PERMULAAN tahun baharu 2022 bukan halangan untuk sesiapa sahaja merehatkan minda dan pergi melancong.
Dengan sekatan dan prosedur tertentu untuk ke luar negara, ini peluang terbaik untuk para pencinta alam sekitar untuk melancong di dalam negara - terutama di Kuching, Sarawak.
Sebuah negeri terbesar di Malaysia, Sarawak bukan hanya menyajikan pengalaman terindah kepada keindahan alam semulajadi tetapi para pelancong juga boleh menjiwai budaya, sejarah selain kulinari istimewa yang ada di Bandaraya Kuching itu.
Keramahan masyarakat majmuk yang ada di Bandaraya Kuching itu pasti akan memberikan sinergi dan pengalaman baharu buat para pengembara.
Artikel ini meneroka lima perkara wajib singgah dan menarik di Kuching.
1. Jambatan Darul Hana
Merupakan mercu tanda baharu di Tebingan Kuching sekali gus pelengkap kepada bandara raya itu.
Masyarakat di utara Kuching di satukan dengan rakyat berbilang kaum di selatan menerusi jambatan sepanjang 335 meter itu cukup menawarkan sesuatu yang cukup bermakna.
Waktu senja adalah masa terbaik untuk menikmati pemandangan indah matahari terbenam.
Pantulan reka bentuk Masjid Terapung di permukaan sungai Sarawak cukup mengujakan sesiapa sahaja yang menyelusuri jambatan bengkok berbentuk S itu.
Bukan itu sahaja, ketika kunjungan penulis, lokasi ikon pelancongan yang dirasmikan November 2018 itu turut menjadi lokasi riadah buat penduduk sekitar.
2. Kanteen @The Granary & Marion Boutique Lodging House
Jika anda datang ke Kuching dan tidak merasai pelbagai keistimewaan kulinari tempatan adalah satu kerugian.
Seperti juga kesukaran untuk mengenal pasti etnik di Sarawak, makanan tradisinal negeri Bumi Kenyalang juga sering dieksperimentasi sehingga menghasilkan sajian unik tetapi sempurna hingga meletakkan Kuching dalam senarai Bandar Kreatif UNESCO (Gastronomi) 2021.
Malah, Kanteen @The Granary & Marion Boutique Lodging House menyajikan makanan tradisional Sarawak yang dimodenkan.
Antara pilihan utama di kafe yang terletak di bangunan lama Marian Hotel, Jalan Wayang
termasuk Superdry Laksa atau Laksa Sarawak digoreng tanpa kuah dan Rainforest Fried
Rice atau nasi digoreng dengan herba-herba asli Sarawak.
Para pengunjung juga ditawarkan pengalaman penginapan lain daripada yang lain di bangunan lama Marian Hotel.
Tambahan pula, ia membolehkan pengunjung merasai suasana dilalui pelajar di sekolah
Katolik pada era pemerintahan British.
3. Restoran Lepau
Jika Kanteen @The Granary menyajikan pengalaman makanan tradisional yang dimodenkan, para pelancong yang datang ke Kuching tidak sah jika merasai hidangan tempatan seperti nasi bario dan sayur midin.
Bukan itu sahaja hidangan ayam pasuh (ayam yang dimasak dalam buluh) terung asam dan sambal kedondong cukup membangkit selera kepada pengalaman makanan autentik.
Bagi anda yang tidak pernah merasai ikan talapia yang terkenal di Lubok Antu, Sarawak, Restoran Lepau juga memberikan pengalaman dan rasa keenakan sama seperti baru diangkat dari sangkar.
Ada rakan saya yang menyatakan ini adalah masakan entik Iban, Bidayuh dan Orang Ulu tetapi dijamu oleh semua kaum di Bumi Kenyalang.
4. Paradesa Borneo Bike Tour
Sudah puas mengisi perut dan takut berat badan naik ketika melancong ke Kuching, Paradesa Borneo Bike Tour menawarkan aktiviti 'Kampung Bike Tour'.
Boleh sewa basikal dan meronda-ronda sekali gus mempelajari asal usul perkampungan Melayu bersejarah yang dikenali sebagai Kampung Nombor.
Pengunjung boleh mengayuh santai basikal disediakan di tebing sungai sambil melihat rumah-rumah kampung yang masih utuh dan rapi dijaga oleh tuan rumah, majoritinya Melayu.
Sepanjang perjalanan, pengunjung dapat menelusuri lorong-lorong tersembunyi yang hanya diketahui orang tempatan, melalui jambatan serta beberapa jalan kecil, sebelum ke jalan utama Kampong Nombor.
Rumah kampung masing-masing di sini merupakan rumah dibina di lot banglo, kebanyakannya dimiliki orang berpengaruh di Sarawak.
Antaranya, lot banglo bersejarah di Jalan Datuk Ajibah Abol, jalan yang dinamakan bagi menghormati figura wanita berpengaruh yang terlibat dengan gerakan antipenyerahan Sarawak kepada jajahan Mahkota British, tanpa perlindungan Raja Putih sekitar tahun 1950.
Selepas mengisi minda dan jiwa dengan sejarah dan keunikan Kampong Nombor, anda juga boleh menikmati sajian masakan kampung sambil 'mengeteh' di gerai tepi jalan sekitar kawasan kampung.
5. Kampung Budaya
Disebabkan tidak mudah untuk sampai ke kawasan perkampungan etnik di luar kawasan bandar, Kampung Budaya Sarawak di kaki Gunung Santubong menyajikan pengalaman di lapan rumah bangsa berbeza, termasuk rumah masyarakat Iban dan rumah Orang Ulu.
Sebaik sahaja menaiki tangga ke rumah Orang Ulu, anda dapat melihat upacara aktiviti menghidup ritual membakar bahan api, mengayam manik sambil pelajari mendengar cerita diiringi permainan alat muzik tradisional.
Selain itu, pengunjung turut dapat menikmati persembahan tarian dan muzik etnik Sarawak dua kali sehari pada jam 11.30 pagi dan 4 petang di pentas di kawasan seluas 17.5 hektar, di bawah pengurusan Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC).
Akhir kata, tak kenal maka tak cinta.
Kuching, Sarawak sedia memikat hati pengunjung dan tidak mustahil bandaraya ini akan meninggalkan kenangan selain mengamit keinginan untuk kembali lagi ...
Mengapa harus ke luar negara, apabila boleh cuti-cuti Malaysia?
*Artikel ini dibawakan oleh Tourism Malaysia
Saraya Mia
Mon Jan 31 2022
Permulaan tahun baharu 2022 bukan halangan untuk sesiapa sahaja merehatkan minda dan pergi melancong. - Foto Astro AWANI
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe, projek perintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona, dalam misi untuk membantu saintis mengetahui lebih lanjut mengenai bintang terdekat Bumi.
Penumpang pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Lima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara
Lima wartawan terbunuh awal pagi Khamis apabila kenderaan mereka terbakar dalam serangan udara di sekitar Hospital Al-Awda di Nuseirat di tengah Gaza.
Banjir Raub pulih sepenuhnya
Seramai 89 mangsa daripada 28 keluarga masih berada di dua pusat pemindahan sementara di daerah Lipis.
Apple beri sebab kenapa tidak akan bangunkan enjin carian tersendiri
Apple memilih untuk bekerjasama dengan Google, yang membayar sekitar $20 bilion untuk menjadi enjin carian utama pada peranti Apple.
Perjanjian gencatan senjata Gaza ditangguh
Kumpulan Palestin, Hamas berkata bahawa perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan di Gaza ditangguhkan akibat syarat baharu yang ditetapkan oleh Israel.
Dua beranak maut, empat cedera dalam kemalangan di WCE
Dua beranak maut, manakala empat lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM) 212.3 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menghala ke selatan dekat Manjung, awal pagi Khamis.
Tsunami 2004: Tragedi hitam yang diingati warga Pulau Pinang
Tarikh 26 Disember 2004 akan sentiasa menjadi ingatan dalam kalangan penduduk Pulau Pinang apabila tsunami yang melanda negeri itu sehingga mengakibatkan jumlah korban yang ramai.
Penghantar barang mengaku tidak bersalah jadi keldai akaun
Muhammad Harizi Abu Bakar, 28, membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Chia Huey Ting pada Khamis.
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat pergolakan di Mozambique - Wisma Putra
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pretoria sentiasa berhubung dengan 20 rakyat Malaysia di Mozambique dan memantau keadaan dengan teliti.
12 kontena bantuan MAPIM berjaya memasuki Gaza
Fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala MAPIM sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Thailand hormati keputusan Malaysia tutup pangkalan haram di sempadan
Thailand menghormati keputusan pihak berkuasa Malaysia menutup pangkalan haram di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.
Malaysia perkukuh hubungan dengan Iran, sasar wilayah Gilan sebagai pusat kerjasama utama
Malaysia kini mempergiat usaha memperkukuh hubungan ekonomi dan budaya dengan Iran, dengan mengenal pasti Wilayah Gilan sebagai pusat kerjasama strategik baharu.
Lima acara sepak takraw dipertandingkan pada Sukan SEA Thailand 2025
Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) mengesahkan lima acara bagi lelaki dan wanita akan dipertandingkan di temasya Sukan SEA Thailand 2025 dari 9 hingga 20 Dis tahun depan.
Perdagangan dua hala Malaysia-China cecah hampir AS$98 bilion bagi tempoh 11 bulan pertama 2024
Hubungan ekonomi Malaysia-China terus mengukuh, dengan perdagangan dua hala mencecah hampir AS$98 bilion dalam tempoh 11 bulan pertama 2024.
Malaysia berupaya menjadi peneraju keselamatan siber - Anwar
JKSN sokong usaha NACSA untuk terus meneraju inisiatif pengukuhan keselamatan siber negara terutamanya dalam melindungi Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII).
Malaysia menyerlah sebagai sinar harapan dalam kestabilan dan kemajuan di sebalik ketidaktentuan global
Keupayaan Malaysia untuk menghadapi keadaan mencabar adalah disebabkan asas ekonominya yang kukuh.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.