Bas nombor 38 bergerak pada kelajuan purata 10.3 kilometer sejam (km/j) bagi perjalanan pagi iaitu 4.2km/j lebih rendah berbanding kelajuan purata seekor ayam.

Menurut The Independent, statistik ini dilaporkan oleh media tempatan berdasarkan laluan dari Clapton Pond ke stesen bas Victoria menggunakan data kelajuan bas yang dikeluarkan oleh Transport for London (TfL).

Menariknya, kelajuan purata bagi semua bas London yang melalui ibu kota tersebut dilaporkan pada 14.4km/j, sama dengan kelajuan purata seekor ayam.

“Kebanyakan laluan bas di dalam dan tengah London melalui kawasan sesak. Kami bekerjasama dengan beberapa daerah untuk membangunkan skim keutamaan bas yang akan melindungi kelajuan dan kebolehpercayaan,” jelas John Barry, ketua pembangunan jaringan bas TfL.

Barry turut mengesahkan 700 tempat pada 24 laluan di 17 daerah yang telah dikenalpasti untuk penambahbaikan laluan bagi mengurangkan kesesakan.

Berikut merupakan lima laluan bas London dengan kelajuan purata paling perlahan:

1- 15H Charing Cross Station - 6.6 km/j

2- 15 Charing Cross Station - 6.7 km/j

3- 100 Elephant & Castle - 7.2 km/j

4- RV1 Covent Garden - 7.2 km/j

5- UL16 Earl’s Court Station - 7.9 km/j