Dasar kesamaan jantina membuka banyak peluang untuk kaum wanita meneroka bidang ekonomi serta sosial termasuk peluang perkembangan kerjaya.
Namun bagaimana pula dengan hak untuk golongan wanita bergelar ibu yang menyusukan anak apabila mereka kembali bekerja selepas cuti bersalin dan perlu mengambil masa untuk 'memerah susu'?
Di Malaysia, tidak ada masa diperuntukkan di bawah sebarang undang-undang untuk memberikan masa rehat bagi tujuan berkenaan.
Bagaimanapun, dalam sektor kerajaan dan swasta, ibu yang menyusui anak diketahui akan 'menyelinap' seketika ke satu tempat terlindung untuk 'memerah susu' dan kebanyakan ketua mereka seakan tutup mata untuk memastikan kesejahteraan pekerja mereka serta bayi masing-masing.
Namun, bukanlah semua majikan memahami keperluan wanita yang menyusui anak untuk mengambil sedikit masa untuk 'memerah susu', menyebabkan ramai wanita terpaksa menanggung kesakitan 'bengkak susu kerana susu yang berlebihan tidak dikeluarkan' sehingga anak mereka tidak dapat menikmati susu ibu.
Masa rehat untuk memerah susu adalah masa untuk pekerja yang juga menyusui anak memerah susu dengan bantuan pam. (Susu ini lazimnya disimpan di dalam botol yang diletakkan di dalam peti sejuk dan dibawa pulang apabila habis waktu bekerja untuk diberi kepada bayi mereka.)
Sebagai contoh, di Emiriah Arab Bersatu (UAE), satu undang-undang diluluskan pada tahun 2014 yang memerlukan semua pejabat kerajaan menyediakan kemudahan yang diperlukan serta waktu memerah susu selama sejam untuk semua ibu yang menyusui bayi mereka.
Filipina juga mempunyai undang-undang yang sama yang memberikan hak kepada semua ibu yang menyusui bayi waktu rehat minimum 40 minit untuk memerah susu di tempat kerja mereka.
Profesional perubatan serta pihak yang menyokong penyusuan badan yang ditemu bual Bernama menggesa kerajaan untuk memasukkan masa rehat memerah susu ke dalam undang-undang yang berkaitan. Ini akan menjadikan sebagai wajib untuk pemberian masa rehat bagi tujuan berkenaan dan memerlukan majikan menyediakan kemudahan bagi pekerja wanita yang menyusui bayi mereka.
PINDA UNDAN-UNDANG BERKAITAN
Peguam kanan Kitson Foong berkata, untuk mengiktiraf hak ibu bekerja untuk penyusuan badan, kerajaan boleh meminda undang-undang yang ada berkait dengan pekerja seperti Akta Kerja 1955, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 serta akta atau peraturan lain yang berkatan.
"Pindaan berkenaan juga perlu meletakkan dan/atau mewajibkan majikan menyediakan masa rehat memerah susu dan/atau kemudahan yang diperlukan di pejabat bagi membolehkan ibu bekerja menggunakan hak berkenaan, dan kegagalan untuk mematuhi undang-undang berkenaan boleh menyebabkan tindakan undang-undang, " jelasnya.
Menurut beliau, Kementerian Sumber Manusia perlu menerbitkan garis panduan yang jelas kepada majikan tentang bagaimana mereka perlu memberi ruang kepada amalan penyusuan badan di tempat kerja masing-masing.
Di bawah Polisi Penyusuan Susu Ibu Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia, ibu yang menyusui bayi mereka digalakkan berbuat demikian untuk sekurang-kurangnya enam bulan. Bagaimanapun, ramai ibu yang bekerja menghadapi masalah untuk kekal menyusui bayi mereka apabila mereka kembali bekerja kerana kurang kemudahan dan masa untuk memerah susu.
Pengarah Urusan Asia Recruit Damien Lim berkata, masa rehat memerah susu perlu diamalkan dalam semua industri, sama ada kerajaan atau swasta.
Peruntukan masa rehat itu, kata beliau, akan meningkatkan produktiviti pekerja berkenaan memandangkan kesihatan ibu dan bayi mereka yang baharu dilahirkan dilindungi dengan baik.
"Menyediakan masa rehat yang sebegitu serta kemudahan yang berkaitan bukan sahaja membantu mereka yang baharu bergelar ibu tetapi juga meningkatkan kesejahteraan diri mereka.
"Masa rehat sedemikian juga menjadi tambahan faedah kepada pekerja yang boleh menaikkan moral mereka serta produktiviti dan mungkin juga mengurangkan berlakunya pekerja yang tidak datang bekerja," tambahnya.
Menurut Pakar Perunding Pediatrik Prince Court Medical Centre Dr Anna Padmavathy Soosai, majikan perlu menimbangkan masa rehat untuk memerah susu sebagai masa rehat penting untuk ibu yang menyusui bayi memandangkan ini juga menyumbang kepada kesihatan bayi yang baharu lahir.
Beliau berpandangan, pekerja yang menyusui badan bayi mereka perlu diberi dua atau tiga masa rehat sehari, dengan setiap sesi selama sekurang-kurangnya setengah jam "kerana ibu perlu mengikut rentak penyusuan badan yang mereka amalkan".
Menurut beliau, keengganan memberikan ibu yang menyusui bayi mereka hak untuk memerah susu akan menyebabkan si ibu menanggung penyakit serius akibat tidak mengikuti rutin memerah susu.
"Susu badan akan berkurangan kerana payu dara kurang dirangsang atau payu dara ibu akan membengkak kerana mengandungi lebihan susu dan boleh mengakibatkan jangkitan dan amat menyakitkan. Akhirnya si ibu tidak boleh bekerja dengan baik," kata Dr Anna.
Beliau menambah, memandangkan proses memerah susu perlu dilakukan dalam persekitaran yang bersih, syarikat perlu menyediakan ibu yang menyusui bayi kemudahan yang sempurna dan bukan mengarahkan mereka melakukannya di dalam bilik air.
"Jika persekitaran tidak bersih, tiada gunanya kerana si ibu akan memberi susu yang mungkin sudah tercemar kepada bayi mereka," katanya.
KELEBIHAN PENYUSUAN BADAN
Pegawai perubatan Dr Intan Athirah Shaharin turut menyatakan sokongan beliau untuk mewajibkan masa rehat untuk memerah susu bagi ibu yang menyusu badan bayi mereka.
"Penyusuan susu ibu kepada bayi mempunyai banyak kelebihan untuk kedua-dua ibu dan bayi. Susu ibu menyediakan nutrisi yang terbaik untuk bayi. Ia mengandungi antibodi untuk melawan jangkitan serta meningkatkan tambahan berat badan yang sihat.
"Penyusuan cara ini juga mengurangkan berlakunya sindrom kematian bayi secara mengejut. Ibu juga akan mendapat manfaat kerana ia boleh membantu mereka mengurangkan berat badan, membantu mengecutkan rahim serta dan dapat menjalin hubungan erat ibu dan bayi, yang turut mengurangkan kemurungan selepas bersalin," katanya.
Sementara itu, Bernama, turut mendapatan pandangan beberapa ibu yang menyusui bayi mereka dan berkongsi pengalaman pahit kerana tidak mendapat kemudahan ruang yang sesuai untuk memerah susu.
Salah seorang daripada mereka ialah guru sekolah rendah Fatin Sabrina Sanuzi, 24. Menurut Fatin Sabrina, di tempat kerja beliau tidak ada tempat sesuai untuk memerah susu dan tidak ada masa rehat diberikan untuik tujuan itu.
"Saya gunakan masa lapang saya untuk memerah susu dan ada kalanya saya lakukan semasa saya sedang makan," katanya.
Seorang lagi yang menyusu badan bayi yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, beliau pernah bekerja sebagai eksekutif khidmat pelanggan dengan sebuah platform membeli-belah dalam talian e-dagang tetapi berhenti kerja selepas majikannya mengarahkan beliau memerah susu di dalam bilik air.
"Saya kemudiannya terpaksa melakukannya di surau wanita tetapi rasa amat tidak selesa kerana payu dara saya terdedah kepada wanita yang datang untuk solat.
"Dan bila saya minta masa rehat untuk memerah susu, ketua saya amat tidak senang dengan permintaan saya," tambahnya.
Beliau kemudiannya mendapat kerja dengan sebuah syarikat yang memperuntukkan masa rehat 30 minit untuk memerah susu cuma ketuanya tidak memberikan banyak sokongan di dalam hal itu.
"Tak banyak syarikat yang menganggap masa rehat untuk memerah susu itu penting.
"Saya berasa kecewa apabila ketua pasukan saya berkata beliau yang akan buat keputusan bila saya boleh ambil masa rehat untuk memerah susu dan tempoh masa untuk melakukannya. Hanya seorang ibu itu tahu bila masanya untuk memerah susu dan berapa lama proses itu kerana ia bergantung kepada jumlah susu yang dihasilkan, " katanya.
Beliau mendakwa, ketua pasukannya hanya memberi masa rehat 10 minit untuk memerah susu.
"Selepas beberapa perbincangan, ketua saya membenarkan saya membuat keputusan bila masa rehat untuk memerah susu berdasarkan peraturan syarikat tetapi ketua saya yang lain membuatkan saya tidak selesa dengan bertanya dalam kumpulan kerja saya ke mana saya menghilang meskipun masa rehat itu sudah dimasukkan dalam jadual kerja saya," tambahnya.
- BERNAMA / Vanessa James
Bernama
Sun Mar 26 2023
Di Malaysia, tidak ada masa diperuntukkan di bawah sebarang undang-undang untuk memberikan masa rehat bagi tujuan berkenaan. - Gambar hiasan / Freepick
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Gaza terus diserang meski waran tangkap dikeluarkan ICC
Penduduk Gaza pada Jumaat melihat sedikit harapan bahawa waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap pemimpin Israel akan memperlahankan serangan ke atas wilayah mereka.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Serangan terbaru tentera Israel, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang dilaporkan terbunuh di Gaza.
Kekejaman zionis: OIC sambut baik waran tangkap ICC terhadap pegawai Israel
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Korea Utara langgar sekatan PBB, import minyak Rusia
Korea Utara telah melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dipercayai menerima lebih 1 juta tong minyak dari Rusia sepanjang lapan bulan pertama tahun ini.
Laporan ini berdasarkan analisis imejan satelit yang diterbitkan oleh Pusat Sumber Terbuka yang berpangkalan di Britain bersama BBC pada Jumaat.
Laporan ini berdasarkan analisis imejan satelit yang diterbitkan oleh Pusat Sumber Terbuka yang berpangkalan di Britain bersama BBC pada Jumaat.
Beri ruang dan masa untuk ibu menyusui bayi 'memerah susu' - Pakar
Di Malaysia, tidak ada masa diperuntukkan di bawah sebarang undang-undang untuk memberikan masa rehat bagi tujuan berkenaan.
COVID-19: Ibu menyusu, wanita hamil digalak ambil suntikan vaksin - WHO
Tiada bukti saintifik menunjukkan vaksin tersebut akan memudaratkan ibu dan bayi yang disusukan.
Isu menyusu anak: 'Payu dara bukan untuk tontonan umum' - Fathul Bari
Peserta kempen menyusukan anak yang dianjurkan beberapa kelab ibu menyusu di negara ini perlu mengelak daripada rakaman aksi oleh pihak media yang berisiko menimbulkan pelbagai pandangan.