Nicol berkata selama bertahun-tahun beliau merasakan tidak akan dapat mengakses bentuk pendidikan seperti ini atau berjaya mencapainya, setelah mengabdikan seluruh kehidupan profesionalnya di dalam gelanggang skuasy dan tidak hadir ke universiti demi memberikan tumpuan 100 peratus dalam sukan berkenaan.
Bagaimanapun beliau akhirnya sedar bahawa anggapa sedemikan adalah sesuatu yang tidak betul, memandangkan dengan mengikuti kursus berkenaan di Harvard, ia telah memberikan kekuatan dan menjadi asas penting dalam membina keyakinannya sebagai pemimpin terutama sebagai seorang bekas atlet.
"Saya juga bersyukur kerana mendapat biasiswa untuk mengikuti kursus ini, dan ini adalah hasil daripada inisiatif Inovasi Sosial Harvard + Pertukaran Inisiatif (SICI) yang disyorkan oleh @lily_lapenna. Namun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan senegara, seorang wanita luar biasa yang juga rakan saya, @sarahchenglobal yang telah menjadikannya tidak mustahil bagi saya.
"Dia menghubungi saya dan mencadangkan ini kepada saya, dan saya amat berterima kasih kepadanya. Tahniah kepada Julie Battilana yang memberi inspirasi, yang bekerja di @harvardkennedyschool kerana membangunkan kursus ini," katanya melalui akaun rasmi Instagram.
Nicol berkata bahawa beliau berharap ini adalah permulaan kepada banyak pencapaian akademik dalam laluan baharunya, yang ketika ini menguruskan yayasan sendiri, dan ia menjadi peringatan untuk terus percaya pada diri sendiri bagi merealisasikan impian berkenaan.
-- BERNAMA