30 anak-anak yatim Rumah Bakti Nur Syaheera di Cheras, menerima kunjungan kakitangan Astro Awani sempena program tanggungjawab sosialnya atau CSR.

Program diadakan untuk mendekati golongan kurang bernasib baik.

Program CSR yang berlangsung pada Sabtu, julung kali dianjurkan Astro AWANI.

Program membolehkan kakitangan meluangkan masa beramal dengan anak-anak yatim.

Pelbagai aktiviti turut dijalankan bagi memeriahkan acara seperti sukaneka dan pertandingan Talentime.


Pengerusi Rumah Bakti, Johari Basri memaklumkan pihaknya mengalu-alukan lebih ramai pihak tampil mendekati anak-anak yatim ini, khususnya bagi membantu daripada segi pengisian kerohanian mereka.

Sementara itu, Ketua Pengarang, Astro Awani, Suhaimi Sulaiman memaklumkan tidak menolak kemungkinan untuk menjadikan program CSR ini sebagai acara tahunan.

Rumah Bakti Nur Syaheera ditubuhkan pada tahun 2008, untuk menjadi pusat naungan kepada puluhan anak-anak yatim.