SEMPENA ulang tahun ke 25 komputer riba pertama keluaran Apple Inc., syarikat teknologi gergasi itu melancarkan siri terbaharu notebook mereka, MacBook Pro.
Pelancaran berlangsung di ibu pejabat Apple di California, pada Khamis.
Seperti biasa, apa sahaja produk baharu keluaran Apple pastinya mendapat perhatian.
Ini merupakan generasi keempat siri MacBook Pro.
Kali ini, ciri yang mendapat perhatian ramai adalah Touch Bar yang kali pertama diperkenalkan.
Touch Bar itu terletak di bahagian atas papan kekunci, di mana sebelum ini merupakan lokasi papan fungsi (function keys) diletakkan.
Untuk dua saiz yang diperkenalkan, iaitu 13 inci dan 15 inci, Touch Bar akan membolehkan pengguna mengawal aplikasi Mac hanya dengan menggunakan hujung jari.
Selain Touch Bar, MacBook Pro kali ini juga mempunyai Touch ID untuk daftar masuk dan cap jari untuk menukar pengguna, kekunci Siri yang khusus, grafik Intel Iris dan jangka hayat bateri selama 10 jam.
MacBook Pro bersaiz 13 inci juga turut ditawarkan dalam model tanpa Touch Bar, di mana harganya lebih murah.
Model terbaharu ini dijangka akan mula memasuki pasaran dalam beberapa minggu lagi, dan harga paling murah dianggarkan sekitar RM 6,000.
Madiha Abdullah
Fri Oct 28 2016

Ini merupakan generasi keempat siri MacBook Pro. - Reuters

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

JPJ perkenal JPJeBid Mobile secara rintis mulai esok
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperkenalkan saluran tambahan bagi bidaan nombor pendaftaran kenderaan iaitu JPJeBid Mobile secara ujian rintis mulai esok.

Tim Cook acah pengenalan produk Apple pada 19 Februari – adakah iPhone SE baharu?
iPhone SE dijangka menggantikan penggunaan Touch ID kepada Face ID, selain turut hadir dengan sokongan USB-C, dan juga pelbagai kemas kini spesifikasi.

Kini terdapat 2.35 bilion peranti Apple aktif di dunia
Secara keseluruhan, sebanyak 150 juta peranti baharu diaktifkan sejak setahun lalu, yang bersamaan dengan peningkatan 6.85%1.

Apple kemas kini AirTag dengan label amaran keselamatan untuk kanak-kanak
AirTag sedia ada telah dikemas kini dengan perkongsian carian lokasi dan terbaharu, label amaran keselamatan untuk kanak-kanak.

Apple beri sebab kenapa tidak akan bangunkan enjin carian tersendiri
Apple memilih untuk bekerjasama dengan Google, yang membayar sekitar $20 bilion untuk menjadi enjin carian utama pada peranti Apple.

Nilai syarikat Apple hampiri angka AS$4 trilion
Peningkatan saham kebelakangan ini dilihat selari dengan fokus Apple dalam arena kecerdasan buatan melalui Apple Intelligence.

Apple bangunkan loceng pintu pintar dilengkapi pengecaman wajah
Apple dilaporkan sedang membangunkan loceng pintu pintar yang hadir dilengkapi dengan sokongan pengecaman wajah seumpama Face ID.

Ciri Look Around kini boleh digunakan di Apple Maps versi web
Look Around membolehkan pengguna melihat keadaan sekeliling dengan pandangan 360 darjah dalam tingkap kecil.

Apple dilapor sedang bangunkan rekaan tetikus baharu
Magic Mouse sering dikritik kerana port pengecasannya yang terletak di bahagian bawah, menyebabkan ia tidak boleh digunakan semasa mengecas.

Apple Watch mungkin sokong ciri pemantauan tekanan darah menjelang 2025
Apple dikatakan telah membangunkan ciri ini sejak beberapa tahun lepas lagi namun ia masih tidak dilancarkan sehingga hari ini.