DALAM proses perkembangan anak, tidur sangat penting untuk kanak-kanak membesar  pada tahap optimum.

Selain tidur yang cukup, mood positif anak juga perlu berada dalam keadaan baik kerana ia turut mempengaruhi otak.

Oleh sebab itu, ibu bapa harus memastikan semua ini berjalan lancar. Sekiranya anak dalam kategori sukar tidur awal dan mood sekejap ok, sekejap tak, apa kata cuba tip yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan ini.

Cara ini sudah pun dipraktikkan oleh beliau untuk anak-anaknya dan ternyata nampak keberkesanan.

Semua rumah kena ada Epsom Salt tau. Saya suka betul rendam anak dalam air Epsom Salt. Tak kira masa. Anak pun syok betul berendam.

Sehari sekali. Ambil satu cawan Epsom Salt, masuk dalam air suam. Buat waktu mandi petang. Anak mudah mengantuk malam nanti, tidur lebih nyenyak insyaAllah.

Macam garam kasar, tapi jangan makan pula ye.

Apabila anak demam, tak sihat, batuk atau selsema, saya akan kerapkan buat. Dua atau tiga kali sehari. Dari lemah tak larat, segar anak setiap kali lepas rendam. Kahak pun banyak keluar.

Dalam Epsom Salt ada Magnesium. Magnesium bantu untuk mengendurkan otot anak, bantu untuk tenangkan sistem saraf anak.

Letak air suam dan Epsom Salt dalam baldi.

Magnesium antara supplement transdermal yang paling selamat untuk anak-anak kecil.

Lebih 325 proses biologi dalam tubuh badan anak perlukan Magnesium. Kalau tak cukup Magnesium, maknanya akan ada fungsi sistem badan yang akan terganggu.

Dan ramai sebenarnya anak-anak yang tak cukup kandungan Magnesium dalam badan mereka.

Dalam makanan, magnesium ada pada bayam, kacang, dark chocolate, pisang, tofu, dan sebagainya. Tapi anak kecil makan bukannya dalam kuantiti yang banyak kan.

Magnesium penting untuk;
  1. Tidur anak yang baik
  2. Perbaiki mood anak
  3. Lebih fokus
  4. Kuatkan tulang dan gigi
  5. Berikan energy secukupnya untuk anak
  6. Sihatkan otot dan saraf
  7. Membantu penyerapan vitamin dan mineral lain
  8. Tingkatkan imuniti badan anak

Kalau rumah ada tab mandi, boleh letakkan dalm tab mandi dan suruh anak berendam sekejap. Jika tak ada, letak dalam baldi pun boleh.

Selepas anak main waktu petang, ajak rendam dalam bath tub. Kalau tiada, guna baldi macam saya pun boleh.

Malam mesti anak tak meragam sangat, laju sahaja nak masuk tidur.

Epsom Salt ini untuk 1.2 kg, harga tidak sampai RM20. Boleh cari di farmasi berdekatan atau beli secara dalam talian.

Kredit: Dr Mazliana Mazlan

* Artikel asal disiarkan di Pa&Ma.



** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!