Faktor mahu dekat dengan keluarga membuatkan Zainal Abidin Hassan tidak berhasrat menyambung khidmatnya selaku ketua jurulatih Pahang musim depan.
Sebelum membuat keputusan itu, Zainal berkata beliau sudah berbincang dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dan mendapat perkenan bagi meneruskan hasratnya itu.
"Saya ada berbincang dengan Tengku Muda mengenai hasrat saya untuk berhijrah ke tempat terdekat dengan keluarga saya agar dapat menjalankan tugas sebaik mungkin sebagai ketua keluarga.
"Malah, anak-anak saya juga akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi," katanya pada sidang media khas selepas majlis perpisahan beliau, yang turut dihadiri barisan pemain Pahang serta pengurusan PBNP di sini, malam ini.
Zainal berkata hasrat mengundur diri sebagai jurulatih skuad Tok Gajah juga sudah dimaklumkan kepada pengurusan tertinggi PBNP, dan pada masa sama beliau masih berminat membimbing pasukan lain.
Beliau juga mengesahkan mengadakan perbincangan dengan beberapa pasukan di Lembah Klang termasuk Selangor dan Polis Diraja Malaysia bagi mengisi jawatan ketua jurulatih pasukan berkenaan.
"Saya tidak menafikan pasukan yang saya inginkan ialah pasukan berdekatan dengan keluarga saya di Lembah Klang....ada dua, tiga pasukan, namun saya belum membuat keputusan.
"Memang ada tawaran dan saya akan pilih yang terbaik. Perbincangan memang ada, saya tidak nafikan dan persetujuan juga telah ada tetapi untuk menentukan pasukan mana masih belum 100 peratus muktamad," katanya.
Zainal berkata keputusan pasukan yang bakal dibimbingnya musim depan akan diumumkan secepat mungkin oleh beliau sendiri atau pihak pengurusan pasukan berkenaan.
Dalam pada itu, Zainal tidak menolak kemungkinan akan kembali berkhidmat dengan Pahang selepas berhijrah ke pasukan lain, namun bukan sebagai jurulatih.
Bernama
Fri Dec 18 2015
Zainal (gambar) berkata hasrat mengundur diri sebagai jurulatih skuad Tok Gajah juga sudah dimaklumkan kepada pengurusan tertinggi PBNP, dan pada masa sama beliau masih berminat membimbing pasukan lain. -Gambar fail
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari bukti hari ini
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan unit skuba (Unit Forensik) serta Unit Anjing Pengesan (K9) ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pagi esok.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Dewan Rakyat: Langkah meknoktahkan kemisikan tegar di Sabah antara tumpuan hari ini
Langkah-langkah untuk meknoktahkan kemiskinan tegar di Sabah terutamanya di lapan daerah yang dikategorikan termiskin di Malaysia antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Kagame, menang 99.5 peratus pilihan raya Rwanda
Paul Kagame meneruskan khidmatnya buat penggal keempat berturut-turut sebagai Presiden Rwanda, selepas memenangi 99.15 peratus undi dalam pilihan raya negara itu.
Polis kerah lebih 300 anggota kawal perlawanan Piala FA
Seramai 351 anggota polis ditugaskan bagi mengawal perlawanan separuh akhir Piala FA antara Terengganu FC (TFC) dengan Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Jumaat ini.
Perisik Korea Utara berpaling tadah
Seorang diplomat Korea Utara berprofil tinggi yang ditempatkan di Cuba dikenali sebagai Ri II Kyu, 52 tahun, berpaling tadah ke Korea Selatan.
Dua warga AS antara yang ditemui maut di bilik hotel di Thailand
Jabatan Negara Amerika Syarikat ambil maklum mengenai laporan mengenai dua warganegaranya yang ditemui mati di sebuah hotel di Thailand.
EU tolak label UNRWA sebagai organisasi pengganas
Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell mengulangi penolakan blok itu melabel Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) sebagai organisasi pengganas.
Mengimbau sedekad tragedi MH17
Pesawat MH17 Malaysia Airlines ditembak jatuh di timur Ukraine sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam, mengorbankan kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal di dalamnya.
Tragedi yang berlaku pada 17 Julai 2014 itu, kini memasuki tahun ke-10 kejadiannya.
Tragedi yang berlaku pada 17 Julai 2014 itu, kini memasuki tahun ke-10 kejadiannya.
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap, pastikan kewangan negara lebih mampan
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Zainal tamatkan khidmat selaku ketua jurulatih Pahang
Zainal berkata hasrat mengundur diri sebagai jurulatih skuad Tok Gajah juga sudah dimaklumkan kepada pengurusan tertinggi PBNP, dan pada masa sama beliau masih berminat membimbing pasukan lain.