DALAM dua bulan lepas,saya berjumpa orang kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dan berbual-bual mengenai usaha mereka 'menawan' Sabah pada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini.
Azmin dengan nada yakin memberitahu usaha dan strategi untuk memiliki negeri di bawah bayu itu sudah di peringkat akhir selain sokongan rakyat yang katanya sudah beralih kepada pakatan rakyat.
Saya membawa kata-kata Azmin ke Sabah.Mahu melihat sendiri perkembangan 'projeknya' itu.
Saya terkejut kerana secara umumnya perang poster di beberapa bandar Sabah dimenangi pembangkang.Bendera PKR jelas dan nyata memang lebih banyak daripada Barisan Nasional (BN).
Dimaklumkan seorang sahabat di sini,usaha pembangkang dan PKR terutamanya untuk menarik hati penduduk di Sabah sudah dimulakan sejak 2010.
''Memang mereka (PKR) buat banyak program bersama rakyat dalam dua tahun kebelakangan ini.
''Masyarakat juga nampak mula kenal PKR tapi tidak tahu pula apa pendirian rakyat di sini kepada PKR.Lagipun mereka sangat baru di Sabah,'' ujarnya.
Kehadiran Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak ke Kota Kinabalu, Tenom, Kimanis, Keningau dan beberapa lagi lokasi di Sabah pada hari keempat dan kelima kempen PRU disambut lautan biru masyarakat di sana.
Saya menganggarkan tidak kurang 10 ribu rakyat berada di setiap lokasi dan laungan 'Tatap BN' (Tetap BN) bergema di sana-sini.
Najib mempamer raut wajah yakin dalam setiap ucapannya di Sabah. Tidak terbayang kegusaran langsung kepada negeri yang mempunyai 14 Parlimen,42 Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan 984,034 pengundi ini.
Umumnya setiap ucapan Najib di Sabah menekankan isu keselamatan di Lahad Datu,usaha meneruskan kemajuan negeri,keseimbangan kekayaan dengan penduduk Semenanjung dan kestabilan yang dibawa BN sejak sekian lama.
Paling menarik intonasi tersendiri Najib yang menawar BR1M 1,BR1M 2,BR1M 3 dan BR1M 4 kepada rakyat.
Siapa yang biasa mendengar ucapan Najib pasti tahu lenggok suara seolah-olah berpuisi apabila menyebut perkara ini.
Cuma sedikit disentuh Perdana Menteri mengenai pembangkang di dalam ucapan. Jika lebih sedikit ulasan pun apabila menjawab soalan wartawan di dalam sidang media - selain itu tiada.
Paling penting keyakinan Najib di setiap ucapannya yang tidak 'goyang' kepada pengundi Sabah untuk terus meletakkan negeri ini sebagai simpanan tetap BN.
Di Keningau sempat saya berkenalan dengan beberapa gadis yang memakai 'vest' merah jambu Pergerakan Puteri UMNO. Saya mengambil keputusan untuk menegur selepas melihat mereka berkumpul di hadapan telefon pintar dan berlatih senaman ringkas yang hanya menggunakan tangan dan mimik muka manja.
Rupa-rupanya mereka sedang melihat aksi 'Gwiyomi' - sebuah lagu Korea yang menjadi ikutan gadis-gadis comel seluruh negara - yang terbaru ia turut dirakam pelakon Nora Danish di 'Youtube'.
''Kenapa abang macam pelik sangat tengok kami.Kalau kami berkempen macam gwiyomi Nora Danish di sini rasanya dapat tingkatkan majoriti kemenangan calon tak?''
Saya cuma senyum dan mengangguk.
Saya tahu Najib pun ada 'Gwiyomi' yang tersendiri untuk terus jadikan Sabah aset tetap BN.
Wan Syamsul Amly
Thu Apr 25 2013
!['Gwiyomi' Najib di Sabah 'Gwiyomi' Najib di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/41366884445_295x200.jpg)
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128485_Uzbekistanflag.jpg)
ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan
Pinjaman itu bagi membantu Uzbekistan meningkatkan penjagaan pranatal untuk wanita hamil dan bayi mereka.
![Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721127722_NurFarahKartini.jpg)
Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
Kakak ipar mangsa Syeril Norsyuhada Suhaimi, 29, berkata mereka sekeluarga masih terkejut dan sedih atas kejadian yang menimpa Nur Farah Kartini.
![Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721125507_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata
Sultan Selangor Sultan kini berada di hospital untuk rawatan pemeriksaan kesihatan bagi menjalani prosedur pembedahan katarak mata.
Enam MP kekal : Tak adil salahkan Speaker - Gobind
Mengenai keputusan mengekalkan enam kerusi Parlimen bekas ahli Bersatu, Gobind Singh Deo berkata tidak adil untuk salahkan Speaker buat keputusan yang diperuntukkan undang-undang.
![Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721123744_tokandadah.jpg)
Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar
Polis menahan dua lelaki dan merampas dua pucuk pistol serta pelbagai jenis dadah dalam dua tangkapan di Taman Lam Foong, di Alor Setar.
![Election briefing: MOE to obtain more information from EC - Radzi Election briefing: MOE to obtain more information from EC - Radzi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51663220856_RadziJidin.jpg)
Election briefing: MOE to obtain more information from EC - Radzi
The MOE will seek further information from the EC regarding an allegation that teachers were called to attend an election briefing session during school hours.
![Garis panduan ketat bendung COVID-19 semasa PRN Sarawak Garis panduan ketat bendung COVID-19 semasa PRN Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41613637664_JamesJemutMasing.jpg)
Garis panduan ketat bendung COVID-19 semasa PRN Sarawak
Garis panduan tertentu yang bertujuan membendung kemungkinan penularan COVID-19 perlu dipatuhi dengan tegas apabila Sarawak meneruskan PRN12 selepas berakhirnya tempoh darurat.
![Jenazah Laskar Kanan PAP Maslim diterbangkan ke Semporna pagi ini Jenazah Laskar Kanan PAP Maslim diterbangkan ke Semporna pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/61593053663_MaslimAbdulRahim.jpg)
Jenazah Laskar Kanan PAP Maslim diterbangkan ke Semporna pagi ini
Jenazah yang diiringi Laskar Kanan 1 PAP Mohamad Hafiz Md Nor dijangka tiba di Semporna pukul 9.35 pagi di Semporna.
![Rakyat Thailand berbondong-bondong ke stesen mengundi Rakyat Thailand berbondong-bondong ke stesen mengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/71553407503_kayan.jpg)
Rakyat Thailand berbondong-bondong ke stesen mengundi
Rakyat Thailand berbondong-bondong ke lebih 93,200 stesen mengundi di 77 provinsi di negara gajah putih itu sebelum ia dibuka pada 8 pagi dengan harapan "suara mereka didengari dalam bentuk undi."
![Suruhanjaya Pilihan Raya Thai jamin pilihan raya yang adil dan bersih Suruhanjaya Pilihan Raya Thai jamin pilihan raya yang adil dan bersih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/81552815132_thailand.jpg)
Suruhanjaya Pilihan Raya Thai jamin pilihan raya yang adil dan bersih
Pesuruhjaya pilihan raya, Lertviroj Kowattana berkata EC merupakan sebuah pertubuhan bebas yang telah diberikan kepercayaan melaksanakan tugas itu sebaik mungkin.
![Rafizi nafi jadi calon PRK Rantau Rafizi nafi jadi calon PRK Rantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/61530613281_RAFIZI.jpg)
Rafizi nafi jadi calon PRK Rantau
Ketua PKR Cabang Pandan itu sebaliknya menegaskan bahawa Dr S. Streram adalah calon paling layak untuk kerusi itu.
![Menteri Luar Thailand hadapi tekanan letak jawatan berhubung kontroversi saham milik isteri Menteri Luar Thailand hadapi tekanan letak jawatan berhubung kontroversi saham milik isteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/81528042652_DonPramudwinai.jpg)
Menteri Luar Thailand hadapi tekanan letak jawatan berhubung kontroversi saham milik isteri
Mengikut Seksyen 187 Piagam Perlembagaan 2017, seorang menteri dan pasangannya dilarang daripada memiliki saham.
![Keputusan PRK Dun Sungai Limau dijangka diumumkan 9 malam Keputusan PRK Dun Sungai Limau dijangka diumumkan 9 malam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/61360853356_295x200.jpg)
Keputusan PRK Dun Sungai Limau dijangka diumumkan 9 malam
Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dijangka dapat diumumkan kira-kira pukul 9 malam ini.