JULAI ini bakal menyaksikan pertembungan atlet-atlet dunia merebut pingat emas menerusi 324 acara sukan yang dipertandingkan di Sukan Olimpik Musim Panas Tokyo 2020 di Jepun.
Temasya yang memasuki edisi penganjuran kali ke-32 itu juga akan dinikmati sepenuhnya oleh atlet-atlet bertanding, namun pada masa yang sama turut memperlihatkan tekanan pertandingan terhadap atlet serta kejayaan individu yang lazimnya memberi impak besar kepada peserta.
Dengan kata lain, dalam sesuatu pertandingan, kekalahan akan menyebabkan rasa kecewa dan kesedihan.
Bagaimanapun, tidak semua pertandingan perlu melibatkan kalah atau menang.
Kempen #NOCOMPETITION oleh SK-II percaya bahawa kecantikan bukanlah satu pertandingan.
SK-II menerusi Sukan Olimpik Musim Panas Tokyo 2020 bergabung tenaga dengan atlet-atlet wanita ternama seperti Simone Biles (gimnastik), Kasumi Ishikawa (pemain tennis), Mahina Maeda (peluncur ombak), Liu Xiang (olahraga) , atlet badminton beregu, Ayaka Takahashi serta Misaki Matsumoto termasuk pasukan bola tampar, Hinotori Nippon. Kempen #NOCOMPETITION ini bertujuan untuk memberi inspirasi kepada wanita untuk mencabar status quo dan mengukir definisi kecantikan sendiri.
KECANTIKAN BUKAN SATU PERSAINGAN #NOCOMPETITION
SK-II mengambil pendekatan dengan #NOCOMPETITION bahawa kecantikan itu akan lahir tanpa tekanan, paksaan atau pertandingan siapa lebih cantik daripada siapa.
#NOCOMPETITION menjadi pegangan asas semua atlet ternama itu bahawa kecantikan bukan sesuatu yang perlu dipertandingkan kerana ia hanya akan membawa kepada kerosakan dan kehancuran.
Jika dilihat dengan mata kasar, semua wanita berlumba-lumba untuk menjadi cantik dengan cara tersendiri sekali gus amalan itu menjadi toksik dan tekanan tanpa disedari meskipun tiada siapa tahu gerangan pemenangnya.
Berlumba untuk kelihatan cantik ibarat kita mengarah dan memaksa diri sendiri bagaimana kita seharusnya kelihatan cantik, apa yang harus kita rasa dan bagaimana untuk kita tentukan tingkah laku kita.
Percaya pada diri sendiri dan jangan biarkan keraguan menjadi penghalang dalam menentukan siapa kita yang sebenar.
Jika ada yang menganggap kecantikan itu wajar dipertandingkan, SK-II bersama-sama Simone Biles, Kasumi Ishikawa, Mahina Maeda, Liu Xiang, atlet badminton beregu, Ayaka Takahashi serta Misaki Matsumoto termasuk atlet pasukan bola tampar, Hinotori Nippon melontarkan cabaran buat wanita di luar sana bahawa kecantikan itu adalah milik semua.
Simone Biles, atlet gimnas terkemuka dunia, berkongsi kisah bagaimana beliau menjadi mangsa buli di internet. Namun, beliau bangkit dan berdiri teguh disebalik kecaman yang diterima dan tidak terperangkap dalam tanggapan kecantikan yang begitu sempit.
Sukan Olimpik 2020 merupakan tahun ketiga bagi Kasumi Ishikawa bertanding dalam kejohanan besar tersebut. Beliau berhadapan dengan tekanan yang tinggi sewaktu beraksi. Beliau berjaya bangkit dari kekurangan keyakinan diri dan tekanan masyarakat sekeliling, dan memotivasikan diri untuk lebih fokus dan tidak mengendahkan kata-kata yang boleh menjatuhkan semangat dan yakin akan berusaha untuk menjadi yang terbaik.
Pasukan Bola Tampar Kebangsaan Jepun sering diragui kerana tubuh yang lebih kecil, terutamanya dalam sukan yang dikuasai oleh pemain yang berfizikal lebih tinggi. Tahun ini, pasukan ini menolak persaingan dan idealisme yang tidak pernah dipinta untuk mempercayai kekuatan, ketekunan dan kebolehan mereka sendiri. Individu, dan sebagai satu pasukan, mereka tidak akan membiarkan kritikan beracun menjadi penghalang kepada kemampuan sendiri.
Peluncur ombak kebangsaan Jepun, Mahina Maeda mahu menentukan peraturannya sendiri dalam kecantikan, di mana dia menggambarkan dipaksa terlibat dalam persaingan toksik dalam kecantikan yang dia sendiri tidak mahu sertai. Dia menolak daripada dihakimi masyarakat tentang cara dia bertindak, melihat dan membawa diri, dan berdiri teguh pada #NOCOMPETITION dalam kecantikan.
Ayaka Takahashi dan Misaki Matsutomo yang membentuk duo badminton dari Jepun menyoroti kepentingan usaha kolektif untuk melakukan yang terbaik. Keindahan dan kekuatan perpaduan mereka yang tiada tandingan adalah pendorong untuk melakukan yang terbaik berdasarkan kebolehan masing-masing. Bersama-sama, mereka dapat mengatasi sebarang persaingan.
Atlet–atlet ini berganding bahu dan menyahut cabaran menentang persaingan kecantikan yang tidak sihat melalui kempen #NOCOMPETITION. Kempen ini mengubah persepsi tentang kecantikan, menerusi rupa paras, apa yang dirasa dan yang dilakuka. Ini mencabar idealisme yang tidak realistik. Jangan biarkan masyarakat menentukan apa yang kita harus lakukan untuk berasa cantik.
Adakah anda teruja untuk menyertai pengalaman para atlet bersama SK-II untuk mengubah persepsi dan pandangan masyarakat dalam menyatakan kecantikan? Layari lawan sesawang #NOCOMPETITION untuk mengetahui lanjut dan menjadi sebahagian daripada gerakan kempen ini.
Tiada lagi pertandingan tidak sihat kerana kecantikan itu #NOCOMPETITION.
Artikel ini dibawakan oleh SK-II.