Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesahkan Datuk Zaiton Othman menamatkan khidmat sebagai Pesuruhjaya Sukan pada Jumaat selepas memegang jawatan itu bermula 1 Feb 2015.
Syed Saddiq berkata Zaiton yang juga bekas atlet olahraga kebangsaan, banyak berjasa dalam arena sukan tanah air ketika bergelar atlet dan juga penjawat awam terutamanya membantu melancarkan pentadbiran sukan untuk kementerian.bekas atlet
"Saya ucapkan terima kasih kepada Datuk Zaiton di atas perkhidmatan beliau sebab hari ini adalah tarikh terakhir beliau berkhidmat dan akan bersara. Beliau melakukan kerja-kerja luar biasa untuk kementerian.
"Selepas ini kementerian perlu mencari pengganti mungkin bekas atlet juga untuk mengendalikan jawatan Pesuruhjaya Sukan," katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman venue Piala Dunia FIT Touch kesembilan di Taman Ekuestrian Putrajaya di sini, pada Jumaat.
Zaiton yang akan berusia 60 tahun pada 3 Mei depan, dan berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang adalah jagoan dalam acara heptathlon serta 400 meter pada era kegemilangannya.
Selain itu, bekas atlet negara itu yang pernah diberi jolokan 'wanita besi' adalah pemegang rekod kebangsaan acara heptathlon ketika beraksi pada Sukan SEA Manila 1981.
Beliau dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan 1982 dan memenangi tiga pingat emas serta mencipta rekod terbaik Asia dalam acara lari berganti-ganti 4x400m.
Zaiton memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jasmani dari Universiti Pertanian Malaysia dan Ijazah Sarjana Psikologi Sukan Gunaan dari San Diego State University, California.
Beliau memulakan perkhidmatan di Majlis Sukan Negara (MSN) sebagai pegawai sukan pada September 1989 dan pernah berkhidmat sebagai Pegawai Psikologi Sukan di Institut Sukan Negara (ISN) dari 1992 hingga 2000 sebelum kembali ke MSN.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 08 2019
![Zaiton Othman bersara sebagai Pesuruhjaya Sukan Zaiton Othman bersara sebagai Pesuruhjaya Sukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/41510140282_ZaitonOthman.jpg)
Zaiton yang juga bekas atlet olahraga kebangsaan, banyak berjasa dalam arena sukan tanah air. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![KBS, Pesuruhjaya Sukan bincang tadbir urus badan sukan KBS, Pesuruhjaya Sukan bincang tadbir urus badan sukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704782181_TBSUHARDIALIASj.jpg)
KBS, Pesuruhjaya Sukan bincang tadbir urus badan sukan
Beberapa aspek berkaitan tadbir urus badan sukan dibincangkan dalam pertemuan bersama Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh sempena lawatan ke Pejabat Pesuruhjaya Sukan hari ini.
![MOM desak menteri campur tangan MOM desak menteri campur tangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71652135081_MohdNazifuddinNaji.jpg)
MOM desak menteri campur tangan
MOM mendesak Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh untuk campur tangan dan menangani isu melibatkan Pesuruhjaya Sukan (PJS), Suhardi Alias.
![Pesuruhjaya Sukan ancam batal pendaftaran, MOM kemuka bantahan rasmi kepada Hannah Pesuruhjaya Sukan ancam batal pendaftaran, MOM kemuka bantahan rasmi kepada Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700203702_MohamadNorzaZakari.jpg)
Pesuruhjaya Sukan ancam batal pendaftaran, MOM kemuka bantahan rasmi kepada Hannah
Pesuruhjaya Sukan (PJS), Suhardi Alias, dilaporkan mengancam untuk membatalkan pendaftaran MOM, baru-baru ini.
![PJS sahkan Mastaf bubar secara rasmi PJS sahkan Mastaf bubar secara rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61675737441_Mastaf.jpg)
PJS sahkan Mastaf bubar secara rasmi
Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (Mastaf) telah dibubarkan secara rasmi pada 31 Januari lalu.
![Isu penggantungan PAFA: Exco Perak mahu jumpa PJS dahulu Isu penggantungan PAFA: Exco Perak mahu jumpa PJS dahulu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670161161_TBKAHIRUDINABUHANAPI.jpg)
Isu penggantungan PAFA: Exco Perak mahu jumpa PJS dahulu
Perak akan mengadakan pertemuan dengan Pesuruhjaya Sukan (PJS) terlebih dahulu bagi menyelesaikan masalah Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) yang masih lagi digantung sejak Mac lalu.
![Persatuan sukan perlu aktif bukan sekadar anjur jamuan raya - Ahmad Faizal Persatuan sukan perlu aktif bukan sekadar anjur jamuan raya - Ahmad Faizal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61650779016_DatukSeriAhmadFa.jpg)
Persatuan sukan perlu aktif bukan sekadar anjur jamuan raya - Ahmad Faizal
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah mengarahkan Pesuruhjaya Sukan (PJS) supaya memastikan semua persatuan sukan yang didaftar di bawahnya, bergerak aktif.
![Pesuruhjaya Sukan diminta teliti, selesai masalah badan sukan Pesuruhjaya Sukan diminta teliti, selesai masalah badan sukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81650666022_DatukSeriAhmadFai.jpg)
Pesuruhjaya Sukan diminta teliti, selesai masalah badan sukan
Antara badan sukan itu ialah Persatuan Bola Sepak Perak dan Persatuan Olahraga Selangor.
![Sebelah kaki MSC kini di ambang 'rumah' ASTAF - Halim Sebelah kaki MSC kini di ambang 'rumah' ASTAF - Halim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51614657814_TBASTAFPRESIDEN.jpg)
Sebelah kaki MSC kini di ambang 'rumah' ASTAF - Halim
ASTAF dimaklumkan, Pesuruhjaya Sukan tidak mempunyai halangan berhubung permohonan MSC untuk menjadi ahli gabungan Persekutuan.
![AGM Persatuan Olahraga Selangor pada 12 Disember tidak sah - Pesuruhjaya Sukan AGM Persatuan Olahraga Selangor pada 12 Disember tidak sah - Pesuruhjaya Sukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41644155589_IbrahimMohdYusof.jpg)
AGM Persatuan Olahraga Selangor pada 12 Disember tidak sah - Pesuruhjaya Sukan
Proses pelaksanaan dan perjalanan mesyuarat berkenaan didapati bercanggah, atau tidak mematuhi perlembagaan persatuan.
![Pembentukan entiti baharu elak sepak takraw negara tercicir - Pesuruhjaya Sukan Pembentukan entiti baharu elak sepak takraw negara tercicir - Pesuruhjaya Sukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41644155589_IbrahimMohdYusof.jpg)
Pembentukan entiti baharu elak sepak takraw negara tercicir - Pesuruhjaya Sukan
Pesuruhjaya Sukan (PJS) Ibrahim Mohd Yusof membayangkan hanya dengan mewujudkan entiti baharu berupaya menyelamatkan sukan sepak takraw negara daripada terus tercicir di peringkat antarabangsa.