NILAI: "Berbudi pada tanah lambat laun akan dapat hasilnya". Ungkapan itu sesuai digambarkan mengenai usaha dua anak muda yang memilih untuk bersara awal daripada berkhidmat di Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan beralih ke bidang pertanian sejak tiga tahun lepas.
Mejar (B) Mohd Farid Daud, 37, berkata pengalaman dan kepakaran dalam bidang kejuruteraan penerbangan selama 10 tahun tidak disia-siakan sebaliknya dimanfaatkan sebaik mungkin untuk membangunkan ladang integrasi tanaman dan ternakan di Labu Hilir dekat sini.
Malah, ladang seluas 15 ekar di bawah syarikat Temin Legacy Sdn Bhd yang dimiliki bersama Mohd Farid, rakannya Kapten (B) Ahmad Haziq Mat Hasan, 37, serta abang Farid Mohd Affendy Daud, 43, mampu mengeluarkan hasil tanaman pertanian dan makanan sehingga 200 tan setahun dengan potensi pulangan minimum RM600,000.
"Kita bermula pada 2022 menggunakan modal sebanyak RM100,000... antara tanaman dan ternakan yang ada termasuk pisang, tebu, labu manis, rumput napier, ayam kampung, dan ikan keli dengan kebanyakan benih pada peringkat permulaan dibeli daripada pembekal dari Banting, Selangor.
"Hasil pertanian itu kemudian kita pasarkan ke Pasar Borong Selayang, Bandar Baru Bangi serta Seremban selain ada pemborong datang ke ladang kita untuk mendapatkannya," katanya ketika ditemui di ladang berkenaan di sini.
Anak kelahiran Pahang itu berkata penglibatan dalam sektor usahawan tani juga berikutan ia mempunyai potensi besar untuk terus berkembang pada masa akan datang selain menyambung legasi keluarga dalam bidang pertanian.
"Keluarga saya ada usahakan beberapa tanaman termasuk nurseri di Jerantut, jadi 'darah' itu mengalir dalam diri saya. Sebelum ini pun kami pernah usahakan ladang tanaman seluas 100 ekar di sana, tapi sejak berpindah ke Bangi, saya buat keputusan buka ladang di Negeri Sembilan," katanya.
Dalam pada itu, ditanya mengenai penjagaan tanamannya, beliau berkata rutin merumput, membaja dan meracun akan dilakukan secara berkala mengikut penggiliran plot dan perlu mematuhi jadual tersebut bagi memastikan tanaman berada dalam keadaan baik.
Mengakui pernah berdepan kerugian hampir RM400,000 berikutan faktor ancaman haiwan perosak dan liar yang merosakkan tanaman, namun beliau ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus berbakti kepada tanah sekali gus membantu menjamin sekuriti makanan negara.
Mengenai perancangan masa hadapan, Mohd Farid berkata pihaknya sedang mengintai peluang mengembangkan projek pertanian itu dalam skala lebih besar antara 100 ke 300 ekar secara berperingkat sekali gus mengaplikasikan penggunaan dron untuk proses tanaman itu.
"Untuk projek berskala besar, kita akan gunakan teknologi dron kerana ia lebih praktikal dan menjimatkan masa. Ketika ini, kita juga dalam proses mencari pelabur yang berminat untuk projek pertanian berkenaan yang dijangka diusahakan di Pahang.
"Kita turut menyasarkan untuk memasarkan produk hiliran daripada hasil pertanian ini ke pasaran tempatan dan antarabangsa seperti China dan Amerika Syarikat dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya.
Sementara itu, Ahmad Haziq yang juga bekas juruterbang TUDM Subang itu berkata keputusan menceburi bidang itu berikutan melihat potensi besar yang masih boleh diterokai melalui pertanian memandangkan pasaran tempatan dilihat terbuka luas.
Selain itu, beliau berkata penglibatan anak muda sebagai pelapis sangat penting kerana mereka mempunyai kekuatan fizikal dan mental untuk menjayakan industri pertanian sekali gus memastikan kelangsungan hasil makanan dalam negara.
Ahmad Haziq berkata golongan itu perlu mengubah persepsi bahawa pekerjaan tersebut hanya sebagai batu loncatan sebelum mendapat pekerjaan lain atau lebih sesuai untuk golongan veteran atau orang di kampung.
"Tak ramai pemegang ijazah berminat ceburkan diri dalam pertanian, walhal pengetahuan mereka sangat diperlukan termasuk menyesuaikan diri dengan teknologi moden seperti Internet Benda (IoT) dan kaedah pertanian terkini dengan cepat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 18 2024
Mohd Farid (tengah) melihat dron udara (UAV) dan darat (UGV) yang digunakan bagi meracun dan membaja di ladang integrasi moden di Labu Hilir dekat Nilai, 18 Jan 2024. --fotoBERNAMA
Ireland peruntuk dana lindungi kejutan ekonomi daripada Trump - PM
Pihak berkuasa Ireland memperuntukkan dana yang besar untuk melindungi negara daripada potensi kejutan ekonomi yang mungkin timbul.
Tidak berasas dakwa kerajaan Melaka tidak serius tangani banjir kilat - Exco
Kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan pusat melaksanakan pelbagai langkah komprehensif untuk mengatasi masalah banjir kilat.
COP29 setuju perjanjian AS$1.3 trilion untuk negara miskin atasi perubahan iklim
Dana itu bertujuan membantu negara membangun meningkatkan perlindungan iklim dan menyesuaikan diri dengan kesan buruk pemanasan global, seperti kemarau, ribut dan banjir yang semakin kerap.
13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di wilayah Sumatera Utara
Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.
Tiga maut terkena tembakan polis ketika pegawai buat "tinjauan" di masjid bersejarah di India
Polis berkata "tinjauan" dilakukan atas perintah mahkamah selepas seorang peguam mendakwa masjid itu dibina di atas tapak peninggalan Hindu.
Badan Peguam Malaysia buka pusat mediasi di Bar Auditorium, Tanjong Mas
Mohamad Ezri berkata Pusat Mediasi Kelantan akan mengendalikan sesi mediasi dengan pilihan kaedah penyelesaian pertikaian sedia ada.
Hyundai panggil balik 42,000 kereta di AS kerana risiko pergerakan spontan - Laporan
Pergerakan spontan berlaku disebabkan masalah pendawaian, menurut laporan itu.
Kerajaan Australia batal cadangan undang-undang kawal maklumat salah
Kerajaan Australia secara rasmi menolak cadangan undang-undang yang akan mewajibkan syarikat media sosial untuk mengawal maklumat salah dan palsu di platform mereka.
Lebih 1,000 doktor, jururawat terbunuh dalam serangan Israel di Gaza
Tentera Israel didakwa menyasarkan hospital sebagai sebahagian rancangan terancang untuk meruntuhkan sistem penjagaan kesihatan di Gaza.
Penambahbaikan birokrasi kurangkan kos projek pembangunan
Penambahbaikan birokrasi melalui Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) mampu mengurangkan kos dalam pelaksanaan sesuatu projek pembangunan.
Kerajaan ingin jadikan aset tanah di Kelantan pemangkin ekonomi industri makanan, pertanian
Di Kelantan, aset tanah masih banyak yang belum diterokai dan Kerajaan Persekutuan sedang memikirkan cara aset-aset itu boleh dimanfaatkan.
MTDC perkuat peranan bantu syarikat teknologi tempatan majukan sektor pertanian negara
Melalui pelbagai program, MTDC memudahkan akses dan adaptasi teknologi dan kepakaran bagi meningkatkan daya saing syarikat tempatan di pentas global.
MAHA 2024 tampilkan konsep 'Best of the Best' di Dewan A
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 telah memperkenalkan konsep 'Best of the Best' di Dewan A, Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
FAMA Fest 2024 catat nilai jualan RM8.4 juta di tujuh negeri - Arthur
Program itu memberi manfaat kepada 808 usahawan serta dimeriahkan dengan kehadiran sebanyak 459,417 pengunjung.
Banci Pertanian 2024: Menilai sektor pertanian demi masa depan negara
Banci Pertanian 2024 merupakan usaha penting yang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia untuk memahami keadaan sebenar pengusaha pertanian di Malaysia.
Takungan semasa air di tiga empangan MADA mencukupi untuk pertanian, kegunaan domestik
Kedudukan semasa keseluruhan takungan air di Empangan Muda, Empangan Pedu dan Empangan Ahning adalah sebanyak 44.14 peratus.
Malaysia sedia tingkat kerjasama dengan Filipina dalam bidang pertanian
Mohamad Sabu berkata perkara tersebut dibincangkan dalam pertemuannya bersama Duta Besar Filipina ke Malaysia Maria Angela Abrera Ponce.
Iran berhasrat adakan MoU dalam bidang pertanian - Mohamad Sabu
Mohamad yakin MoU itu akan menyediakan asas yang kukuh untuk meningkatkan kerjasama antara Malaysia dan Iran dalam bidang pertanian.
Thailand anjur festival durian, tingkatkan perdagangan dengan China
Sambutan pesta durian pada Sabtu di selatan Thailand mempromosikan durian Thailand dan membantu lebih banyak buah memasuki pasaran China.
UPM anjur Karnival Keterjaminan Makanan hari ini
Ia antara usaha UPM bagi merealisasikan agenda pertanian dan sekuriti makanan negara sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menangani isu ini.