SELEPAS sekian lama Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) membisu berhubung isu jurulatih, akhirnya FAS mengumumkan pelantikan Zainal Abidin Hssan selaku jurulatih The Red Giants menggantikan Mehmet Durakovic bagi musim 2016.

FAS mengeluarkan kenyataan media pada Khamis berhubung pelantikan bekas jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan sebagai jurulatih Selangor dengan kontrak selama dua tahun.

Zainal akan memulakan tugas rasmi pada Jumaat dan mengemudi latihan pasukan pada 5 Januari 2016.

Kenyataan media itu turut menyatakan kedudukan Mehmet Durakovic.

FAS menyifatkan kedua-dua pihak sudah mencapai persetujuan bersama, bahawa kontrak Durakovic ditamatkan lebih awal dengan bayaran penebusan kontrak.

Walaupun FAS ada menawarkan peranan baru kepada Durakovic untuk membimbing bakat muda Selangor, namun pengendali kelahiran Australia itu menolak dan memilih untuk berehat buat sementara waktu.