Dianggarkan 30 peratus pesakit diabetes di negara ini turut mengalami masalah kegagalan jantung, sekali gus meningkatkan risiko kematian awal, kata Pakar Perunding Kardiologi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Madya Dr Sazzli Shahlan Kasim.
"Risiko kegagalan jantung dalam kalangan pesakit diabetes adalah antara tiga hingga lapan kali ganda lebih daripada mereka yang tidak menghidap diabetes, disebabkan keadaan paras gula tinggi, berat badan berlebihan, tekanan darah, tabiat merokok, kadar kolesterol tinggi dan senaman yang kurang.
Menurut Dr Sazzli Shahlan kegagalan jantung itu melibatkan dua kategori iaitu otot jantung menjadi lemah (HFrEF) dan otot jantung mengeras (HFpEF).
Bagi kebanyakan kes melibatkan pesakit diabetes, otot jantung menjadi lemah bukan disebabkan salur darah tersumbat seperti yang selalu dialami oleh pesakit jantung biasa, sebaliknya disebabkan paras gula dalam darah yang tinggi sehingga menyebabkan otot jantung mengeras sekali gus menjadikan jantung pesakit lemah.
"Apabila paras gula dan bilangan protein 'advanced glycation end products'(AGEs) adalah tinggi, jantung akan mula mengeras sekiranya pesakit berjalan dengan laju, menaiki tangga, menghadapi tekanan dan demam.
"Malah bagi sesetengah kes, paras gula yang tinggi akan menyerang saraf di sekeliling jantung sehingga menyebabkan saraf itu mati (tidak berfungsi) dan apabila jantung mula sakit, pesakit tidak dapat merasainya," kata beliau.
Justeru bagi mengelakkan masalah kegagalan jantung, pesakit diabetes diingatkan supaya membuat pemantauan berkala dan mengawal faktor risiko dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakanan seimbang.
Dr Sazzli Shahlan turut menekankan pengambilan kalori yang rendah dan meningkatkan pengambilan fiber bagi mengurangkan keradangan kimia, sekaligus merendahkan risiko diabetes dan kegagalan jantung.
Sementara itu Anggota Tetap NADI Prof Datuk Anuar Zaini Md Zain mencadangkan kerajaan memberi fokus kepada pengurangan indeks glisemik dan rendah karbohidrat dalam semua industri makanan bagi mengurangkan risiko diabetes di kalangan rakyat.
Malah beliau mahu kerajaan mengawal harga pasaran bagi makanan yang mempunyai indeks glisemik dan karbohidrat rendah yang selalu dijual pada harga lebih mahal.
"Ketika ini rakyat membelanjakan kos lebih tinggi dalam mencari makanan sihat, apabila pengeluar produk makanan ini menaikkan anggaran 20 hingga 30 peratus harga bagi makanan sihat.
"Namun budaya sihat ini menjadi kekangan untuk diteruskan dalam kalangan rakyat disebabkan kos perbelanjaan yang meningkat," katanya.
Sehubungan itu beliau menggalakkan pemain industri terlibat sama dalam menggalakkan pemakanan sihat dan mengurangkan harga makanan sihat sebagai tanggungjawab sosial korporat masing-masing.
Bernama
Fri Apr 19 2019
Dianggarkan 30 peratus pesakit diabetes di negara ini turut mengalami masalah kegagalan jantung. -Freeimages.com
Pesawat Azerbaijan Airlines terhempas di Kazakhstan, 25 penumpang selamat
Pasukan penyiasat berkata mereka sedang meneliti punca kejadian dan tidak menolak sebarang kemungkinan, termasuk masalah teknikal.
[TERKINI] Pesawat bawa 67 penumpang terhempas di Kazakhstan, 12 terselamat
Sebuah pesawat Azerbaijan Airlines membawa 67 penumpang terhempas di Kazakhstan
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu Team LZJ
Team LZJ menyifatkan Kay Bin sebagai jurulatih yang memiliki pengalaman luas di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Nahas ngeri Ayer Keroh: 'Tulang paha Uwais pecah, perlu dibedah petang ini juga' - Exco
Pembedahan terhadap Muhammad Uwais Al-Qarni, 7, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) akan dijalankan petang ini.
Peluru berpandu dari Yaman berjaya dipintas tentera Zionis
Tentera Israel mendakwa berjaya memintas sebuah peluru berpandu yang dilepaskan dari Yaman pada awal Rabu.
Warga Gaza berharap kerakusan Zionis berakhir
Di sebalik konflik yang berterusan, penduduk Gaza yang beragama Kristian tidak ketinggalan menyertai upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Krismas.
Warga Palestin tidak boleh putus harapan untuk terus hidup
Bercakap semasa sambutan perayaan Krismas, Datuk Bandar Betlehem, Anton Salman berkata, tanpa harapan, sudah pasti sukar untuk meneruskan kehidupan di sebalik kezaliman yang didepani mereka.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Polis rakam keterangan pemandu lori tayar tercabut
Keterangan pemandu berusia 31 tahun itu diambil bagi membantu siasatan kemungkinan wujud kecuaian yang mengakibatkan tayar hadapan lori terbabit tercabut.
Nahas Ayer Keroh: Tujuh masih dirawat, dua ditempatkan di ICU
Tujuh mangsa kemalangan ngeri melibatkan lima kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan rehat dan rawat Ayer Keroh masih dirawat di Hospital Melaka dengan dua daripadanya ditempatkan di unit rawatab rapi (ICU).
Nahas Ayer Keroh: Polis rakam keterangan pemandu lori tayar tercabut
Polis telah merakam keterangan pemandu lori yang terlibat dengan nahas ngeri mengorbankan tujuh individu di kilometer 204 Lebuhraya PLUS arah utara, Melaka, pada Selasa.
30 peratus pesakit diabetes alami masalah kegagalan jantung
Menurut Dr Sazzli Shahlan kegagalan jantung itu melibatkan dua kategori iaitu otot jantung menjadi lemah (HFrEF) dan otot jantung mengeras (HFpEF).