SETIAP yang bergelar manusia pastinya saling memerlukan antara satu sama lain.
Hubungan yang baik memberi manfaat khususnya dalam perkembangan keperibadian seseorang seterusnya terhadap kesihatan fizikal dan mental.
Namun begitu, tidak semua hubungan adalah baik kerana ada juga segelintir menjadi hubungan toksik yang boleh menjadikan seseorang berasa tidak bahagia.
Hubungan toksik boleh dialami oleh sesiapa sahaja sama ada melibatkan hubungan peribadi, saudara, sahabat, rakan sekerja mahupun ibu bapa dan anak.
Baik atau buruknya hubungan yang dimiliki seseorang berdasarkan kesan terhadap kedua belah pihak, walaupun kesan buruk dari satu hubungan itu seringkali tidak disedari.
Hubungan yang baik dapat memberikan rasa tenang, sokongan dan penghargaan antara satu sama lain. Ia bukan hanya boleh dilihat dalam bentuk fizikal dan verbal (pertuturan) malah boleh dilihat dengan sikap yang saling menyokong.
Kenali 5 tanda-tanda hubungan toksik:
BERASA TIDAK BAHAGIA
Jika hubungan itu tidak dapat memberikan semangat atau sokongan yang diperlukan. Ia juga boleh disebabkan oleh masalah dalam berkomunikasi serta tidak memahami antara satu sama lain.
TERLALU DIKONGKONG
Boleh berlaku dalam berbagai situasi terutama larangan secara berlebihan untuk anda melakukan sesuatu perkara.
Sikap ini boleh mempengaruhi perkembangan mental seterusnya menjauhkan diri daripada orang terdekat sehingga menyebabkan berkurangnya percaya diri.
SENTIASA BERFIKIRAN NEGATIF
Ini boleh berlaku disebabkan oleh kekerasan verbal yang diterima, cara berkomunikasi mahupun kritikan-kritikan ketika menghabiskan waktu bersama.
HUBUNGAN SEHALA SAHAJA
Tidak ada proses menerima dan memberi. Hanya terdapat satu pihak yang berusaha untuk memberikan yang terbaik termasuk memenuhi keperluan serta memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi.
GANGGUAN EMOSI
Sering merasa sedih, marah atau kecewa ketika berkomunikasi mahupun menghabiskan masa bersama.
Hubungan yang tidak baik dengan orang terdekat sudah pasti tidak membuatkan anda bahagia.
Berikut adalah risiko kesihatan daripada hubungan toksik:-
OBESITI
Selain meningkatkan kadar kolesterol, tekanan disebabkan hubungan tidak bahagia boleh meningkatkan nafsu makan terutama terhadap makanan yang tinggi lemak dan gula.
Kononnya makanan-makanan itu dapat mengurangkan stres. Sebaliknya, jika masalah dalam hubungan gagal diselesaikan kemungkinan anda akan lebih banyak makan.
Akibatnya, lebih berisiko untuk mengalami obesiti.
TEKANAN
Keadaan tekanan yang kronik boleh menyebabkan hormon kortisol berlebihan serta meningkatkan tekanan darah.
Kedua-duanya boleh meningkatkan tekanan darah dalam waktu yang lama.
DAYA TAHAN BADAN MENURUN
Berada dalam suatu masalah serta keadaan darah tinggi memicu kewaspadaan badan dalam jangka masa yang lama.
Keadaan ini boleh menurunkan kewaspadaan badan terhadap penyakit sehingga badan lebih mudah terkena serangan virus.
SAKIT KEPALA
Keadaan ini mungkin dialami oleh beberapa orang ketika berada di dalam suatu tekanan yang berlaku secara konsisten.
TIDUR TIDAK BERKUALITI
Terus menerus memikirkan masalah-masalah yang melibatkan hubungan menyukarkan otak untuk beristirehat meskipun ketika kita merasa letih.
Sebab itulah dalam suatu permasalahan, kualiti tidur perkara pertama yang akan terganggu.
Akibatnya, boleh menyebabkan perubahan waktu tidur termasuk dari segi kualiti dan berbagai masalah kesihatan lain.
GANGGUAN PSIKOLOGI
Merupakan kesan buruk yang akan terjadi sekiranya sesebuah hubungan itu sudah tidak dapat diselamatkan lagi dan merosakkan kesihatan mental seseorang.
Gangguan tersebut boleh terjadi dalam bentuk fobia sosial, serangan panik serta gangguan keperibadian.
Tangani perkara ini dengan serius agar tidak menjadi gangguan psikologi yang berterusan.
MASALAH JANTUNG
Jika hubungan toksik sudah mula mencetuskan penyakit kardiovaskular seperti kolesterol dan obesiti, risiko seterusnya adalah penyakit jantung.
Buktinya, satu kajian menunjukkan bahawa hubungan yang tidak baik dengan orang terdekat meningkatkan risiko kira-kira 34 peratus diserang penyakit jantung koroner.
Artikel asal di Nona
Nona
Fri Aug 13 2021

Hubungan toksik boleh dialami oleh sesiapa sahaja sama ada melibatkan hubungan peribadi, saudara, sahabat, rakan sekerja mahupun ibu bapa dan anak. -Gambar hiasan
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental
Kementerian Kesihatan melancarkan kempen 'Perangi Stigma'bagi membanteras stigma dan diskriminasi terhadap individu alami kesihatan mental.

Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB
Jumlah penagih dadah baharu berusia bawah 20 tahun yang ditahan di Singapura meningkat 30 peratus pada 2024.

3,000 rakyat Malaysia terima manfaat PSSS bergerak tahun lepas - Nancy
Sejumlah 3,000 individu telah menerima manfaat menerusi program Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) bergerak pada tahun lepas.

Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee
Peningkatan gejala vape dan kes ketagihan dadah dalam kalangan pelajar sekolah telah menimbulkan kebimbangan yang serius, sekali gus menuntut tindakan segera bagi melindungi generasi masa depan.

Satu juta kanak-kanak di Gaza perlu sokongan kesihatan mental untuk tangani tekanan, kebimbangan - PBB
Anggaran menunjukkan lebih 17,000 kanak-kanak kini tanpa keluarga di Gaza.

Rujukan kesihatan mental kanak-kanak di England meningkat
Bilangan kanak-kanak yang dirujuk kepada perkhidmatan kesihatan mental kecemasan di England telah meningkat secara mendadak.

Henti stigma, cakna isu kesihatan mental tanggungjawab bersama
Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023, angka itu merupakan peningkatan dua kali ganda berbanding dapatan 2019.

Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah
Perikatan Komuniti Selamat gesa Kementerian Pendidikan ambil tindakan segera tangani isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah
Peningkatan kes kesihatan mental dan kejadian bunuh diri memperlihatkan keseriusan masalah dialami pelajar akibat beban akademik.

Putera MIC cadang kerajaan peruntuk lebih dana bagi perkhidmatan kesihatan mental
Ia perlu, antara lain bagi penyediaan lebih banyak pusat kesihatan mental berasaskan komuniti yang mudah diakses dengan kos berpatutan.