JPS dalam kenyataan memaklumkan, jangkaan banjir adalah pada 8 malam ini hingga 8 malam 1 Disember di daerah Hulu Terengganu berhampiran Sungai Terengganu , Sungai Berang, Sungai Tersat, Sungai Telemong dan Sungai Nerus.
Kampung yang dijangka terjejas ialah Kampung Pengkalan Ajal, Kampung Kua, Kampung Kepah, Kampung Nibong, Kampung Pak Ba, Kampung Tengkawang, Kampung Banggol Setar, Kampung Felera Pasir Pelata, Kampung Pengkalan Merbau.
Selain itu, turut diramal dinaiki air ialah Kampung Beladau, Kampung Beladau Kolam Kampung Getang, Kampung Telaga, Kampung Teluk Menara, Kampung Kuala Bekah, Kampung Tualang, Kampung Pasir Tinggi, Kampung Baung, Kampung Hulu Sat, Kampung Kuala Telemung, Kampung Batu Hampar, Kampung Pulau Bahagia, Kampung Pulau Manis.
Dalam pada itu, ia juga melibatkan Kampung Tapu, Kampung Paya Datu, Kampung Buluh Gading, Kampung Banggol Tuan Muda, Kampung Pengkalan Arang, Kampung Nasi Dingin, Kampung Bukit Lawang, Kampung Bukit Petiti Kampung Matang, Kampung Bukit Mundok, Kampung Alor Lik, Kampung Mesah.
Kampung Padang Macang, Kampung Pasir Nering, Kampung Sg Las, Kampung Paya Besar, Kampung Bukit Tok Bat, Kampung Batu 24, Kampung Tanjung Bunut, Kampung Teluk Pasu dan Kampung Kubang Jela juga terjejas.
Amaran dikeluarkan susulan hujan berterusan peringkat bahaya di seluruh negeri Terengganu dan orang ramai diminta untuk mematuhi arahan pihak berkuasa dan agensi pengurusan bencana banjir.
Kenyataan juga memaklumkan banjir yang diramal boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangkakan bergantung kepada keadaan hujan yang signifikan berlaku di kawasan terbabit.