LIVERPOOL dan Arsenal dilaporkan perlu membayar kira-kira £80 juta (RM484 juta) untuk menandatangani Pedro Neto dari Wolves pada musim panas ini.
Kedua-dua pasukan itu berminat untuk berurusan dengan pemain antarabangsa Portugal berusia 23 tahun yang juga berada dalam radar Manchester City serta Newcastle United.
Neto berada pada prestasi cemerlang di bawah bimbingan Gary O'Neil musim ini apabila menghasilkan sembilan bantuan jaringan dan dua gol dalam 16 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Sebelum ini, tag harga Neto sekitar £53 juta (321 juta), namun Wolves menaikkan nilai pemain sayap itu selepas mula dirisik kelab utama di England.
Difahamkan, kontrak Neto di Molineux berakhir pada 2027 namun Wolves bersedia menjual pemain itu bagi mematuhi peraturan kewangan Fair Play EPL. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Feb 24 2024

Neto berada pada prestasi cemerlang musim ini apabila menghasilkan sembilan bantuan jaringan dan dua gol untuk Wolves dalam 16 perlawanan EPL. - Foto Wolverhampton Wanderers FC

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.

EPL: Pedro Neto sarung jersi nombor 7 di Chelsea, Raheem Sterling angkat kaki
Pemain sayap berusia 29 tahun itu telah memaklumkan keinginannya untuk ke kelab lain sebelum tarikh akhir jendela perpindahan minggu depan.

Wolves letak harga Neto RM484 juta
Liverpool, Arsenal berminat untuk berurusan dengan pemain berusia 23 tahun itu, yang juga dalam radar Manchester City dan Newcastle United.