Orang ramai kini tidak perlu lagi beratur panjang di kaunter bank untuk menukar duit raya kerana ada satu cara yang lebih cepat untuk menukarnya.

Menerusi satu perkongsian Mohd Shukur di Facebook, duit raya boleh ditukar dengan mudah hanya menerusi mesin ATM.

Macam mana caranya? Ikuti langkah mudah ini.


1. Pergi ke cawangan Maybank terdekat (Maybank terpilih sahaja), pilih mesin ATM yang ada gambar tertera ‘dapatkan wang kertas RM10 di mesin in’ yang boleh anda dapatkan duit raya baru.




2. Tekan ‘pengeluaran’ dan pilih jumlah.




3. Jumlah maksimum adalah RM300. Pilih, dan terus keluar duit RM10 serba wangi dari mesin tersebut.




4. Mintak sampul raya daripada kaunter depan.

Entri yang dimuat naik ini telah mendapat hampir 5,000 perkongsian di Facebook, nampaknya ramai yang dapat manfaat berguna daripadanya.

Masih ada masa untuk anda dapatkan duit raya serba baru dan serba wangi, selamat mencuba!