Dahulu lelaki ini bukan siapa-siapa. Hanya pekerja bawahan iaitu seorang budak kampung lepasan sekolah menengah nun jauh dari Kota Bharu Kelantan.
Memulakan karier di ibu kota sebagai pekerja kontraktor membuat projek selama dua tahun ketika waktu awal berhijrah, menjadi antara titik tolak berkembang potensi kerjayanya sehingga hari ini.
Menyertai badan berkanun seawal usia 21 tahun di Jabatan Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), anak terakhir daripada enam beradik ini hanyalah bertugas sebagai pemungut jentik-jentik.
Namun siapa sangka selepas 37 tahun, beliau kini merupakan orang penting di DBKL apabila menjawat jawatan paling kanan dalam agensi itu, sebagai orang nombor dua Datuk Bandar Kuala Lumpur, pemegang gred JUSA B.
Lelaki itu adalah Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosio-Ekonomi) DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff. Orangnya kecil tapi jiwanya besar.
Berkongsi pengalaman, Ibrahim berkata, beliau tidak pernah terfikir untuk meletakan dirinya di tahap sekarang, apatah lagi beliau hanya datang daripada keluarga petani dan peniaga kecil.
Bagaimanapun dia bersyukur kerana diberi kesedaran untuk lebih maju dalam membina karier sebagai penjawat awam, namun tidak sesekali meminta-minta pangkat dan kedudukan.
“Segalanya bermula apabila ketua saya ketika awal kerja dulu bertanya, ‘apa masa depan kamu’? Saya jawab saya nak jadi sepertinya (ketua).
“Tapi dia pesan, jangan jadi seperti dia, jadilah seperti siapa yang ambil saya bekerja. Jadi saya ambil cabaran itu dengan memutuskan untuk menyambung pengajian.
“Tiga kali saya ambil STPM sebelum melayakkan saya untuk sambung ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di USM,” katanya kepada Sinar Harian.
Niat beri khidmat terbaik
Mengakui hanya mengimpikan Gred 52, Ibrahim berkata, itu merupakan sasaran terbesar yang difikirkan selepas menerima tawaran sebagai pegawai tadbir.
Namun dalam masa sama, beliau terus berpegang dengan prinsip bekerja dengan jujur dan ikhlas serta patuh dengan kehendak majikan.
“Bangun pagi, selepas solat Subuh, niat saya hanya untuk bekerja dengan memberi perkhidmatan yang terbaik.
“Kerja jangan berkira, jangan bertangguh, dan paling penting jangan meminta-minta (pangkat dan jawatan),” katanya.
Beliau juga merupakan pegawai paling lama berkecimpung dalam hal ehwal penjaja di ibu kota bermula sebagai pegawai tadbir, timbalan pengarah, sehinggalah pengarah.
Itu juga menjadikan beliau antara pegawai kanan DBKL yang paling dekat dengan komuniti dan kini menerajui enam jabatan penting di DBKL, yang juga amat berkait rapat dengan masyarakat.
Dua cabaran besar
Mendepani pelbagai kerenah masyarakat tidak mudah. Namun ia menjadi satu cabaran besar yang dilalui Ibrahim yang juga pernah dilantik sebagai pegawai khas Menteri Wilayah Persekutuan.
“Sikap masyarakat yang lupa peraturan, tidak takut undang-undang dan tidak hairan dengan penguatkuasaan. Menjadi cabaran pada saya. Masyarakat Kuala Lumpur perlu ubah sikap. Apa yang kita buat untuk kebaikan. Jika semua ada sikap sayangkan Kuala Lumpur, baharulah kita boleh berjaya dengan slogan world class city,” katanya.
Tidak terkecuali, cabaran berdepan lambakan warga asing yang tertumpu di ibu negara.
“Warga asing ini memberi tekanan kepada warga tempatan sama ada sektor perniagaan mahupun lain-lain. Namun ia banyak melibatkan polisi kerajaan pusat dalam masa sama, DBKL juga sentiasa mencari jalan penyelesaian,” katanya.
Sokongan keluarga pemangkin kejayaan
Segala suka duka, mustahil jika ia dilakukan tanpa keluarga di belakang.
Meskipun terpaksa berkongsi dengan masyarakat, keluarga sentiasa memberi sokongan penuh dengan memahami tanggungjawab yang dipikul.
“Apa pun saya amat berterima kasih kepada keluarga saya yang begitu memahami tugas saya. Juga terima kasih juga kepada kerajaan khususnya Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Bandar Kuala Lumpur yang memberi kepercayaan kepada saya untuk berkhidmat,” katanya.
Sinar Harian
Sat Apr 14 2018
![Dahulu pemungut jentik-jentik, tapi sekarang... Dahulu pemungut jentik-jentik, tapi sekarang...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/71523675841_IbrahimYusoff.jpg)
Selepas 37 tahun, Ibrahim kini orang penting di DBKL apabila menjawat jawatan paling kanan dalam agensi itu, sebagai orang nombor dua Datuk Bandar. - Foto Sinar Harian
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Dahulu pemungut jentik-jentik, tapi sekarang... Dahulu pemungut jentik-jentik, tapi sekarang...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/71523675841_IbrahimYusoff.jpg)
Dahulu pemungut jentik-jentik, tapi sekarang...
Memulakan karier di ibu kota sebagai pekerja kontraktor membuat projek selama dua tahun ketika waktu awal berhijrah, menjadi antara titik tolak berkembang potensi kerjayanya sehingga hari ini.