ISTANBUL: Bekas pemain nombor satu dunia Caroline Wozniacki mengesahkan pada Khamis bahawa beliau kembali bermain tenis selepas bersara selama tiga tahun.
"Sejak tiga tahun tidak aktif, saya menebus masa yang hilang bersama keluarga, menjadi ibu dua anak yang cantik dan sangat bersyukur.
"Namun, saya masih mempunyai matlamat yang mahu dicapai.
"Mahu menunjukkan kepada anak-anak bahawa anda boleh mengejar impian tanpa mengira umur atau peranan," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan bintang tenis Denmark itu dalam hantarannya di Twitter.
"Kami (keluarga) memutuskan bahawa sudah tiba masanya saya kembali bermain dan saya tidak sabar untuk itu," menurut Wozniacki yang menamatkan kerjayanya selama 15 tahun pada 2020.
Bercakap dengan majalah Vogue mengenai rancangannya untuk kembali bermain tenis, Wozniacki berkata beliau merancang untuk muncul pada Terbuka Kanada di Montreal pada Ogos dan bermain di Terbuka Amerika Syarikat (AS).
"Saya akan mula bermain di Montreal untuk muncul semula, diikuti ke New York.
"Selepas itu, saya mempunyai beberapa bulan untuk persediaan bagi Terbuka Australia, dengan matlamat akhir menyertai Olimpik Paris," katanya.
Wozniacki, yang berusia 33 tahun bulan depan, memenangi Terbuka Australia 2018 dan dua kali menjadi naib juara Terbuka AS pada 2014 dan 2018.
Terbuka AS tahun ini bermula pada 28 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 30 2023
WOZNIACKI: Kami (keluarga) memutuskan bahawa sudah tiba masanya saya kembali bermain dan saya tidak sabar untuk itu. -Gambar fail/AP
Dua Dekad Tsunami: Penduduk Kota Kuala Muda imbau tragedi, masih trauma
Biarpun sudah dua dekad berlalu, dia tidak pernah melupakan tragedi itu kerana kakak sulungnya menjadi antara 12 mangsa yang terkorban di Kota Kuala Muda.
OpenAI Pertimbang Untuk Bangunkan Robot Berbentuk Manusia
OpenAI juga telah melabur dalam beberapa syarikat robotik seperti Physical Intelligence dan Figure.
Mayat ditemukan di ruang roda pesawat United Airlines di lapangan terbang Hawaii
Mayat itu dilaporkan ditemukan pada sebuah pesawat Boeing 787-10 yang berlepas dari Lapangan Terbang O'Hare di Chicago.
Dua Dekad Tsunami: Aku, Aceh dan tsunami
Program Podcast Tsunami 20 tahun dan resensi buku "Aku, Aceh dan Tsunami" oleh Norazam Abu Samah menjadi tumpuan, menceritakan pengalaman dan semangat juang warga Aceh selepas bencana.
Pantau Belanjawan: Lonjakan Pelaburan Malaysia: Pacu Momentum 2025
Felo Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin mengupas berkenaan prestasi pelaburan tahun 2024 dan bagaimana momentum kukuh ini boleh diteruskan pada 2025.
The need for Regulation of Property Management Practice under Act 242 & BOVAEP
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
AWANI Ringkas: JPS ramal banjir di sembilan jajahan Kelantan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe, projek perintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona, dalam misi untuk membantu saintis mengetahui lebih lanjut mengenai bintang terdekat Bumi.
Penumpang pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Lima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara
Lima wartawan terbunuh awal pagi Khamis apabila kenderaan mereka terbakar dalam serangan udara di sekitar Hospital Al-Awda di Nuseirat di tengah Gaza.
Tenis Terbuka AS: Caroline Wozniacki lakar kejutan benam Petra Kvitova
Wozniacki menewaskan pemain pilihan ke-11, Petra Kvitova 7-5, 7-6 (5).
Caroline Wozniacki buat kemunculan semula di dunia tenis
Wozniacki berkata beliau merancang untuk muncul pada Terbuka Kanada di Montreal pada Ogos dan bermain di Terbuka Amerika Syarikat (AS).
Terbuka Australia: Wozniacki mara ke suku akhir
Caroline Wozniacki melangkah ke suku akhir Terbuka Australia buat kali pertama sejak 2012 selepas melakar kemenangan ke atas Magdalena Rybarikova.
Wozniacki yakin berpeluang juarai Terbuka Malaysia
Kini di kedudukan ke-10 ranking dunia, Wozniacki berkata permainannya bertambah baik setiap tahun dan beliau yakin boleh merampas semula gelaran pemain nombor satu dunia.
Wozniacki, Hsien bakal bermain di Terbuka Malaysia
Ia disahkan pada majlis pengumuman yang dibuat oleh penaung acara Tun Dr Mahathir Mohamad di Kuala Lumpur.