APPLE dilaporkan telah mengambil alih firma kecerdasan buatan DarwinAI.
Syarikat ini terlibat dalam penghasilan teknologi memeriksa komponen ketika proses pengilangan dan menghasilkan sistem AI yang lebih efisien dan bersaiz kecil.
Sejurus selepas DarwinAI diambil alih, laman web serta kesemua akaun media sosial syarikat telah dinyahaktifkan.
Kakitangan pula telah berpindah ke Apple sementara penyelidiknya Alexander Wong menyertai bahagian AI Apple sebagai pengarah.
Pengambilalihan ini dilihat sebagai usaha Apple untuk mempercepatkan proses integrasi kemampuan AI pada iOS 18 yang akan diumumkan tahun ini.
Tim Cook sebelum ini berkata iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar pada sistem operasi dibantu dengan beberapa ciri AI.
Tahun ini kita sudah dapat melihat bagaimana penggunaan sistem AI pada peranti Android mampu memberikan pengalaman yang menakjubkan.
Kesemua pengeluar utama peranti Android telahpun mengintegrasikan AI pada peranti yang selama ini dianggap sebagai fiksyen.
Walaupun Apple berjaya menjadi pengeluar telefon pintar terbesar dunia tahun lalu, ketiadaan sistem AI setakat ini boleh dilihat sebagai satu kekurangan.
Ini tidak dibantu oleh Siri yang saban tahun kemampuannya semakin ketinggalan jika dibandingkan dengan Google Gemini.
Apakah agaknya ciri AI yang akan diperkenalkan pada iOS 18? Kita hanya perlu menanti acara WWDC beberapa bulan sahaja lagi. -Amanz
Amanz
Fri Mar 15 2024
Pengambilalihan ini dilihat sebagai usaha Apple untuk mempercepatkan proses integrasi kemampuan AI pada iOS 18 yang akan diumumkan tahun ini. -Gambar fail/Reuters
Napie Spider meninggal dunia pada usia 51 tahun
Pemain gitar utama kumpulan Spider menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sungai Buloh pada pukul 3.54 pagi tadi.
Bersih puji reaksi positif Perdana Menteri terima gred D
Maklum balas positif yang disusuli iltizam untuk memperbaiki gred di masa akan datang, adalah gambaran keterbukaan Perdana Menteri.
10 projek berkaitan aeroangkasa bernilai RM500 juta diluluskan sehingga 2023 - MITI
Syarikat industri aeroangkasa Malaysia juga telah berjaya membida pakej kerja baharu untuk sektor pembuatan aeroangkasa.
Duta Palestin ke UK alu-alukan waran tangkap terhadap Netanyahu, gesa akauntabiliti penuh
Duta Husam Zomot menyifatkan waran tangkap itu sebagai langkah ke arah pertanggungjawaban dan keadilan untuk Palestin.
Pulau Pinang digesa laksana aktiviti bernilai tinggi untuk kekal kompetitif - Chow
Chow berkata pelaksanaan itu bagi memastikan Pulau Pinang terus berdaya saing dalam pasaran semikonduktor global.
Pejabat Hak Asasi Manusia PBB sokong ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant
Kami menghormati kebebasan dan kompetensi Mahkamah Jenayah Antarabangsa di bawah Statut Rom, kata Jeremy Laurence.
LHDN komited tingkat pematuhan cukai menerusi audit dan siasatan
Hisham berkata, kesemua tindakan itu dilaksanakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian
Penyedia perkhidmatan pembayaran mesti mempunyai sistem pengesanan untuk mengenal pasti akaun yang digunakan untuk transaksi penipuan.
COP29: Penyertaan Malaysia beri kemajuan terhadap matlamat pelepasan karbon sifar bersih
Malaysia buka inisiatif inovatif dan pelaburan besar untuk membolehkan negara melangkah lebih jauh ke arah menjadi negara pelepasan karbon sifar bersih.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Apple dilapor pertimbang idea hasilkan set televisyen
Penawaran set kaca televisyen penuh mungkin hanya menyasarkan sejumlah kecil pengguna sahaja sekali gus mungkin membuatkan Apple tidak meneruskan idea ini.
Google Gemini mungkin akan diintegrasikan dalam iOS bermula 2025
Pengguna Google Gemini boleh menggunakan aplikasi ini dengan ciri lengkap pada iPhone, yang sudah tersedia di App Store.
Apple AirTag baharu dijangka tiba pertengahan 2025
Apple AirTag Baharu Dijangka Tiba Pertengahan 2025
Apple senaraikan iPhone XS Max, iPhone 6s Plus sebagai produk vintaj
Sebelum ini, iPhone 6s Plus diperkenalkan pada September 2015, sementara iPhone XS Max pada September 2018.
Share To TikTok mudahkan perkongsian muzik daripada Apple Music dan Spotify
Pengguna boleh melakukan pilihan untuk berkongsi muzik, album dan senarai main ke susur masa menerusi Photo Mode atau mod skrin hijau.
Apple dilapor melabur AS$10 juta di Indonesia untuk bolehkan iPhone 16 dijual
Kementerian Perindustrian Indonesia sedang menilai cadangan dengan keputusan dijangka akan diberikan tidak lama lagi.
Apple, Samsung dilapor turut berminat ambil alih Intel
Apple dan Samsung berminat untuk mengambilalih Intel kerana kemampuan syarikat tersebut dalam mengilangkan cip pemprosesan mereka sendiri.
Apple peroleh 20% pegangan ekuiti penyedia perkhidmatan satelit GlobalStar
Di samping itu, Apple juga akan peruntukkan sebanyak $1.1 bilion sebagai bayaran awal untuk penggunaan infrastruktur GlobalStar.
Apple ambil alih penyunting gambar popular Pixelmator
Pengambilalihan ini oleh Apple membolehkan mereka melengkapkan penawaran perisian penyuntingan kepada para pengguna mereka.
Apple iMac M4 adalah Mac pertama sokong skrin 8K 120Hz
Walau bagaimanapun hanya model dengan GPU 10 teras sahaja yang menyokong ciri ini. Model dengan GPU 8 teras pula terhad kepada 6K 60Hz.