Ratu pecut kebangsaan, Zaidatul Husniah Zulkifli menamatkan saingan akhir pecut 100 meter (m) Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 di kedudukan terakhir manakala cabaran jaguh pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan dan Jonathan Nyepa menemui noktah di peringkat separuh akhir.
Zaidatul Husniah gagal menyaingi catatan terbaiknya 11.59 saat (s) musim ini yang dilakukan pada pusingan pertama semalam selepas sekadar mencatat kepantasan 11.61s untuk menamatkan saingan acara riben biru itu yang dimenangi pelari Bahrain, Edidiong Odiong dengan catatan 11.30s.
Pingat perak menjadi milik pelari India, Dutee Chand yang merakam 11.32s manakala atlet China, Wei Yongli dari China membawa pulang gangsa (11.33s).
Atlet kelahiran Alor Setar itu yang pernah membuat penampilan di pentas Sukan Olimpik Rio 2016 berkata beliau telah berikan yang terbaik untuk mara sehingga ke peringkat akhir pada penyertaan sulungnya di Sukan Asia.
"Semuanya berjalan dengan lancar malah sebelum larian juga saya amat yakin mampu memecut lebih pantas. Tetapi pengalaman beraksi dalam saingan akhir bersama bintang-bintang 100m Asia menjadi pengalaman paling berharga buat saya.
"Selepas ini saya akan berusaha untuk lebih fokus bagi memastikan rentak larian saya sentiasa berada di tahap terbaik," katanya ketika ditemui media Malaysia selepas tamat acara itu yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno di sini, pada Ahad.
Dalam pada itu, Khairul Hafiz yang juga pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 10.18s gagal melangkah ke saingan akhir selepas menduduki tempat keenam dengan catatan 10.45s pada saingan separuh akhir ketiga sementara Jonathan merekodkan 10.46s pada saringan kedua.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 26 2018
Zaidatul Husniah menduduki tempat kelapan dengan catatan masa 11.61 saat dalam acara 100 Meter wanita akhir pada Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 di Stadium Gelora Bung Karno pada Ahad. - fotoBERNAMA
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
'Kehangatan' Paris tak ganggu fokus Azeem hadapi perlumbaan terbesar dalam karier
Atlet berusia 20 tahun dari Perak itu memaklumkan semua perkara berjalan lancar.
Muhammad Azeem, Shereen terlepas kelayakan secara merit ke Olimpik
Muhammad Azeem dan Shereen terlepas peluang layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 secara merit selepas gagal menghasilkan keputusan diinginkan pada Kejohanan Terbuka Kazakhstan semalam.
Catatan rekod 100m 10.09s Muhammad Azeem di luar jangkaan - Jurulatih
Rekod baharu 100 meter (m) kebangsaan dengan catatan 10.09 saat (s) yang dicipta atlet pecut muda negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun di Cali, Colombia satu p
COVID-19: Jaguh pecut Muhammad Haiqal kecewa terlepas aksi di Kazakhstan
Jaguh pecut kebangsaan, Muhammad Haiqal Hanafi tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya selepas tidak boleh beraksi pada Kejohanan Qosanov Memorial di Almaty, Kazakhstan dari 19-20 Jun ini.
'The Speedy Jantan' tidak mahu isu luar trek jejas prestasi
Bagi Khairul Hafiz, sebarang keputusan bakal dibuat berhubung masa depannya, perlu mengambil kira persetujuan jurulatih Mohd Poad Md Kassim.
Zaidatul terakhir di final 100m Sukan Asia
Ratu pecut kebangsaan, Zaidatul Husniah Zulkifli menamatkan saingan akhir pecut 100 meter (m) Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 di kedudukan terakhir.
Khairul Hafiz idam emas berganda Sukan SEA
Selepas memecahkan rekod acara 100 dan 200 meter (m) kebangsaan, Raja Pecut negara Khairul Hafiz Jantan seterusnya mengidam emas berganda dan rekod Sukan SEA pada Ogos ini.