X SEDIA memperluaskan penawaran Grok untuk pengguna akaun percuma, dan hari ini, pihak X melangkah setapak lagi ke hadapan dengan memperkenalkan model baharu untuk penjanaan imej berasaskan teks mereka.


Ringkasan AI
  • X memperluaskan Grok kepada pengguna akaun percuma dan memperkenalkan model penjanaan imej berasaskan teks baharu yang dikenali sebagai "Aurora."
  • Aurora cemerlang dalam menghasilkan imej realistik dan boleh mengambil inspirasi daripada beberapa gambar untuk menjana imej baharu yang serupa. Ia juga menghasilkan teks yang baik dalam imej.
  • Model baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna di seluruh dunia dan boleh diakses melalui aplikasi X (dulunya Twitter) atau melalui web.


Model baharu ini dikenali dengan nama kod “Aurora” dan ditawarkan bersama Grok, serta dikatakan mempunyai kelebihan dalam menghasilkan imej yang realistik.

Di samping itu, pengguna turut boleh memberikan beberapa gambar untuk ia mengambil inspirasi dan menjana imej baharu yang lebih kurang sepertinya.

Penjana imej baharu juga memahami dalam menghasilkan teks yang baik dalam imej tersebut.

Daripada percubaan kami sendiri, ia dilihat menghasilkan imej manusia yang terkenal dengan baik, berbeza dengan model sebelum ini, mahu pun penjana imej lain di pasaran.

Model baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna seluruh dunia. Grok boleh diakses terus melalui aplikasi X (dulunya Twitter) atau melalui web. -Amanz