JIKA terfikir tentang Sabah, ramai akan terbayang pemandangan indah puncak gunung tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Kinabalu.
Namun bukan itu saja yang ada. Sabah menawarkan keistimewaannya tersendiri - daripada pantai pasir putih di Tanjung Aru, pulau di sekitar kepulauan Borneo yang permai seperti Pulau Mantani, sehinggalah aktiviti riadah di Kota Belud serta variasi makanan etnik yang unik.
Berikut senarai lima destinasi paling memikat hati penulis semasa berada di Sabah.
Polumpung Melangkap
Bagi anda yang gemarkan aktiviti outdoor, di sinilah tempatnya!
Terletak lebih satu jam perjalanan dari ibu negeri, tapak perkhemahan Polumpung Melangkap menawarkan aktiviti seperti berkhemah dan berkelah di tepi sungai berlatarbelakangkan pemandangan Gunung Kinabalu.
Malah, pengunjung boleh bermalam di tapak perkemahan dan chalet yang diusahakan penduduk tempatan. Bagi pengunjung yang tidak membawa kelengkapan untuk menginap di sana, peralatan tersebut boleh disewa.
Turut disediakan pakej lengkap termasuk makan dan minum. Sambil bermandi-manda di Sungai Panataran yang jernih, anda juga boleh melakukan aktiviti memasak bersama rakan-rakan. Guna sahaja sumber alam yang ada kerana air sungai ini boleh diminum.
Pengalaman berkhemah di sini sedikit berbeza kerana cuacanya agak sejuk serta menyajikan pemandangan yang tenang seperti bercuti di rumah kabin New Zealand.
The Shire Sinisian Lodge
Anda bukan penggemar aktiviti outdoor tetapi mahukan penginapan berlatarkan Gunung Kinabalu?
The Shire Sinisian di Kampung Sinisian yang terletak satu jam perjalanan dari Kota Belud menawarkan homestay bertemakan The Hobbit. Ia sesuai dijadikan persinggahan ketika berada di Kundasang.
Terdapat 15 bilik di homestay yang dibangunkan daripada binaan konkrit berwarna-warni yang menjadikan ia lokasi Instagramable!
Pada waktu pagi, anda boleh melihat pemandangan Gunung Kinabalu diselimuti awan sambil menikmati teh atau kopi panas sambil didakap suhu yang dingin.
Dalam perjalanan pulang ke KK, pastikan anda singgah di Fresh Market Kundasang untuk membeli buah dan sayuran segar, serta cuba ayam panggang popular di sekitar jalan berdekatan.
Mari-Mari Cultural Village
Jika ingin mendalami etnik-etnik Sabah, Mari-Mari Cultural Village di Kampung Kionsom, Inanam menawarkan pengalaman interaktif.
Muzium hidup ini memaparkan keunikan lima rumah etnik utama di Sabah termasuk Kadazan Dusun, Rungus dan Bajau.
Ia terletak sekitar 20 minit dari Bandaraya Kota Kinabalu dan dibina sepanjang Sungai Kionsom di kawasan hutan seluas tujuh hektar.
Di rumah suku kaum Bajau, pengunjung dapat melakukan aktiviti interaktif dan demonstrasi secara langsung tradisi-tradisi suku kaum Asal.
Mungkin anda mahir memasak di rumah tetapi pengalaman di sini mungkin memberi sedikit kelainan kerana bahan masakan dan kaedah memasak etnik sedikit berbeza.
Jangan lepaskan peluang untuk mencuba cara pembuatan hidangan tradisional etnik Bajau seperti kuih jala yang digoreng menggunakan minyak panas dan penyediaan teh pandan yang direbus di atas dapur kayu.
Bukan itu sahaja, jika anda ke replika rumah etnik Rungus, pengunjung boleh melihat demonstrasi menyalakan api menggunakan kayu buluh.
My Native Sabah
Tidak sempurna perjalanan selagi tidak mencuba makanan tradisional tempatan.
My Native Sabah di Penampang menyajikan makanan autentik etnik Sabah, khususnya Kadazan Dusun yang merupakan etnik terbesar di Kota Kinabalu.
Antara seleksi hidangan termasuk set Linopot iaitu nasi bario yang dihidang dengan ikan masin, Jeruk Tuhau dan Bambangan serta set Ambuyat, iaitu adunan sagu yang dicampur dengan air panas hingga menjadi likat.
Selain itu, pengunjung juga boleh mencuba Butod atau ulat sagu yang dihidang hidup-hidup, digoreng atau diolah menjadi sushi.
Menurut pengusaha restoran, ramai dalam kalangan pengunjung membuat tempahan Butod untuk mencuba kelainan atau sebagai cabaran bagi rakan-rakan. Ia pasti menambahkan lagi memori ketika bercuti ke sana.
Sutera @ Mantanani Resort and Spa
Sabah amat terkenal dengan keputihan pasir pantai dan kejernihan air lautnya, malah segala elemen tropika itu melayakkannya diiktiraf sebagai antara destinasi pulau tercantik di dunia.
Kehidupan marin yang terpelihara serta kekayaan terumbu karang yang jauh dari kepesatan pembangunan sudah pasti akan meninggalkan kesan berbeza kepada pengunjung.
Sutera @ Mantanani Resort and Spa terletak 45 minit dari Jeti Rampayan di Kota Belud dan dua jam perjalanan melalui jalan raya dari Kota Kinabalu untuk sampai ke jeti.
Di sini, pengunjung akan mendapat layanan eksklusif bertaraf hotel lima bintang dengan pakej lengkap termasuk bufet sarapan, makan tengah hari dan makan malam.
Tidak hanya penginapan mewah dan seleksi makanan yang menarik, pengunjung juga boleh melakukan aktiviti di sekitar pantai, antaranya berkayak dan menaiki ATV sambil menyusuri hamparan pantai di kawasan resort.
Bagi anda yang gemarkan aktiviti lebih mencabar, jangan lepaskan peluang untuk meneroka terumbu karang di sekitar kepulauan ini. Aktiviti snorkeling semestinya menjadi kewajipan dan pengalaman menyaksikan spesies hidupan laut eksotik pasti tidak dapat dilupakan.
Setelah seharian melakukan aktiviti, pengunjung boleh menikmati pemandangan matahari terbenam dengan menaiki Sunset Cruise. Bot ini akan membawa anda melewati pulau kecil di kawasan sekitar, antaranya, Pulau Kalang-Kalang yang terbentuk dari terumbu karang.
Ketika matahari sudah terbenam, tinggalkan seketika kesibukan telefon bimbit anda dan nikmati pemandangan bintang di langit ketika berada tengah-tengah lautan.
Bak kata pepatah ‘siang menjadi angan-angan, malam menjadi buah mimpi’… pengalaman di Sabah tidak pernah dilupakan.
Tunggu apa lagi, jom Cuti-Cuti Malaysia!
*Artikel ini dibawakan oleh Tourism Malaysia
Saraya Mia
Thu Feb 10 2022
Sabah menawarkan keistimewaannya tersendiri - daripada pantai pasir putih di Tanjung Aru, pulau di sekitar kepulauan Borneo, sehinggalah aktiviti riadah di Kota Belud serta variasi makanan etnik yang unik. - Foto/ Astro AWANI
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 27 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 27 Disember 2024
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
Penyampai AWANI cipta rekod bersiaran langsung dari ketinggian 104 meter
Nursyazwani mencipta rekod membaca berita secara langsung selama 30 minit dari ketinggian 104 dari aras laut di menara Kuantan 188.
Terbit lebih banyak buku berkualiti, perkasa minat membaca
Proses meningkatkan minat golongan muda dengan bahan bacaan berkualiti mengambil masa dan perlu dilakukan secara konsisten.
Karnival Cuti-Cuti Malaysia di Kompleks Kraf 25-27 Oktober
Pelbagai tawaran menarik pakej pelancongan termasuk potongan harga antara 15 hingga 50 peratus menanti pengunjung KCCM 2024 yang berlangsung selama tiga hari bermula 25 Okt ini di Kompleks Kraf.
Penganjuran pameran pelancongan domestik perlu ditingkatkan - MAH
Terdapat keperluan untuk menganjurkan pameran pelancongan yang lebih fokus kepada pelancongan dalam negara.
Lawatan Media Influencer Cuti-Cuti Malaysia 2023 teroka produk pelancongan Perak
Pengamal media dibawa menyertai Program Lawatan Media Influencer Cuti-Cuti Malaysia Perak 2023 untuk meneroka produk-produk ekopelancongan di sekitar Taiping, Kuala Kangsar dan Kerian.
'Inilah Masanya, Cuti-Cuti Malaysia' kempen terbaharu Tourism Malaysia
Kempen itu adalah untuk memastikan pelancongan domestik terus berdaya tahan tatkala berdepan krisis pandemik COVID-19.
"Inilah Masanya" rancakkan pelancongan domestik
"Inilah Masanya, Cuti-Cuti Malaysia" menjadi cogan kata kempen terbaharu Tourism Malaysia untuk galak pelancongan dalam negara.
Batik Air buka tempahan ke tiga destinasi baharu pada harga serendah RM249 sehala
Batik Air buka tempahan ke tiga destinasi baharu pada harga serendah RM249 sehala | Dagang News
Tourism Malaysia lancar Pelan Pemulihan Pelancongan 2022
Pelan pemulihan itu adalah kesinambungan daripada Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE 1.0) dan melibatkan penyaluran insentif kepada rakyat Malaysia dalam bentuk diskaun, baucar dan rebat.
Apa yang menarik di Sabah?
Jika terfikir tentang Sabah, ramai akan terbayang pemandangan indah puncak gunung tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Kinabalu, namun bukan itu saja yang ada.
Lima perkara menarik anda patut terokai di Kuching, Sarawak
Dengan sekatan dan prosedur tertentu untuk ke luar negara, ini peluang terbaik untuk para pencinta alam sekitar untuk melancong di dalam negara - terutama di Kuching, Sarawak.
Landskap, sejarah dan menu lazat: Ini lapan tempat wajib dikunjungi di Ipoh
Ipoh, Perak merupakan bandar raya penuh sejarah yang menawarkan aktiviti dan lokasi tumpuan pelancongan unik tersendiri.