KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia menetapkan sasaran untuk mengatasi juara dunia dua kali Kento Momota dari Jepun dengan menduduki tempat kedua ranking dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menjelang akhir tahun ini.
Justeru, juara All England 2021 itu berjanji untuk mengumpul sebanyak mungkin mata daripada baki kejohanan tahun ini dalam usaha untuk naik dua anak tangga daripada ranking keempat dunia sekarang.
"Menyasarkan ranking nombor dua menjelang akhir tahun ini," katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di sini semalam.
Zii Jia bakal bersaing dalam tiga kejohanan di Eropah berturut-turut bermula daripada Terbuka Denmark dan Terbuka Perancis bulan depan, diikuti Terbuka Hylo di Jerman, pada November.
Penyandang juara Asia itu berkata beliau kini sedang berusaha untuk meningkatkan prestasinya dan berharap dapat mengembalikan keyakinannya dalam ketiga-tiga perlawanan Eropah itu berikutan persembahan hambarnya di Kejohanan Dunia dan Terbuka Jepun baru-baru ini.
"Saya berazam untuk mengejar mata saya daripada jelajah Eropah ini. Saya telah belajar daripada kesilapan saya dan akan mengembalikan prestasi terbaik saya untuk kejohanan seterusnya," katanya.
Bulan lepas, Zii Jia tersingkir daripada pusingan ketiga Kejohanan Dunia selepas tumpas kepada pemain China, Zhao Jun Peng, 19-21, 21-11, 19-21 sebelum pemain Malaysia itu mengalami satu lagi kekecewaan apabila tewas kepada Kidambi Srikanth dari India, 20-22, 21-23 pada pusingan pembukaan Terbuka Jepun.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 25 2022
Lee Zii Jia bercakap pada sidang media mengenai perkembangan terbaharu perancangannya untuk Kejohanan Terbuka Denmark dan Kejohanan Terbuka Paris di Sports Arena Sentosa, Kuala Lumpur, 24 Sept 2022. -- fotoBERNAMA
Adik Dr Zaliha Mustafa meninggal dunia
Shamsiah Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
52.95 peratus penjawat awam masih belum miliki rumah sendiri
Mengulas lanjut Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah berkata, walaupun anak penjawat awam dan pesara tidak layak membeli PPAM tapi berpeluang jadi pemilik bersama.
Kuala Lumpur di tangga kelapan terbaik untuk ekspatriat mendiami
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Expat City Ranking, Kuala Lumpur menduduki di tangga kelapan negara yang terbaik untuk ekspatriat mendiami.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Social Housing in Cambodia Addresses Climate Change
We spoke with His Excellency Mao Vibol, Under Secretary of State for Cambodia’s Ministry of Land Management, Urban Planning, and Construction, about the country’s efforts to integrate climate resilience into social housing. He shared insights on sustainable urban planning and the role of affordable housing in addressing the challenges of climate change.
36,479 penjawat awam tandatangani perjanjian jual beli PPAM
Jelas Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah, daripada jumlah tersebut 87 peratus atau 31,942 penjawat awam berpendaptan bawah RM5,000 sebulan.
White House sahkan Biden hadiri pelantikan Trump
White House pada Isnin mengesahkan bahawa Presiden Joe Biden akan menghadiri majlis pelantikan Donald Trump pada 20 Jan.
Sistem kad akses dilaksana di PPR tahun depan -
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata sistem kad akses akan dilaksanakan di PPR mulai tahun depan bagi menangangi masalah pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR).
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
NWICE 2024: Transformasi air menuju kemampanan sejagat
Bertemakan “Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat”, Persidangan & Pameran Inovasi Air Kebangsaan 2024 (NWICE 2024) merupakan kesinambungan daripada pelan hala tuju AIR 2040 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air(PETRA) baru-baru ini dalam memastikan pengurusan sumber air yang mampan untuk generasi akan datang.
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
Rexy anggap peluang wakil negara raih gelaran Jelajah Dunia Akhir BWF makin tinggi
Rexy Mainaky merasakan peluang semakin tinggi untuk Malaysia mencipta sejarah merangkul gelaran pada Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF.
Zii Jia berisiko hilang slot Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF
Perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia berdepan risiko terlepas slot Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2024.
Zii Jia terkandas di suku akhir Masters Jepun 2024
Lee Zii Jia terkandas di suku akhir selepas tewas kepada pemain di ranking keenam dunia Jonatan Christie pada Masters Jepun 2024.
Zii Jia mandi peluh ke pusingan kedua Masters Jepun
Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia menafikan tentangan sengit pemain bintang muda negara Justin Hoh sebelum mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua Masters Jepun hari ini.
Zii Jia teruskan misi ke WTF 2024 di Hangzhou
Lee Zii Jia bersedia untuk kembali dan berusaha mencapai kejayaan pada kejohanan World Tour Finals (WTF) 2024 yang akan berlangsung dari 11 hingga 15 Dis di Hangzhou, China.
Zii Jia tarik diri Terbuka Denmark
Pemain nombor empat dunia itu sebelum ini dijangka menyingkap pusingan pertama berdepan bintang Jepun, Kenta Nishimoto.
Zii Jia terlepas peluang pertahan juara Terbuka Artik
Zii Jia ternyata bukan tandingan wakil Jepun Koki Watanabe setelah ditewaskan 15-21, 21-13, 12-21 usai 66 minit perlawanan.
Zii Jia tempah tiket suku akhir Terbuka Artik 2024
Pemain profesional negara Lee Zii Jia mara ke suku akhir kejohanan badminton Terbuka Artik 2024 selepas menewaskan Yushi Tanaka dari Jepun, hari ini.
Zii Jia singkir Popov dalam misi pertahan gelaran Terbuka Artik
Pemain nombor empat dunia itu mengambil masa 43 minit untuk menewaskan Popov pada pusingan pertama kejohanan Jelajah Dunia Super 500 berkenaan.
Zii Jia tersingkir awal di Terbuka China
BAGAI serba tidak kena buat pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia apabila tersingkir seawal pusingan pertama Terbuka China.