Bekas pemain wanita nombor satu dunia Caroline Wozniacki yakin beliau mempunyai peluang yang cerah untuk merangkul kejuaraan Terbuka Malaysia di Kelab Golf Diraja Selangor, yang bermula Isnin dan berakhir 3 Mac.
Kini di kedudukan ke-10 ranking dunia, Wozniacki yang bakal membuat penampilan sulung pada kejohanan itu, berkata permainannya bertambah baik setiap tahun dan beliau yakin boleh merampas semula gelaran pemain nombor satu dunia pada tahun ini.
"Bagaimanapun, fokus saya kini ialah memenangi Terbuka Malaysia meskipun saya tahu setiap pemain membuat persediaan rapi untuk kejohanan ini," katanya.
Sejak penampilan sulung pada Persatuan Tenis Wanita (WTA) pada 2005, Wozniacki memperbaiki kedudukan beliau dalam ranking pada setiap hujung tahun sehingga berada di tempat teratas pada 2010 dan 2011 serta memenangi 20 kejohanan perseorangan setakat Oktober 2012, iaitu masing-masing tiga pada 2008 dan 2009, masing-masing enam pada 2010 dan 2011, dan dua pada 2012.
Wozniacki berkata beliau sentiasa bekerja keras untuk berada di kalangan pemain terbaik dunia.
Bernama
Mon Feb 25 2013
Kanak-kanak sembilan tahun antara enam tercedera dirempuh teksi
Menurut jurucakap Jabatan Polis New York (NYPD), dua orang termasuk kanak-kanak lelaki itu dibawa ke Weill Cornell Medical Center, seorang lagi dibawa ke Bellevue Hospital manakala 3 mangsa yang lain menolak rawatan perubatan.
Peguam pertahankan perintah darurat Yoon Suk Yeol
Dalam satu sidang media pada Khamis, Yoo Seung Soo dan Rhee Ha Sang menyatakan langkah tersebut wajar dilaksanakan untuk memberi amaran mengenai penyalahgunaan proses demokrasi oleh parti pembangkang.
Bekas Datuk Bandar Taipei didakwa tuduhan rasuah dan salah guna kuasa
Ko Wen-Je yang menjadi datuk bandar dari 2014 hingga 2022 dibawa ke Pejabat Pendakwa Raya daerah Taipei, Taiwan bersama suspek lain dan diiringi sekumpulan pegawai polis ke dalam bangunan.
Pembangkang kemuka usul pecat Han Duck Soo, undi ditetapkan Jumaat
Usul itu dikemukakan oleh parti pembangkang utama, Parti Demokratik (DP) sejurus selepas Han menyatakan bahawa beliau tidak akan melantik tiga hakim untuk mengisi jawatan di Mahkamah Perlembagaan yang sedang meneliti kes pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol.
Tiada rakyat dipinggirkan, kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
Kerajaan MADANI akan terus bekerja untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kastam rampas rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta dalam tiga serbuan berasingan di Johor dan Selangor.
Lebih 50,000 pelarian Syria pulang dari negara jiran dalam tempoh 3 minggu - PBB
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian berkata, bilangan pelarian Syria yang kembali ke kediaman mereka meningkat perlahan-lahan.
Sita, lucut hak kenderaan perdagangan gagal patuhi peraturan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyita dan lucut hak kenderaan yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan kaedah-kaedah di bawahnya menerusi operasi khas ‘Gempur Teknikal’ di seluruh negara.
Kimchi, Yogurt buatan Malaysia jadi sumber pendapatan ibu tunggal
Naib Presiden Kanan Bahagian sokongan Industri Bioeconomy Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corporation), Nora Mohamed berkata, setakat ini, seramai 35 ibu tunggal telah diberi tunjuk ajar menghasilkan dua produk makanan itu.
Bapa dakwa bayi jatuh akibat kecuaian hospital
Seorang bapa mendakwa kakitangan sebuah hospital di Kuala Terengganu cuai sehingga mengakibatkan bayi sulungnya yang baru berusia dua hari jatuh dari atas katil bayi.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Tenis Terbuka AS: Caroline Wozniacki lakar kejutan benam Petra Kvitova
Wozniacki menewaskan pemain pilihan ke-11, Petra Kvitova 7-5, 7-6 (5).
Caroline Wozniacki buat kemunculan semula di dunia tenis
Wozniacki berkata beliau merancang untuk muncul pada Terbuka Kanada di Montreal pada Ogos dan bermain di Terbuka Amerika Syarikat (AS).
Terbuka Australia: Wozniacki mara ke suku akhir
Caroline Wozniacki melangkah ke suku akhir Terbuka Australia buat kali pertama sejak 2012 selepas melakar kemenangan ke atas Magdalena Rybarikova.
Wozniacki yakin berpeluang juarai Terbuka Malaysia
Kini di kedudukan ke-10 ranking dunia, Wozniacki berkata permainannya bertambah baik setiap tahun dan beliau yakin boleh merampas semula gelaran pemain nombor satu dunia.
Wozniacki, Hsien bakal bermain di Terbuka Malaysia
Ia disahkan pada majlis pengumuman yang dibuat oleh penaung acara Tun Dr Mahathir Mohamad di Kuala Lumpur.