KUALA LUMPUR: Pemain badminton perseorangan profesional negara Lee Zii Jia melepasi pusingan pertama Masters Malaysia 2023 hari ini, selepas menumpaskan pemain China.
Pada perlawanan pusingan pembukaan di Arena Axiata itu, Zii Jia layak ke pusingan kedua selepas menewaskan Lu Guang Zu, 21-12, 21-19 dalam masa 45 minit.
Zii Jia pemain pilihan keempat kejohanan, akan berhadapan pemain Taiwan Lin Chun-Yi, yang mengejutkan juara bertahan Chico Aura Dwi Wardoyo dari Indonesia, 13-21, 21-16, 21-8, hari ini.
Pemain nombor 10 dunia itu berkata beliau gembira dapat melepasi cabaran pada set kedua, yang pada suatu ketika ketinggalan tujuh mata 11-18, sebelum pemain Malaysia itu berjaya memperbaiki permainnya bagi memenangi tiket untuk layak ke pusingan kedua.
"Secara jujurnya saya telah bersedia untuk bermain dalam set ketiga ketika ketinggalan 11-18, namun saya bersabar dan cuba menggunakan peluang yang ada (untuk menang set kedua) katanya kepada media selepas perlawanan.
SUKAN-BADMINTON (ZII JIA) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Pemain berusia 25 tahun itu mengakui prestasi cemerlangnya di Piala Sudirman 2023 minggu lepas dengan memenangi kesemua kelima-lima perlawanan di Suzhou, China, telah menaikkan keyakinannya untuk memulakan kempen di sini dengan langkah yang betul.
Sementara itu pemenang pingat perak Sukan Komanwel 2022 Ng Tze Yong, gagal layak ke pusingan kedua selepas tewas kepada pemain Jepun Kenta Nishimoto, 21-17, 16-21, 13-21.
"Set pertama saya banyak ambil mata dari Nishimoto kerana beliau banyak buat kesilapan, namun set seterusnya bukan senang nak dapatkan mata terutamanya di set penentuan di mana lawan bermain lebih laju dari saya," kata Tze Yong.
Selepas tewas kepada pasangan Thailand Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran 20-22, 20-22, pada perlawanan beregu campuran bersama pasangannya Lai Pei Jing, Tan Kian Meng sekali lagi tewas pada pusingan pertama, kali ini dalam beregu lelaki bersama pasangannya Tan Wee Kiong.
Walaupun menang set pertama 23-21, Kian Meng-Wee Kiong tewas dua set berikutnya 14-21, 16-21 kepada pasangan Scotland Alexander Dunn-Adam Hall.
Esok, Zii Jia akan bersama empat lagi wakil negara di pusingan kedua yang terdiri daripada tiga pasangan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun serta pasangan beregu wanita Pearly Tan-M.Thinaah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 24 2023
Pemain badminton perseorangan profesional negara Lee Zii Jia melepasi pusingan pertama Masters Malaysia 2023 hari ini, selepas menumpaskan pemain China. - Foto Facebook BAM
AWANI Borneo [26/11/2024] – Amanah, berintegriti | Isu tular | Permohonan kerakyatan
AWANI Borneo bersama Nickyson Nyambar
1) Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri - Hajiji
2) Isu tular: DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
3) Pendaftaran Perkara 15A kini dilakukan lebih awal bagi permohonan kerakyatan
1) Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri - Hajiji
2) Isu tular: DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
3) Pendaftaran Perkara 15A kini dilakukan lebih awal bagi permohonan kerakyatan
Menteri Kesihatan luah rasa sebak dengar perbahasan Ahli Parlimen hari ini
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad meluahkan rasa sebak ketika berucap selepas mendengar semua perbahasan Ahli-ahli Parlimen yang melibatkan ketanggungjawaban kementerian dibawahnya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Polis selamatkan remaja perempuan diculik sekumpulan individu
Polis melakukan serbuan di sebuah pangsapuri di Seksyen 7 pada 11 malam, 18 Nov dan menemukan mangsa dalam keadaan selamat.
MINTRED salur bantuan RM193 juta buat usahawan tempatan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak telah menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM193 juta kepada 8,900 usahawan tempatan sejak 2021 bagi meningkatkan kebolehan perniagaan agar lebih berdaya saing.
Pendaftaran perkara 15A kini dilakukan lebih awal - Fatimah
Tahap kesedaran dalam kalangan ibu bapa untuk permohonan kerakyatan bagi anak tidak sah taraf, anak angkat serta anak jagaan kini menunjukkan peningkatan selepas data menunjukkan ia dilakukan lebih awal.
Peluang kerjasama, pelaburan dan pembuatan terjalin di antara Sabah-China
Hubungan di antara Sabah-China diperkukuhkan menerusi Sidang Kemuncak Perniagaan Malaysia-Sabah-China dengan banyak peluang kerjasama baharu terjalin.
DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengambil tindakan segera mengatasi masalah isu sampah selepas seorang pelancong warga eropah memuat naik video menampakkan keadaan kawasan perairan Jesselton Point terjejas dengan sisa plastik.
Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri
Badan-badan berkanun dan syarikat kerajaan negeri (GLC) negeri digesa menyokong aspirasi kerajaan membangunkan ekonomi negeri secara holistik sekali gus menyumbang kepada hasil kerajaan negeri.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Menjelang giliran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, sekarang dianggap waktu yang tepat untuk memperbaharui hubungan perdagangan antara Malaysia dan Rusia.
Rexy anggap peluang wakil negara raih gelaran Jelajah Dunia Akhir BWF makin tinggi
Rexy Mainaky merasakan peluang semakin tinggi untuk Malaysia mencipta sejarah merangkul gelaran pada Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF.
Zii Jia berisiko hilang slot Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF
Perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia berdepan risiko terlepas slot Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2024.
Zii Jia terkandas di suku akhir Masters Jepun 2024
Lee Zii Jia terkandas di suku akhir selepas tewas kepada pemain di ranking keenam dunia Jonatan Christie pada Masters Jepun 2024.
Zii Jia mandi peluh ke pusingan kedua Masters Jepun
Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia menafikan tentangan sengit pemain bintang muda negara Justin Hoh sebelum mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua Masters Jepun hari ini.
Zii Jia teruskan misi ke WTF 2024 di Hangzhou
Lee Zii Jia bersedia untuk kembali dan berusaha mencapai kejayaan pada kejohanan World Tour Finals (WTF) 2024 yang akan berlangsung dari 11 hingga 15 Dis di Hangzhou, China.
Zii Jia tarik diri Terbuka Denmark
Pemain nombor empat dunia itu sebelum ini dijangka menyingkap pusingan pertama berdepan bintang Jepun, Kenta Nishimoto.
Zii Jia terlepas peluang pertahan juara Terbuka Artik
Zii Jia ternyata bukan tandingan wakil Jepun Koki Watanabe setelah ditewaskan 15-21, 21-13, 12-21 usai 66 minit perlawanan.
Zii Jia tempah tiket suku akhir Terbuka Artik 2024
Pemain profesional negara Lee Zii Jia mara ke suku akhir kejohanan badminton Terbuka Artik 2024 selepas menewaskan Yushi Tanaka dari Jepun, hari ini.
Zii Jia singkir Popov dalam misi pertahan gelaran Terbuka Artik
Pemain nombor empat dunia itu mengambil masa 43 minit untuk menewaskan Popov pada pusingan pertama kejohanan Jelajah Dunia Super 500 berkenaan.
Zii Jia tersingkir awal di Terbuka China
BAGAI serba tidak kena buat pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia apabila tersingkir seawal pusingan pertama Terbuka China.