Jaguh pecut negara Khairul Hafiz Jantan tidak mahu isu di luar trek mengganggu fokus untuk mendapatkan kembali prestasi terbaik selepas pulih sepenuhnya daripada kecederaan.
Atlet berusia 22 tahun yang mula menjalani latihan beberapa minggu lepas, terpalit dengan kontroversi isu perpindahannya dan Muhammad Haiqal Hanafi ke Bukit Jalil bagi menjalani latihan di bawah kendalian Pengarah Teknikal Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Dwayne Miller.
Bekas raja pecut Asia Tenggara yang 'rindukan' catatan peribadinya dan juga rekod kebangsaan 10.18 saat menegaskan, apa-apa jua keputusan bakal dibuat berhubung masa depannya, perlu mengambil kira persetujuan jurulatih Mohd Poad Md Kassim.
Dikenali dengan jolokan 'The Speedy Jantan', atlet kelahiran Melaka itu tidak mahu menjadi 'kacang lupakan kulit', sebaliknya beliau tetap sayang dan menghormati Mohd Poad sebagai antara faktor beliau berjaya mencipta nama.
"Beliau yang bawa saya dan Muhammad Haiqal raih pingat emas Sukan SEA 2017 dan 2019. Bagi saya, banyak perkara perlu dibincangkan bersama dan jangan terus buat keputusan.
"Sebagai atlet, jangan ambil tahu hal luar trek sebab takut prestasi terjejas. Saya pun baharu kembali selepas kecederaan, tapi apabila ada isu ini, sudah jadi beban buat saya apabila memikirkan perkara tersebut.
"Biar pihak atasan jumpa jurulatih (Mohd Poad) bincang cara baik bagaimana untuk lepaskan saya. Saya sudah lama dengan jurulatih Poad, daripada tidak ada apa-apa sehinggalah pecah rekod kebangsaan dan menang Sukan SEA. Jadi, tidak boleh tinggalkan begitu sahaja," katanya ketika ditemui Bernama.
Majlis Sukan Negara (MSN) dan KOM dalam proses mengumpulkan semua atlet pecut di bawah satu bumbung di Bukit Jalil untuk berlatih di bawah bimbingan Miller bagi memberi fokus terhadap usaha memperkukuhkan kuartet 4x100m negara.
Keputusan itu menyaksikan Khairul Hafiz dan Muhammad Haiqal terpaksa 'berpisah' dengan Mohd Poad yang bertugas di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Johor kerana jurulatih itu dikatakan tidak mahu berhijrah ke ibu negara.
KOM sebelum ini menjelaskan keputusan meletakkan kedua-dua atlet itu di bawah kendalian Miller bukan berniat 'merampas', sebaliknya hanya ingin memberikan yang terbaik.
Sementara itu, Khairul Hafiz yang sedang menjalani latihan bersama atlet pecut elit lain di bawah bimbingan Miller sejak dua minggu lepas, berkata kedua-dua jurulatih itu mempunyai kelebihan dan kekuatan masing-masing.
"Saya ke sini untuk ambil angin baharu, tapi banyak perkara 'pelik' pula di luar sana. Saya mahu terus fokus untuk dapatkan rentak tahun ini kerana Sukan SEA mungkin pada Disember, dan saya ada banyak masa untuk memperbaiki diri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 25 2020

Khairul Hafiz tidak mahu menjadi 'kacang lupakan kulit'. - Gambar fail

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Bolt tidak terfikir kembali ke balapan
Usain Bolt tidak memikirkan untuk kembali ke pentas olahraga walaupun berasakan godaan untuk membuat penampilan semula.

'The Speedy Jantan' tidak mahu isu luar trek jejas prestasi
Bagi Khairul Hafiz, sebarang keputusan bakal dibuat berhubung masa depannya, perlu mengambil kira persetujuan jurulatih Mohd Poad Md Kassim.

Olahraga GP Malaysia: Pagar terakhir sebabkan Rayzam Shah patah tangan
Rayzam Shah, yang selesa mendahului di depan tiga pelari menuju garisan penamat, terkandas di pagar terakhir sebelum terjatuh di atas balapan hingga mendatangkan kecederaan serius.

Khairul Hafiz Jantan dinobat Raja Pecut baharu Asia Tenggara
Raja pecut negara Khairul Hafiz Jantan muncul sebagai manusia terpantas di rantau Asia Tenggara selepas meraih pingat emas acara 100m Sukan SEA di Stadium Nasional Bukit Jalil.