulang mereka tidak dapat menghasilkan sel darah secara semula jadi.
Pakar Perunding Hematologi dan Perubatan Transplan Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway Dr Ho Kim Wah berkata pemindahan darah perlu untuk mengekalkan fungsi organ, pertumbuhan dan kesihatan secara umum dan seterusnya membolehkan pesakit untuk meneruskan kehidupan mereka.
"Beberapa jenis penyakit hematologi memerlukan pemindahan darah berterusan, seperti pesakit leukemia akut yang mengalami cytopaenias (sel darah merah atau putih rendah atau platelet) dan pesakit leukemia akut atau limfoma yang mengalami anemia (kekurangan sel darah merah).
"Ia juga diperlukan pesakit thrombocyopaenia (kekurangan platelet dalam darah yang boleh menyebabkan pendarahan ke dalam tisu, lebam dan pembekuan darah secara perlahan selepas kecederaan) akibat rawatan seperti kimoterapi, termasuk pesakit yang mengalami masalah gangguan kronik yang melibatkan hemoglobinopati seperti talasemia major," katanya dalam satu kenyataan.
Dr Ho berkata walaupun trend derma darah negara menunjukkan penurunan pada 2020 dan 2021 disebabkan pandemik COVID-19, terdapat sedikit peningkatan pada 2022 dengan 120,929 penderma baharu, berbanding 96,702 penderma pada 2021 dan 115,606 pada 2020, manakala enam bulan pertama tahun ini menunjukkan peningkatan memberangsangkan, dengan 59,224 penderma.
Bagaimanapun Dr Ho berpendapat, bekalan darah yang rendah akan mengakibatkan rawatan darah yang suboptimum untuk pesakit hematologi dan perkara ini tidak baik untuk kesihatan mereka, serta dalam keadaan kritikal, ia boleh menyebabkan kematian.
"Pesakit mungkin akan mengalami gangguan fungsi organ, pertumbuhan yang lemah, komplikasi daripada extramedula hematopoiesis (pembentukan dan pengaktifan sel darah di luar sumsum tulang sebagai tindak balas kepada tekanan hematopoiesis (pembentukan darah) serta kualiti hidup yang rendah," katanya.
Dr Ho berkata mitos dan tabu yang menyelubungi derma darah dan pemindahan darah juga boleh menghalang pelaksanaan rawatan bagi menyelamatkan nyawa pesakit.
"Sebagai contoh, kenyataan seperti derma darah boleh memendekkan jangka hayat, boleh menyebabkan jangkitan semasa menderma darah atau boleh merosakkan organ dalaman atau mengatakan bahawa darah akan dibuang jika bekalan berlebihan atau tidak digunakan serta merta.
"Andaian seperti ini boleh mengancam nyawa pesakit yang memerlukan amat darah dan jika mitos itu tidak dihapuskan, ia boleh menyebabkan situasi perubatan yang kritikal. Perlu kita ingat, satu beg darah yang didermakan, mampu menyelamatkan tiga nyawa. Tetapkan pendirian anda dan selamatkanlah nyawa hari ini." katanya.
Dr Ho menyatakan risiko untuk menderma darah adalah minimum, selagi seorang penderma itu layak dengan memenuhi kriteria umur, tidak berpuasa, mempunyai berat badan ideal, tidur secukupnya sebelum menderma darah, sihat dari segi fizikal dan mental, serta pelbagai standard yang lain.
"Selepas menderma darah, penderma dinasihatkan untuk berehat sekurang-kurangnya 10 minit dan adalah penting untuk mengambil sedikit makanan ringan serta minum air yang banyak.
"Penderma juga diminta untuk tidak melakukan aktiviti lasak dalam tempoh 24 jam pertama selepas menderma darah, bagi mengelakkan mereka pengsan," katanya.
Dr Ho berkata pemindahan darah pada masa kini merupakan satu prosedur yang selamat, namun begitu ia bergantung kepada individu penerima, kerana mungkin boleh berlaku beberapa risiko kecil, antaranya alahan dan tindak balas transfusi yang bukan hemolitik (demam atau menggigil selepas pemindahan) yang merupakan antara kes yang amat jarang berlaku.
"Dalam apa jua keadaan, jika pesakit mengalami simptom seperti demam, menggigil, sakit dada, berpeluh, gatal, sesak nafas atau kurang selesa, mereka atau penjaga harus melaporkannya kepada jururawat atau doktor dengan segera," kata Dr Ho.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 18 2023
Risiko untuk menderma darah adalah minimum, selagi seorang penderma itu layak dengan memenuhi kriteria umur, tidak berpuasa, mempunyai berat badan ideal, tidur secukupnya sebelum menderma darah. - Gambar hiasan/REUTERS
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
'Ini beg darah ke-99, dua minggu lagi boleh genapkan 100' - Azhan Rani
Tekad mahu membantu pesakit yang memerlukan mendorong pelakon, Azhan Rani untuk menderma darah sebanyak 99 kali dan menyasarkan untuk mencapai angka 100 dalam tempoh dua minggu lagi.
Pemandu e-hailing terima anugerah penderma darah terbanyak
Berkat menderma darah sebanyak 158 kali membolehkan pemandu e-hailing Kang Eng Tean, 50, menerima anugerah sebagai penderma darah terbanyak di Kelantan.
Insan mulia Mansor Puteh derma darah 631 sepanjang hayatnya - Menteri Kesihatan
Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merakamkan takziah ke atas pemergian Mansor.
Bekalan darah jenis O negatif kritikal di Hospital Dutches of Kent, Sandakan
Orang ramai yang mempunyai darah kumpulan tersebut di sekitar bandar ini diminta tampil menderma bagi membantu keperluan mendesak hospital berkenaan.
Kutipan dan bekalan menurun, HSI pohon orang ramai derma darah
Kutipan dan pembekalan darah bagi kesemua kumpulan darah di Unit Perubatan Transfusi, Hospital Sultan Ismail (HSI) semakin menurun.
Derma darah penting untuk selamatkan nyawa
Pemindahan darah perlu untuk mengekalkan fungsi organ, pertumbuhan dan kesihatan, serta membolehkan pesakit meneruskan kehidupan.
Ong anggap derma darah cara bersedekah
Bapa kepada seorang cahaya mata itu pada masa sama turut menggalakkan orang ramai menderma darah bermula daripada usia muda.
Kadar derma darah: KKM sasar 35 hingga 40 orang per 1,000 populasi menjelang 2030
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Perkhidmatan Perubatan Transfusi, menyasarkan kadar pendermaan darah negara 35 hingga 40 orang per 1,000 populasi penduduk, menjelang tahun 2030.
Anggota Rela derma darah 219 kali sejak 1995
Zakaria Omar yang berumur 48 tahun, aktif menderma darah sejak berusia 20 tahun.
Gempa bumi Turkiye, Syria: Penduduk Palestin derma darah untuk mangsa
Bertemakan "One Body", kempen sehari itu "menghantar mesej kasih sayang dan keamanan untuk semua."