CIRI AI generatif semakin hari semakin berkembang sehingga ia boleh diintegrasikan di mana-mana sahaja.
Terbaru, Google mula menguji ciri carian AI generatif pada aplikasi Google Maps.
Ia membawakan pengalaman SGE atau Search Generative Experience untuk pengguna mencari destinasi baharu pula.
Google melatih model bahasa raya mereka dengan 250 juta tempat serta gambar yang dijana pengguna dan ulasan kedai yang pengguna berikan daripada 300 juta pengguna.
Buat masa ini, ciri carian AI generatif pada Google Maps hanya akan diberikan kepada pengguna terpilih di Amerika Syarikat.
Berikut adalah apa yang ia boleh lakukan:
Terus tanya “aktiviti apa yang boleh dilakukan ketika hujan”, jawapan yang diterima akan bersesuaian untuk aktiviti di kawasan berteduh contohnya wayang atau teater.
Kemudian pengguna boleh terus sambung bertanya “Aktiviti untuk seisi keluarga”, Google Maps akan mencadangkan boling dan banyak lagi.
Jawapan yang diberikan turut disertakan dengan ulasan orang lain serta aktiviti lain yang boleh dilakukan di lokasi sama.
Contoh lain adalah; “Tempat brunch berdekatan”, “Aktiviti di luar yang sesuai untuk orang lasak seperti saya”, atau “tempat seronok untuk bersama-sama dengan rakan”.
Ciri ini turut akan diperkenalkan secara meluas kepada semua pengguna selepas ia cukup stabil untuk digunakan orang ramai.
SUMBER 9to5Google
Amanz
Fri Feb 02 2024
Ciri ini akan diperkenalkan secara meluas kepada semua pengguna selepas ia cukup stabil untuk digunakan orang ramai. - Foto Amanz
Nicol David terima sijil daripada Harvard Business School
Nicol Ann David menerima sijil berprestij daripada Program Sijil Dalam Talian Harvard Business School setelah menamatkan kursus "Power and Influence for Positive Impact."
SSPA: KKM adakan pertemuan dengan kesatuan jururawat esok
Pertemuan esok akan melibatkan lima kesatuan jururawat yang telah menyatakan kesediaan berkongsi pandangan berhubung pelaksanaan arahan baharu.
Pemantauan pergerakan lori di seluruh negara diperketat
Menerusi aduan diterima, terdapat pemandu lori ini yang melanggar tempoh masa pergerakan dan membawa muatan berlebihan.
Satu lagi kes mpox dikesan di Malaysia - KKM
KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia menjadikan jumlah kes mpox di Malaysia meningkat kepada dua kes tahun ini, menjadikan keseluruhan 11 kes sejak 26 Julai 2023.
Pelabur Amerika Syarikat masih tunggu dan lihat
Pelabur Amerika masih menilai impak sebarang tarif yang akan dilaksanakan oleh bakal Presiden Donald Trump, yang dijangka mempunyai kesan positif dan negatif.
Syarikat Mexico mula merasai impak ancaman Trump
Kenyataan bakal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengenakan tarif 25% peratus kepada import dari Mexico sudah pun menjejaskan daya saing dan kebolehan syarikat negara itu untuk menarik pelaburan asing.
Rusia-ASEAN: Malaysia perkukuh hubungan dua hala untuk transformasi digital
Malaysia memperkukuh hubungan dengan Rusia dan negara lain untuk memacu transformasi digital, termasuk keselamatan siber, AI perubatan, dan pembangunan pusat data, selaras dengan aspirasi NIMP 2030.
Kenanga Research semak turun unjuran keuntungan 10 peratus
Kenanga Research menyemak turun unjuran keuntungan bersih Pharmaniaga bagi tahun kewangan 2024 susulan keputusan suku keempatnya yang tidak memenuhi jangkaan.
Boustead lepaskan 20 peratus lagi kepentingan kepada Sarawak
Kerajaan negeri Sarawak mengukuhkan pegangannya dalam Affin Bank Berhad, susulan keputusan Boustead Holdings Bhd dan LTAT untuk melupuskan 26% pegangan mereka dalam kumpulan perbankan itu.
JPS keluar amaran banjir, 40 kampung di Hulu Terengganu dijangka terjejas
JPS hari ini mengeluarkan amaran banjir diramal berlaku di kawasan rendah berhampiran Sungai iaitu dalam lingkungan (5km) di Hulu Terengganu.
AI Generatif: Masa hadapan baharu perniagaan, gabungan dunia fizikal, digital
Edisi terkini laporan Accenture meneroka bagaimana teknologi bakal merubah cara masyarakat hidup dan bekerja.