KUALA LUMPUR: Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Persatuan Olahraga Selangor yang diadakan pada 12 Disember lepas, didapati tidak teratur, kata Pesuruhjaya Sukan (PJS) Ibrahim Mohd Yusof.
Beliau berkata, selepas pihaknya melakukan semakan terhadap laporan dan dokumen berkaitan AGM itu, didapati proses pelaksanaan dan perjalanan mesyuarat berkenaan adalah bercanggah, atau tidak mematuhi perlembagaan persatuan itu.
"Memandangkan AGM itu tidak teratur, maka keputusan yang dibuat ketika AGM itu tak terpakai dan tidak dapat disahkan," katanya kepada Bernama.
Pada AGM itu, atlet Wilayah Persekutuan Norhayati Karim dipilih sebagai Presiden, selepas kem itu menyingkirkan Datuk S.M. Muthu daripada jawatan berkenaan pada Oktober lepas, atas dakwaan penyelewengan lebih RM100,000 daripada akaun simpanan tetap Persatuan Olahraga Selangor.
Ibrahim berkata kini terdapat dua jawatankuasa yang mengakui sebagai jawatankuasa yang sah, tetapi kedua-duanya ada melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan perlembagaan persatuan.
"Kita akan mengadakan perbincangan dengan kedua-dua kem dalam masa terdekat dan syorkan beberapa langkah kepada mereka, supaya kemelut ini dapat diselesaikan secara baik," katanya.
Sementara itu, mengenai kemelut Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), beliau berkata pihaknya tiada masalah dengan pelaksanaan AGM badan induk sepak takraw itu, pada hujung minggu ini.
Beliau berkata cadangan mewujudkan entiti baharu perlu diberi pertimbangan sewajarnya, susulan keputusan Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) tidak menerima PSM sebagai ahlinya, selepas menyingkirkannya pada Mei lepas.
"Apabila Astaf tidak mahu terima PSM, kita perlu ada entiti baharu untuk mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa. Perlu diketahui bahawa keputusan ASTAF sama ada mahu terima atau tidak menerima PSM adalah diluar bidang kuasa kita," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 09 2022

Menurut Ibrahim, memandangkan AGM itu tidak teratur, maka keputusan yang dibuat ketika AGM itu tidak terpakai dan tidak dapat disahkan. - Astro Arena
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Bursa Malaysia catat sejarah laksana AGM secara maya sepenuhnya
Bursa Malaysia Bhd mencatat sejarah dalam dunia korporat Malaysia apabila menjadi syarikat pertama di negara ini yang mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) secara maya sepenuhnya.

Isu pengagihan royalti jadi topik utama perbincangan AGM Karyawan ke-19
Presidennya, Datuk Freddie Fernandez berkata, isu ini perlu diselesaikan segera memandangkan ramai artis tertanya-tanya mengenai royalti yang sepatutnya mereka dapat.

Perpecahan DAP Kedah berpunca daripada anggota dalaman - Guan Eng
Lim Guan Eng berkata perpecahan parti itu di Kedah berlaku disebabkan ada anggotanya yang cuba mengelirukan anggota lain serta melakukan tindakan yang menggugat keutuhan parti.