Penunggang Malaysia, Muhammad Zulfahmi Khairuddin sudah tidak sabar menunggu Kejohanan Supersport Dunia membuka tirainya esok.
Selepas menamatkan sesi ujian dua hari di Litar Phillip Island, Australia, Zulfahmi yang mewakili Team Orelac Racing VerdNatura hanya menunggu masa untuk beraksi dengan jentera superbike Kawasaki ZX-6R pada musim pertamanya di kejohanan itu.
"Saya sukakan litar ini kerana mempunyai selekoh laju dan ini sememangnya litar kegemaran pelumba. Cengkamannya juga baik dan ia begitu menyeronokkan menunggang di sini.
"Ia bukan litar yang sukar dipelajari tetapi anda perlu berani dan tahu di mana untuk memecut.
"Litar ini tidak terlalu teknikal tetapi anda perlu bijak mengawal jentera terutama di selekoh.
"Bagi saya, ia adalah litar yang menyeronokkan selain pemandangan yang cantik. Sebelum ini saya hanya menunggang jentera Moto3 di litar ini, jadi saya perlu belajar mengendalikan jentera Kawasaki ini pula," katanya.
Rakan sepasukannya dari Sepanyol, Nacho Calero turut berharap dapat mengendalikan jenteranya dengan baik.
"Saya percaya jentera ini dalam keadaan baik dan saya juga tidak sabar menggunakannya dalam perlumbaan pertama saya bersamanya," kata Calero.
Bernama
Thu Feb 25 2016
Zulfahmi ketika mewakili pasukan Red Bull KTM Ajo pada 2013. - Gambar fail
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Zulfahmi nilai kelebihan diri dalam pusingan kelayakan
Pelumba superbike Malaysia, Muhammad Zulfahmi Khairuddin akan memulakan perlumbaan pertamanya pada Kejohanan Supersport Dunia 2016 di barisan keenam, pada Ahad.
Zulfahmi tidak sabar tunggu permulaan musim
Muhammad Zulfahmi Khairuddin yang mewakili Team Orelac Racing VerdNatura hanya menunggu masa untuk beraksi dengan jentera superbike Kawasaki ZX-6R.
Zulfahmi belum tetap sasaran bersama Ongetta Air Asia
Pelumba kelas Moto3 negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin belum mahu menetapkan sebarang sasaran untuk musim 2014 bersama pasukan baharu Ongetta Air Asia.
Zulfahmi perlu rehat 12 minggu untuk pulih sepenuhnya - Dr Ramlan
Pelumba Moto3 negara Muhammad Zulfahmi Khairuddin tetap akan turun ke litar perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia walaupun doktor mengesahkan bahawa beliau perlu berehat panjang.