BEDUNG bayi diiktiraf sains mempunyai kesan positif terhadap perkembangan bayi baru lahir.
Amalan tradisi yang sudah diamalkan sejak zaman nenek moyang ini rupanya mempunyai pelbagai manfaatnya kepada bayi.
Mungkin ada segelintir ibu moden masa kini enggan mengamalkan amalan membedung bayi lagi kerana beranggapan ia leceh dan menyusahkan.
Sebaiknya dapatkan maklumat tepat dan betul mengenai amalan berbedung yang sebenarnya turut diiktiraf oleh sains moden.
Ikatan kain yang membaluti tubuh badan bayi sebenarnya menyamai seperti fungsi dinding rahim yang membalut keseluruhan badan bayi semasa dalam kandungan.
Menurut Uswatun Hasanah, Konsultan Tangisan Bayi, sejurus dilahirkan, tiada lagi dinding rahim yang menghimpit.
Bayi juga tidak lagi berada dalam kedudukan fetal. Sensasi pelukan berpanjangan telah ditarik dengan drastik dan bayi merasa bagai hilang dalam sekeliling yang begitu luas.
Pelukan ibu adalah pengganti yang terbaik. Namun, berapa lama ibu boleh terus memeluk atau menggendong bayi?
Maka bedung adalah pengganti pelukan ibu pada bila-bila masa ibu perlu berlepas diri seperti mandi, memasak, tidur atau sakit.
Apa manfaat bedung kepada bayi?
1. Memberikan sensasi sentuhan berpanjangan
Kulit adalah organ terbesar manusia. Sentuhan pula adalah yang paling mententeramkan deria kita. Bedung membaluti tubuh bayi dengan sensasi sentuhan berpanjangan. Setiap dari kita tahu akan nikmat sentuhan.
Namun bagi bayi kecil, ia bukan sekadar nikmat atau keseronokkan yang dirasakan. Lebih dari itu, sentuhan ibarat penyambung nyawa buat bayi kecil!
Tiada sentuhan maka tiadalah sensasi deria. Tiada sensasi ransangan deria, maka tiadalah isyarat yang di hantar ke otak.
Sudah tentu, membedung tidaklah seenak berada didalam dakapan ibu. Namun, ia adalah alternatif terbaik selepas dakapan ibu pada waktu-waktu dimana ibu tidak dapat mendukung atau mendakap bayi.
2. Bedung mengelakkan bayi dari pergerakan luar kawalan
Perhatikan imej fetus semasa di dalam kandungan. Ia kelihatan seperti seorang ahli gimnastik yang sedang melipat keseluruhan badannya dan terapung di dalam suatu ruang yang sempit.
Kehilangan dinding rahim melenyapkan ‘halangan’ yang dimiliki sebelum ini. Maka sedikit keresahan boleh segera mengaktifkan reflek Moro bayi dan memulakan gerakan luar kawalan tangan dan kakinya diikuti dengan tangisan.
Kebiasaanya bayi akan mendepakan tangan dan membuka kesemua jarinya. Ia adalah reflek yang hadir pada semua bayi sehingga usia 4 hingga 5 bulan.
Maka ibu akan sedari kerapnya bayi kecil mereka tersentak dan mula menangis atau terus terjaga dari tidur bila tidak dibedung.
3. Membedung membantu bayi menfokus kepada cubaan anda mententeramkannya.
Bayi yang sedang tenggelam di dalam kitaran tangisan dan jeritannya sendiri sukar untuk keluar dari situasi tersebut. Lebih lagi apabila tangan dan kakinya bergerak di luar kawalan.
Ia bukan sahaja sukar buat bayi malah menyukarkan orang dewasa yang ingin memegang bayi dalam cubaan mententeramkannya.
Bedung juga menghalang henjutan baru akibat pergerakan luar kawalan yang mampu menghidupkan semula kitaran tangisan bayi.
Cara betul bedung bayi
Bagaimanapun dalam mempraktiskan amalan bedung bayi, ada beberapa garis panduan keselamatan yang mesti dipatuhi bagi mengelakkan daripada menyakiti bayi atau mengganggu pertumbuhan bayi.
Tidak boleh longgar membedung bayi kerana manfaatnya tidak akan diperolehi oleh bayi. Membedung dengan tangan ke bawah.
Walau dalam bedungan yang cukup ketat, membedung dengan tangan membengkok akan memudahkan tangan bayi terselinap keluar dan memburaikan keseluruhan ikatan.
Tidak menyakitkan pinggang dan ‘mengunci’ kaki bayi. Bedungan tidak seharusnya menyakitkan pinggang bayi atau menyekat terus kaki bayi dari dapat dibengkokkan atau digerakkan.
Kain bedung tidak menyentuh muka atau pipi bayi. Kain bedungan yang mengenai muka atau pipi bayi, boleh mengaktifkan ‘rooting reflex’ iaitu tindakbalas bayi memalingkan muka dan mengikuti objek yang menyentuh pipinya dalam cubaan ‘menangkap’ objek tersebut untuk dihisap.
Pastikan bayi tidak kepanasan.
Seeloknya mulakan membedung bayi tidak lewat dari usia 3 bulan.
Sumber: doktorbudak.com
* Artikel asal disiarkan di Pa&Ma.
Pa and Ma
Mon Feb 14 2022
Bedung adalah pengganti pelukan ibu pada bila-bila masa ibu perlu berlepas diri seperti mandi, memasak, tidur atau sakit. - Foto Pa&Ma
Isu pemindahan nama rumah kos rendah masih lagi membelenggu rakyat
Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata isu pemindahan nama rumah kos rendah dan kos sederhana rendah masih lagi membelenggu rakyat.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
Negeri Sembilan semak semula Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1996
Kerajaan Negeri Sembilan melalui JHEAINS dan MAINS sedang menyemak semula Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996.
Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
[TERKINI] Ucapan PM Anwar di Universiti Kebangsaan Seoul
Ikuti langsung ucapan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "Strategic Partners in a Complex World: Malaysia, Korea, and the Future of Asia" di Universiti Kebangsaan Seoul.
#AWANInews
#AWANInews
Lebih 120,000 ekspatriat berada di Malaysia, sumbang 4.8 peratus daripada KDNK
Sebanyak 120,183 pegawai ekspatriat berada di Malaysia setakat 31 Okt lepas.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Bekas pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Pemandu mabuk sebabkan kematian suami isteri didakwa
Seorang mekanik didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas dua pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian pasangan suami isteri pada 16 November lalu.
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku
Seorang pastor didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa atas pertuduhan membunuhseterusnya menyimpan mayat ibunya dalam peti sejuk beku tiga tahun lalu.
Bedung bayi diiktiraf sains, jangan abai amalan tradisi ini
Ikatan kain yang membaluti tubuh badan bayi sebenarnya menyamai seperti fungsi dinding rahim ketika bayi dalam kandungan.