ZOOM dikenali orang ramai sebagai platform telesidang atau untuk panggilan video.


Ringkasan AI
  • Zoom Video Communications Inc telah dijenamakan semula kepada Zoom Communications Inc untuk mencerminkan fokus baru mereka yang lebih luas daripada sekadar panggilan video.
  • Zoom kini memfokuskan kepada kecerdasan buatan untuk platform bekerja yang menghubungkan manusia, termasuk ciri AI Companion yang boleh menggantikan diri dalam sesi telesidang.
  • Zoom akan terus menawarkan perkhidmatan yang menyokong cara bekerja era moden dan hibrid, bersaing dengan perkhidmatan serupa dari Google Meet dan Microsoft Teams.


Ia menjadi popular ketika era pandemik COVID-19 dan kekal digunakan sehingga hari ini.

Zoom, atau nama penuhnya Zoom Video Communications Inc. baru-baru ini telah dijenamakan semula kepada Zoom Communications Inc.


Menurut CEO mereka, Eric Yuan – Zoom kini adalah syarikat yang memfokuskan kepada kecerdasan buatan untuk platform bekerja menghubungkan manusia.

Zoom juga akan kekal menawarkan perkhidmatan cara bekerja era moden dan hibrid.

Penjenamaan semula ini adalah untuk orang ramai tidak lagi melabel Zoom sebagai syarikat yang menawarkan ciri panggilan video semata.

Syarikat teknologi lain seperti Google dan Microsoft turut telah memastikan perkhidmatan lebih kurang sama mereka iaitu Meet dan Teams menjadi semakin baik.

Jadi mengalih fokus kepada AI adalah satu strategi baik untuk Zoom.

Antara ciri menarik yang bakal ditawarkan adalah AI Companion yang boleh menjadi pengganti diri bagi menghadiri sesi telesidang. -Amanz