KUALA LUMPUR: Setelah 'tercicir' akibat demam, pemain perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Kompleks Sukan Desa Tasik, Cheras hari ini.
Perkara berkenaan disahkan Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Hann.
"Beliau sudah menerima vaksin pagi tadi. Zii Jia telah pulih daripada demam dan sudah memulakan latihan seperti biasa," katanya menerusi aplikasi WhatsApp.
Juara All England 2021 itu sepatutnya menerima vaksin Pfizer-BioNTech bersama kumpulan pertama 264 atlet dan pegawai yang sedang dalam persiapan ke Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo pada Selasa lepas.
Namun, ketua jurulatih perseorangan lelaki negara Hendrawan berkata pemain berusia 23 tahun itu tidak dapat hadir pada hari berkenaan kerana mengalami demam sejak dua hari sebelum itu, kemungkinan akibat keletihan.
Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang ditangguh selama setahun akibat pandemik COVID-19 dijadual semula dari 23 Julai hingga 8 Ogos manakala Sukan Paralimpik bermula 24 Ogos hingga 5 Sept ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 15 2021

Lee Zii Jia berkongsi gambar sewaktu dia menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 di PPV Dewan Kompleks Sukan Desa Tasik, Cheras hari ini. - Facebook Lee Zii Jia

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Zii Jia terima dos pertama vaksin COVID-19 hari ini
Zii Jia telah pulih daripada demam dan sudah memulakan latihan seperti biasa.

BAM enggan letak tekanan kepada Zii Jia raih emas Olimpik Tokyo
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak mahu memberi tekanan kepada juara All England 2021 Lee Zii Jia dengan menyasarkannya sebagai sandaran pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo, Julai depan.