ZINEDINE Zidane meluahkan rasa bangga terhadap anaknya, Enzo Fernandez, yang berjaya melakar nama selaku penjaring untuk membantu Real Madrid membelasah Cultural Leonesa 6-1 dalam saingan Piala Raja Sepanyol.
Masih belum pasti sama ada Enzo akan mampu melakar kejayaan seperti ayahnya yang menjulang kejuaraan LaLiga dan Liga Juara-Juara Eropah ketika menghabiskan masa lima tahun di Santiago Bernabeu.
Namun, pemain berusia 21 tahun itu mempamerkan aksi mantap di laman sendiri apabila menjaringkan gol selepas 18 minit berada di atas padang.
"Saya cukup berbangga selaku pengendali dan ayah kepada Enzo," ujar Zidane.
"Kami mencapai objektif dengan kemenangan di samping memberikan peluang kepada pemain muda mencipta nama.
"Sebagai seorang ayah, saya sangat gembira dengan aksi Enzo. Malam ini nyata menggembirakan penonton yang hadir."
Sementara itu, penyerang, Mariano Meija, melakar hatrik dalam aksi sulungnya bersama skuad senior, dengan Zidane mengakui perlawanan tersebut merupakan medan ujian buat pemain itu.
"Pada awalnya, saya hanya mahu dia mengutip pengalaman berharga. Ketika hujung musim lalu, saya memintanya kekal bersama kami.
"Untuk itu, Mariano masih kekal bersama kami.
"Saya juga tidak tahu apa yang akan berlaku kepada Odegaard. Pada usia 17 tahun, dia telah menampakkan kematangan. Dia beraksi dengan cukup baik."
Pada masa sama, pemain tengah, Casemiro, telah beraksi selama 90 minit sebaik kembali daripada kecederaan kaki yang dialaminya pada pertengahan September lalu.
"Casemiro bermain dengan cukup mantap. Dia kini sudah bersedia untuk aksi berdepan Barcelona hujung minggu ini," tambah Zidane.
Astro Arena
Thu Dec 01 2016
Enzo Fernandez (kanan) bersaing dengan pemain pertahanan Cultural Leonesa, Angel Bastos, ketika perlawanan Piala Raja Sepanyol di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid pada 30 Nov, 2016. - AFP PHOTO
Pembentangan RUU Pekerja Gig ditangguh, kerajaan setuju perlu tingkat libat urus
Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan Rang Undang-undang (RUU) Pekerja Gig yang sepatutnya dibentangkan di Parlimen pada Disember ini.
Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.
Mahkamah Taiwan arah pembunuh pelajar Malaysia bayar pampasan
Mahkamah Taiwan memutuskan bahawa seorang lelaki tempatan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh seorang pelajar Malaysia, perlu membayar pampasan.
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
Zidane bangga dengan aksi Enzo
Masih belum pasti sama ada Enzo akan mampu melakar kejayaan seperti ayahnya yang menjulang kejuaraan LaLiga dan Liga Juara-Juara Eropah ketika menghabiskan masa lima tahun di Santiago Bernabeu.