KUALA LUMPUR: Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020, Soh Wooi Yik berharap rakan sepasukannya, Goh Jin Wei akan berjaya dalam bidang lain selepas mengumumkan persaraan daripada arena badminton pagi ini.
Wooi Yik berkata walaupun keputusan bekas Juara Dunia Remaja itu mengejutkan ramai pihak, perkara itu mungkin sudah difikirkan dengan teliti dan lama oleh Jin Wei, 21, berikutan masalah kesihatan menyebabkan beliau mengurangkan pengambilan makanan dan menyukarkannya ketika latihan.
"Saya sudah lama mengenali Jin Wei, dan sangat bersimpati dengan keadaan yang perlu ditempuhinya setiap hari semasa menjalani latihan. Beliau memang kena makan ubat setiap hari dan kalau makan ubat, beliau tidak boleh makan banyak menyebabkannya tiada tenaga.
"Keadaan akan menjadi lebih teruk semasa kejohanan. Sebagai seorang atlet, kesihatan dan kecederaan menjadi sebahagian daripada kehidupan, tapi ini keputusan yang beliau buat," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian insentif Wilayah Persekutuan di Menara DBKL di sini, semalam.
Terdahulu, Jin Wei mengejutkan peminat badminton tanah air apabila mengumumkan persaraannya sebagai pemain perseorangan wanita negara kerana masih bergelut dengan tahap kesihatan selepas mengalami masalah di bahagian perut sehingga menyebabkannya terpaksa menjalani pembedahan membuang sebahagian usus pada pertengahan 2019.
BACA: Bekas juara remaja dunia Jin Wei umum persaraan
BACA: Kehilangan besar namun BAM hormati keputusan Jin Wei - Mohamad Norza
Jin Wei merupakan satu-satunya pemain negara yang berjaya menjuarai Piala Dunia Remaja sebanyak dua kali, iaitu pada edisi di Lima 2015 (Peru) dan Markham 2018 (Kanada), selain turut memenangi pingat emas Sukan Olimpik Remaja Buenos Aires 2018 dan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Terdahulu, Wooi Yik menerima insentif wang tunai berjumlah RM50,000 daripada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim atas kejayaan meraih gangsa Olimpik bersama gandingannya Aaron Chia baru-baru ini.
Sebelum ini, Aaron-Wooi Yik menerima imbuhan berjumlah RM120,000 daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan RM60,000 daripada 100Plus di atas pencapaian tersebut.
Sementara itu, mengulas mengenai sasaran suku akhir bagi kejohanan Piala Thomas di Aarhus, Denmark dari 9 hingga17 Okt ini, Wooi Yik berkata ia mampu direalisasikan jika semua pemain beraksi tanpa tekanan dan berjuang berhabis-habisan.
"Walaupun Malaysia hantar pasukan muda, kita dikira sebagai underdog (bukan pilihan) seperti situasi saya dan Aaron di Olimpik. Jadi tekanan itu lebih kepada pemain utama, kami hanya bermain (tanpa banyak tekanan), siapa yang mampu kawal tekanan, beraksi dengan tenang dia akan menyerlah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 13 2021

Soh Wooi Yik menunjukkan replika cek yang diterima sebagi insentif atlet Wilayah Persekutan kerana kejayaan dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020, pada majlis di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), 13 Sept, 2021. --fotoBERNAMA

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

Wooi Yik harap Jin Wei berjaya dalam bidang lain
Wooi Yik berkata walaupun keputusan itu mengejutkan, perkara itu mungkin sudah difikirkan dengan teliti dan lama oleh Jin Wei.