PEMBUBARAN Parlimen pada hari ulang tahun keempat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memerintah negara bukan sesuatu yang mengejutkan. Bagi saya, ia sesuatu yang normal dan sudah boleh dibaca.
Walaupun banyak pihak 'bising' dan menuduh Najib terlalu lambat membubarkan Parlimen — kata mereka ia seharusnya dibuat sejak Jun tahun lepas lagi, saya tetap menganggap tidak salah bagi pemimpin nombor satu negara itu untuk baru mengumumkan pembubaran tersebut.
Lagipun banyak ganjarannya kalau semua bersabar, jangan gopoh — bukankah bersabar separuh daripada iman?
Tentu Najib sendiri mahu memberi hadiah kepada rakyat pada hari ulangtahunnya menjadi Perdana Menteri, dan pengumuman pembubaran merupakan hadiah paling bermakna kepada rakyat yang memberi kepercayaan kepada kerajaan untuk memerintah negara walaupun majoriti pada pilihan raya 2008 kurang dua pertiga.
Sekarang isu bubar sudah selesai; parti politik sama ada pembangkang atau kerajaan kini sibuk pula meletak calon di kawasan tertentu. Ada yang mengambil keputusan tengok dulu siapa calon lawan baru umum calon sendiri, ada juga yang merancang strategi kempen dan cara menawan pengundi.
Walauapapun, pembubaran merupakan simbol mula perang antara dua parti. Memang tiada senapang atau mortar digunakan namun perang poster dan pendedahan pelbagai skandal lama individu tertentu oleh pihak berkenaan sebenarnya merupakan taktik pembunuhan yang kejam.
Dalam perang saraf politik, ia dipanggil pembunuhan karakter.
Apapun, mana-mana parti perlu mengambil pendekatan lebih bijak kali ini untuk menawan pengundi.
Pengundi bukannya bodoh dan boleh diperkotak-katikkan dengan ayat-ayat manis lagi. Ini zaman siber; semua rujukan boleh dibuat sekelip mata walaupun tahap kepercayaan kepada isi kandungan di alam maya boleh dipertikaikan namun jika diulang-ulang ia tetap masuk ke dalam otak.
Sekali lagi dalam perang saraf politik, taktik ini dikenali dengan nama 'pengulangan'.
Tiada lagi alasan untuk tidak menggunakan kemudahan Internet sebagai medium penyebaran propaganda kempen politik. Tambahan pula, penubuhan kampung-kampung tanpa wayar pasti sudah dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk.
Pada pilihan raya umum kali ini, saya rasa akan ada banyak isu yang terdedah. Parti-parti politik pasti menyimpan 'peluru' dan menembak pada masa yang sesuai — pasti 'nuklear' dilepaskan dua malam sebelum hari mengundi kelak.
Tidak kiralah apa juga senjata atau mekanisma yang akan digunakan, tujuannya hanya kemenangan.
Bagi saya, untuk permulaan selepas bubarnya Parlimen, parti politik harus menggunakan pendekatan terbaik untuk memancing minat pengundi kepada manifesto yang akan dibentang.
Harus diingat, mood pengundi boleh berubah dengan satu 'klik' tajuk berita di alam siber.
Pilihan raya kali ini bukan sahaja ibu kepada segala pilihan raya tapi tidak keterlaluan jika secara peribadi saya simpulkan, keputusannya nanti merupakan penanda aras sokongan rakyat yang susah untuk diubah sekurang-kurangnya untuk tiga atau empat kali pilihan raya selepas 2013.
Siapa yang menang akan menjadi nasi — menjadi makanan ruji rakyat sehari-hari. Pandai-pandailah parti yang menang kelak mempelbagaikan hidangan nasinya sama ada nasi campur, nasi minyak atau nasi beriyani mengikut cita rasa rakyat.
Bagi parti yang kalah, saya andaikan pasti jadi bubur — sajian orang sakit yang harus ditelan sekurang-kurangnya untuk empat tahun selepas 2013.
Wan Syamsul Amly
Thu Apr 04 2013
![Menang jadi nasi, kalah jadi bubur Menang jadi nasi, kalah jadi bubur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/51365090005_295x200.jpg)
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128485_Uzbekistanflag.jpg)
ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan
Pinjaman itu bagi membantu Uzbekistan meningkatkan penjagaan pranatal untuk wanita hamil dan bayi mereka.
![Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721127722_NurFarahKartini.jpg)
Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
Kakak ipar mangsa Syeril Norsyuhada Suhaimi, 29, berkata mereka sekeluarga masih terkejut dan sedih atas kejadian yang menimpa Nur Farah Kartini.
![Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721125507_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata
Sultan Selangor Sultan kini berada di hospital untuk rawatan pemeriksaan kesihatan bagi menjalani prosedur pembedahan katarak mata.
Enam MP kekal : Tak adil salahkan Speaker - Gobind
Mengenai keputusan mengekalkan enam kerusi Parlimen bekas ahli Bersatu, Gobind Singh Deo berkata tidak adil untuk salahkan Speaker buat keputusan yang diperuntukkan undang-undang.
![PRK Sungai Bakap: Jentera Selangor turun padang bantu kempen calon PH PRK Sungai Bakap: Jentera Selangor turun padang bantu kempen calon PH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719755998_AmirudinShari.jpg)
PRK Sungai Bakap: Jentera Selangor turun padang bantu kempen calon PH
Amirudin berkata jentera PH Selangor dipertanggungjawabkan menjaga kawasan daerah mengundi di Puteri Gunung dan Sungai Duri.
![Tidak turun PRK Sungai Bakap kerana mahu fokus masalah rakyat - PM Anwar Tidak turun PRK Sungai Bakap kerana mahu fokus masalah rakyat - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719658686_AnwarIbrahim.jpg)
"Tidak turun PRK Sungai Bakap kerana mahu fokus masalah rakyat" - PM Anwar
Anwar menjelaskan bahawa beliau tidak turun berkempen bagi PRK Sungai Bakap kerana ingin menumpukan kepada masalah ekonomi negara dan usaha membangunkan rakyat.
![PRK DUN Sg Bakap: Sembilan lagi permit diluluskan hari keenam kempen PRK DUN Sg Bakap: Sembilan lagi permit diluluskan hari keenam kempen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719417195_tbHamzahAhmad.jpg)
PRK DUN Sg Bakap: Sembilan lagi permit diluluskan hari keenam kempen
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata ia menjadikan 34 permit telah diluluskan sejak bermula kempen bagi PRK itu pada 22 Jun lepas.
![PRK Sungai Bakap: Fahmi harap kempen kedua-dua calon berjalan secara berhemah PRK Sungai Bakap: Fahmi harap kempen kedua-dua calon berjalan secara berhemah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719036742_FahmiFadzil.jpg)
PRK Sungai Bakap: Fahmi harap kempen kedua-dua calon berjalan secara berhemah
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berharap kempen kedua-dua calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap berjalan secara berhemah.
![Myanmar lancarkan kempen 'Seorang Pelancong, Sebatang Pokok' Myanmar lancarkan kempen 'Seorang Pelancong, Sebatang Pokok'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718630199_tbTreePlanting.jpg)
Myanmar lancarkan kempen 'Seorang Pelancong, Sebatang Pokok'
Kempen itu menggalakkan sektor pelancongan menyumbang kepada pemeliharaan alam semula jadi dan pengurangan kesan pelepasan gas rumah hijau.
![PRK KKB: Warga emas pamer gambar Agong akan dituduh semula PRK KKB: Warga emas pamer gambar Agong akan dituduh semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716537283_TBwargaemas.jpg)
PRK KKB: Warga emas pamer gambar Agong akan dituduh semula
Majistret menetapkan tarikh itu selepas pihak pendakwaan memaklumkan tertuduh P Ramasamy, 66, tidak dibawa di mahkamah pada Jumaat.
![PRK Kuala Kubu Baharu: Tiada laporan 3R diterima sepanjang kempen - Ketua Polis Negara PRK Kuala Kubu Baharu: Tiada laporan 3R diterima sepanjang kempen - Ketua Polis Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715409849_PRKKKB.jpg)
PRK Kuala Kubu Baharu: Tiada laporan 3R diterima sepanjang kempen - Ketua Polis Negara
Polis tidak menerima sebarang laporan membabitkan isu 3R iaitu raja, agama dan kaum, sepanjang tempoh 14 hari kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu berlangsung.
![Kempen PH dijalankan mengikut lunas undang-undang - Loke Kempen PH dijalankan mengikut lunas undang-undang - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715264048_TBAnthonyLoke.jpg)
Kempen PH dijalankan mengikut lunas undang-undang - Loke
Loke menegaskan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati boleh mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa.
![PRK Kuala Kubu Baharu: PH amal politik matang kempen dekati pengundi - Saifuddin PRK Kuala Kubu Baharu: PH amal politik matang kempen dekati pengundi - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715225299_SaifuddinNasution.jpg)
PRK Kuala Kubu Baharu: PH amal politik matang kempen dekati pengundi - Saifuddin
Pakatan Harapan (PH) sentiasa mengamalkan budaya politik matang dalam mendekati pengundi pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB).
![[KOLUMNIS] PRK Kuala Kubu Baharu: Menilai strategi GOTV di KKB [KOLUMNIS] PRK Kuala Kubu Baharu: Menilai strategi GOTV di KKB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714973890_kkbjpg.jpg)
[KOLUMNIS] PRK Kuala Kubu Baharu: Menilai strategi GOTV di KKB
Hari ini, faktor jentera akan memainkan peranan penting kerana kedua-dua calon utama sudah diperkenalkan dan tidak lagi dijadikan isu yang berlarutan sehingga timbul curiga di kalangan pengundi.