MASJID TANAH: Hanya bermula dengan ‘suka-suka’, tindakan sepasang suami isteri membuat kuih bahulu inti untuk santapan keluarga dan sedekah kepada jiran, memberi pulangan rezeki terutama ketika Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Berbanding tahun-tahun sebelum ini, Ramadan kali ini dianggap luar biasa kepada Mamat Md Nasir, 64, dan Roslina Rosli, 52, apabila mereka menerima tempahan sehingga lima kali ganda.
Menjalankan perniagaan di kediaman mereka sendiri di Kampung Rantau Panjang, Alor Gajah, Melaka, pasangan terbabit tidak menang tangan menerima tempahan sepanjang Ramadan ini.
Jika sebelum ini tempahan hanya sekitar Melaka, namun pasarannya kini melangkaui hingga ke Kedah, Kelantan, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor.
Bermula awal Ramadan lalu, pasangan terbabit perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 1,500 biji bahulu inti sehari bagi memenuhi tempahan.
Terdapat beberapa jenis inti yang mendapat permintaan tinggi iaitu coklat, kacang, kaya dan pandan.
Dengan bantuan seorang anak mereka, Farah Aqila, 26, kerja-kerja pembuatan yang bermula seawal jam 7.30 pagi, dapat dipercepatkan.
Menurut Mamat, selain membantu membakar kuih bahulu itu, Farah Aqila turut berperanan sebagai pegawai pemasaran kuih bahulu di media sosial.
“Pada tahun ini boleh dikatakan kuasa membeli orang ramai itu berbeza berbanding sebelum ini sehinggakan kami tidak menang tangan menyiapkan tempahan.
“Awal Ramadan lalu mencecah 1,500 biji bahulu inti sehari terpaksa kami siapkan dan bantuan kewangan diberikan kerajaan mungkin jadi faktor tempahan orang ramai itu berlipat ganda,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Rantau Panjang di sini.
JENDELA RAMADAN AL-MUBARAK
Menceritakan pengalaman lalu, Mamat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Komuniti (JPKK) itu berkata, pada awalnya dia hanya menjalankan perniagaan bahulu itu bersama nasi lemak di depan rumah.
Selepas mendapat galakan daripada pelanggan yang memuji keenakan bahulu intinya, Mamat membeli tiga oven bersaiz besar untuk membakar bahulu.
Roslina pula berkata, dia sentiasa menjaga kualiti bahulu intinya demi kepuasan pelanggan.
“Kualiti kuih bahulu ini memang kita cukup jaga yang mana dari awal proses pembuatannya akan dibuat dengan betul-betul teliti.
“Kalau tidak dibuat dengan teliti, bentuk acuan kuih menjadi tidak cantik dan kerja membakar kuih bahulu ini kami mula pada jam 7.30 pagi sehingga tengah malam,” ujarnya.
Ibu kepada lima anak itu tidak bercadang untuk membuat sebarang pinjaman untuk memperbesarkan perniagaannya kerana yakin dengan hasil keuntungan mampu merealisasikan hasrat itu.
Shuhada Abdul Kadir
Sun May 01 2022
Kuih bahulu inti yang diusahakan Mamat Md Nasir dan Roslina Rosli menerima tempahan sehingga lima kali ganda sempena Ramadan Aidilfitri kali ini. - Gambar Astro AWANI
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 27 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 27 Disember 2024
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
Penyampai AWANI cipta rekod bersiaran langsung dari ketinggian 104 meter
Nursyazwani mencipta rekod membaca berita secara langsung selama 30 minit dari ketinggian 104 dari aras laut di menara Kuantan 188.
Terbit lebih banyak buku berkualiti, perkasa minat membaca
Proses meningkatkan minat golongan muda dengan bahan bacaan berkualiti mengambil masa dan perlu dilakukan secara konsisten.
Bahulu inti laris merentasi sempadan
Bahulu inti tawar pulangan lumayan buat pasangan suami isteri, Mamat Md Nasir dan Roslina Rosli.