DI ACARA AWS re:Invent pagi tadi Amazon Q diumumkan sebagai pesaing kepada ChatGPT dan Copilot.

Pembantu maya dengan kecerdasan buatan ini dibangunkan khusus untuk penggunaan di tempat kerja pelanggan AWS.

Amazon Q dilatih menggunakan data selama 17 tahun AWS beroperasi.

Pelanggan boleh bertanya mengenai pelbagai produk yang ditawarkan oleh AWS serta menggunakan Amazon Q untuk menyelesaikan isu mengenai bagaimana mengguna produk ini secara terus tanpa meminta bantuan manusia.

Dalam kerja harian pula, Amazon Q boleh membantu menulis artikel, melakukan kesimpulan dokumen yang panjang, mengarang emel dan merancang agenda harian.

Terdapat integrasi untuk perkhidmatan Jira, Salesforce, ServiceNow, dan Zendesk turut disertakan. Ia turut boleh mengakses data peribadi syarikat tanpa perlu risau mengenai kebocoran rahsia.

Kesemua ciri ini adalah setanding perkhidmatan AI generatif yang ditawarkan oleh pesaing Amazon.

Amazon Q kini telahpun digunakan oleh Accenture, Amazon, BMW Group, Gilead, Mission Cloud, Orbit Irrigation, dan Wunderkind. -Amanz