KUALA LUMPUR: Jaguh badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia mempunyai tempoh sehingga 14 Nov ini untuk menandatangani kontrak perjanjian persetujuan komitmen baharu (LOC) untuk terus berada dalam program Road To Gold (RTG).
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yang mengesahkan Zii Jia sebagai satu-satunya atlet dalam RTG yang belum menandatangani perjanjian itu berkata, LOC adalah keperluan sebagai pertukaran kepada faedah dan perkhidmatan disediakan untuk atlet di bawah program elit ke arah memburu emas pertama negara di Sukan Olimpik.
"Saya amat menghargai jika Zii Jia meletakkan perkara ini sebagai keutamaan untuk menandatangani LOC secepat mungkin iaitu tempoh dua minggu akan datang, kerana semua atlet termasuk Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan Datuk Pandelela Rinong telah melakukannya.
"Kita komited untuk membantu mereka tapi mereka mesti mempunyai komitmen untuk menyumbang kepada kerajaan. LOC itu mengatakan bahawa mereka bersetuju untuk dimasukkan ke dalam RTG, jadi mereka perlu memainkan peranan dalam mengemas kini, bekerjasama dan kerap bertemu penyelaras," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa RTG di sini hari ini.
Pada masa sama, Hannah memuji pemain berusia 25 tahun itu yang telah menunjukkan peningkatan sejak Jun apabila naik tiga tangga ranking dan 11 anak tangga dalam kedudukan kelayakan Race to Paris dengan meraih kejuaraan Terbuka Artik dan naib juara Terbuka Denmark baru-baru ini.
Mengenai atlet yang disingkirkan daripada senarai atlet RTG iaitu pasukan hoki lelaki dan dua beregu campuran profesional Tan Kian Meng-Lai Pei Jing serta Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, Hannah berkata mereka masih menerima khidmat sokongan menerusi Program Podium.
"Kriteria untuk RTG adalah 10 teratas (ranking dunia), jika lebih rendah bermakna peluang untuk meraih emas kurang. Selepas digugurkan tidak bermaksud hilang semua, ada Program Podium, cuma bezanya bagi RTG adalah elaun tambahan RM3,000 sebulan.
"Saya harap mereka dapat bangkit meningkatkan prestasi. Kriteria RTG untuk Olimpik Los Angeles 2028 akan sedikit berbeza daripada sekarang yang kita akan bincangkan dalam masa terdekat," katanya, sambil mengakui berbasikal dan badminton merupakan dua prospek utama emas di Olimpik Paris.
Sementara itu, penyelaras RTG Datuk Stuart Ramalingam berkata jawatankuasa itu telah berhubung dengan pasukan Zii Jia melalui pelbagai saluran tetapi pemain itu dikatakan sibuk dengan latihan dan pertandingan.
"Kita akan terus berhubung untuk memastikan Zii Jia memahami bahawa perjanjian komitmen ini perlu dan sangat penting. Beliau sangat sibuk dan belum ada kesempatan berjumpa dengannya.
"Kita harap beliau kembali ke Malaysia selepas pertandingan, dan meluangkan masa untuk RTG berbincang mengenai keperluannya. Dua minggu disediakan oleh jawatankuasa, kami percaya beliau akan berhubung dengan kita," katanya.
Stuart berkata pemain profesional negara itu diberikan perkhidmatan sains sukan sebanyak dua kali di bawah program walaupun belum menandatangani LOC, bagaimanapun pembiayaan dan elaun tambahan tidak diberikan sehingga beliau menandatangani perjanjian berkenaan.
Menurut Stuart, kira-kira 50 peratus daripada RM5 juta yang diperuntukkan kepada RTG telah dibelanjakan setakat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 31 2023
Lee Zii Jia mempunyai tempoh sehingga 14 Nov ini untuk menandatangani kontrak perjanjian persetujuan komitmen baharu (LOC) untuk terus berada dalam program Road To Gold (RTG). - Gambar fail/Stadium Astro
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Rexy anggap peluang wakil negara raih gelaran Jelajah Dunia Akhir BWF makin tinggi
Rexy Mainaky merasakan peluang semakin tinggi untuk Malaysia mencipta sejarah merangkul gelaran pada Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF.
Zii Jia berisiko hilang slot Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF
Perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia berdepan risiko terlepas slot Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2024.
Zii Jia terkandas di suku akhir Masters Jepun 2024
Lee Zii Jia terkandas di suku akhir selepas tewas kepada pemain di ranking keenam dunia Jonatan Christie pada Masters Jepun 2024.
Zii Jia mandi peluh ke pusingan kedua Masters Jepun
Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia menafikan tentangan sengit pemain bintang muda negara Justin Hoh sebelum mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua Masters Jepun hari ini.
Zii Jia teruskan misi ke WTF 2024 di Hangzhou
Lee Zii Jia bersedia untuk kembali dan berusaha mencapai kejayaan pada kejohanan World Tour Finals (WTF) 2024 yang akan berlangsung dari 11 hingga 15 Dis di Hangzhou, China.
Zii Jia tarik diri Terbuka Denmark
Pemain nombor empat dunia itu sebelum ini dijangka menyingkap pusingan pertama berdepan bintang Jepun, Kenta Nishimoto.
Zii Jia terlepas peluang pertahan juara Terbuka Artik
Zii Jia ternyata bukan tandingan wakil Jepun Koki Watanabe setelah ditewaskan 15-21, 21-13, 12-21 usai 66 minit perlawanan.
Zii Jia tempah tiket suku akhir Terbuka Artik 2024
Pemain profesional negara Lee Zii Jia mara ke suku akhir kejohanan badminton Terbuka Artik 2024 selepas menewaskan Yushi Tanaka dari Jepun, hari ini.
Zii Jia singkir Popov dalam misi pertahan gelaran Terbuka Artik
Pemain nombor empat dunia itu mengambil masa 43 minit untuk menewaskan Popov pada pusingan pertama kejohanan Jelajah Dunia Super 500 berkenaan.
Zii Jia tersingkir awal di Terbuka China
BAGAI serba tidak kena buat pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia apabila tersingkir seawal pusingan pertama Terbuka China.