BATU PAHAT: Tragedi kemalangan jalan raya kira-kira 25 tahun lepas sehingga mengakibatkan kedua-dua belah matanya buta tidak mematahkan semangat seorang warga emas di Kampung Sri Gading, di sini, untuk bergelar seorang penternak burung puyuh.
Kow Meng Soon, 60, berkata dia kini menternak 5,000 ekor burung puyuh dan mampu menjual kira-kira 2,000 biji telur haiwan itu setiap hari kepada pemborong.
Menurut Kow, dia dan isteri, Disianti Lee, 30, perlu menternak burung berkenaan demi mata pencarian kerana ia satu-satunya pekerjaan yang mampu dilakukannya selepas menjadi orang kurang upaya (OKU).
"Sebelum ini saya bekerja di Singapura dan saya nekad untuk menternak burung puyuh walaupun tidak mempunyai pengalaman. Saya menggunakan wang simpanan hasil pekerjaan sebelum ini sebagai modal...ia lebih baik daripada saya tidak mempunyai sebarang pekerjaan.
"Saya juga perlu bekerja keras, lebih-lebih lagi memiliki tiga anak berumur antara enam dan 15 tahun yang masih bersekolah," katanya ketika ditemui Bernama, hari ini.
Kow mengakui penularan pandemik COVID-19 turut memberi tempias terhadap aktiviti ternakannya dengan kehilangan lebih separuh pendapatan.
Katanya, dia pernah kerugian besar apabila tidak dapat menternak burung puyuh hampir 10 bulan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan tahun lepas.
"Ketika itu, saya perlu melupuskan hampir 10,000 ekor burung puyuh selain memberikannya kepada kenalan dan jiran. Kini setelah hampir tiga bulan saya memulakan kembali ternakan, saya gembira dan bersyukur kerana telur puyuh ini masih mempunyai pasaran walaupun tidak seperti sebelum PKP," katanya.
Sementara itu, Ketua Kampung Sri Gading Sharuddin Abu Bakar berkata dia berbangga dengan Kow yang tabah dan cekal untuk berjaya walaupun bergelar OKU.
"Kow merupakan satu-satunya OKU yang boleh dianggap berjaya di kampung ini dan usahanya ini diharap dapat dijadikan teladan oleh para penduduk kampung," katanya. -- BERNAMA
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Bernama
Sat Apr 17 2021
Kow mengakui penularan pandemik COVID-19 turut memberi tempias terhadap aktiviti ternakannya dengan kehilangan lebih separuh pendapatan. - Bernama
Bekalan elektrik kepada Sabah dijangka suku kedua 2025
Bekalan elektrik kepada Sabah menerusi perjanjian pertukaran tenaga antara Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Sabah Electricity Sendirian Berhad (SESB) berkapasiti 30 megawatt dijangka mula beroperasi pada suku kedua tahun 2025.
Sarawak berharap SPP akur desakan utamakan calon tempatan
Sarawak berharap Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan akur dengan desakan untuk mengutamakan calon tempatan bagi mengisi 1,733 kekosongan guru di negeri ini.
Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.
Sarawak laksana Penilaian Standard pelajar DLP mulai tahun depan
Sarawak akan melaksanakan Penilaian Standard bagi pelajar Program Dwi Bahasa (DLP) di negeri ini mulai tahun depan.
Rumah hangus dijilat api, lapan beranak tinggal sehelai sepinggang
Lapan beranak tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka di Kampung Masjid, Kuala Baram Miri musnah dijilat api.
Menurut Ketua Balai Bomba Lutong, Henry Jugah, tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden pada kira-kira jam 3 petang.
Menurut Ketua Balai Bomba Lutong, Henry Jugah, tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden pada kira-kira jam 3 petang.
Penumpang dilarang guna bagasi skuter di apron lapangan terbang - CAAM
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengeluarkan arahan keselamatan yang melarang penggunaan bagasi pintar atau 'skuter' sebagai mod pengangkutan dalam kawasan apron lapangan terbang.
Dua lelaki menyamar anggota SPRM ditahan di Pasir Mas
Polis menahan dua lelaki dipercayai menyamar sebagai anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sekitar Pasir Mas, semalam.
'Bola sepak Malaysia tidak gagal, anda yang gagal' - TMJ
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menganggap menguruskan sebuah kelab bola sepak bukan perkara yang susah jika pihak pengurusan bijak berbelanja.
Majlis daerah jangan tembak haiwan liar sesuka hati - Ismail Sabri
Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang diluluskan di Dewan Rakyat 'mengikat' pihak majlis daerah dalam mengambil tindakan terhadap haiwan terbiar atau liar.
Singapura garis 3 inisiatif galakkan kredit karbon
Singapura menggariskan tiga inisiatif utama untuk menggalakkkan pasaran kredit karbon di rantau Asia Tenggara.
Buta tidak halang warga emas bergelar penternak puyuh
Kow Meng Soon kini menternak 5,000 ekor burung puyuh dan mampu menjual kira-kira 2,000 biji telur haiwan itu setiap hari kepada pemborong.